Cek Mek Molek adalah kuih tradisional Malaysia yang diperbuat dengan ubi keledek berwarna jingga yang dilenyekkan dan tepung gandum sebagai adunan serta gula sebagai inti, kemudian digoreng rendam. Kuih ini mendapat namanya kerana bentuknya yang bujur, licin dan molek.
Kuih yang bermaksud “Beautiful Lady” ini merupakan hidangan tradisional Kelantan yang sangat popular di kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu. Cek Mek Molek sangat menyerupai Kuih Keria kecuali kuih ini mempunyai gula di bahagian dalam dan bukannya salutan gula di bahagian luar. Kuih cek mek molek dibuat dan dijual di seluruh Malaysia.
Cara Buat Cek Mek Molek
1. Resepi Cek Mek Molek Frozen
Bahan-bahan
- 1/2 kg ubi keledek kuning (dikupas kulit & direbus dengan sedikit garam)
- 3 cwn tpung gndum
Cara nak buat Cek Mek Molek Frozen
- Tumbuk ubi keledek yang dah disejukkn selepas direbus tadi hingga hilang ketul@lumat.
- Masukkan tepung gandum dan gaul rata baru uli last sekali sambil uli letak sedikit minyak masak untuk bagi tekstur cek mek licin elok.
- Bentukkan terus jangan lupa letak gula doh kena buat sampi habis nanti masam dah.
- Dah bentukkan boleh goreng dengan minyak yang boleh tenggelamkan cek mek smasa menggoreng tak perlu balikkan nanti bocor air gulanya dah garing angkat toskan (goreng dengan api sederhana & sehingga garing).
- Kalau nak frozenkan goreng separuh masak.
Sumber: Syidah Saiful dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Cek Mek Molek Jelita
Bahan-bahan
- 1.5kg Ubi keledek dikupas (jenis garnet paling senang nak jadi, tak lembik – kulit kemerahan, isi oren)
- 1 besar sudu tepung ubi
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1/2 sudu besar marjerin
- Gula untuk inti
Cara nak buat Cek Mek Molek Jelita
- Rebus ubi dengan 2 sudu kecil garam dan 1 1/2 cawan air sehingga hampir kering.
- Lenyekkan ubi dengan pelenyek atau tumbuk dengan lesung batu. Kemudian sejukkan ke suhu bilik.
- Masukkan 2 sudu gandum, 1 sudu tepung ubi & 1/2 sudu marjerin. Uli sehingga sekata.
- Bulat-bulatkan adunan (tanpa gula) mengikut kesesuaian saiz yang dikehendaki dan letakkan di dalam peti ais selama 2@3 jam.
- Selepas 2@3 jam, panaskan minyak, pastikan kuantiti minyak yang digunakan akan menenggelamkan keseluruhan Cek Mek.
- Leperkan adunan bulat tadi dan masukkan gula. Bentukkan Cek Mek secara membujur dan tajam di hujung (kuantiti gula adalah terpulang kepada kesukaan masing-masing).
- Masukkan Cek Mek ke dalam minyak panas, api hendaklah agak kuat. Pusing-pusingkan Cek Mek tanpa henti ketika api kuat sehingga membentuk satu lapisan kulit di bahagian luar Cek Mek**
- Setelah Cek Mek kelihatan membentuk lapisan kulit, barulah perlahankan api**
- ***Tips ini adalah bagi mengelakkan Cek Mek mengembang dan menggelembung tidak sekata serta mengelakkan dari pecah dan keluar air gula jika menggoreng dengan api perlahan dari awal.
Sumber: Ju Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Cek Mek Molek Mudah
Bahan-bahan
- 1 kg ubi keledek oren/ stelo
- Gula pasir
- 2 cawan Tpg gandum
- Sesudu garam
- 1 sb marjerin/butter
Cara nak buat Cek Mek Molek Mudah
- Rebus ubi hingga empuk.Toskan
- Lenyek ubi sampai hancur dan masukkan garam halus. .Masukkan tepung gandum uli bagi rata. Masukkan marjerin atau butter. Uli sampai doh rata.
- Bulat-bulatkan sekepal tangan lebih kurang 30gm. Jangan besar sangat/ Leperkan dan tekan di tengah bagi bentuk lekuk. Masukkan sesudu gula dan tutup rapat. Golek-golekkan atas tapak tangan untuk membentuk bujur dan tirus seperti ubi stelo/keledek
- Goreng dengan api sederhana. Sentiasa alihkan agar sekata kekuningannya.
Sumber: Mazah Dollah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Cek Mek Molek 5 Bahan
Bahan-bahan
- Ubi keledek merah (rebus lenyek)
- Tepung beras
- Tepung gandum
- Garam
- Gula pasir
Cara nak buat Cek Mek Molek 5 Bahan
- Cara pertama lenyek ubi. Masuk tepung sedikit demi sedikit. Agak adunan lembut dan tak melekat. Bentukkan kuih.
- Letak gula pasir sebagai inti. Jangan banyak sangat dan goreng.
Sumber: Nur Syaidatul Fazreen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Kuih Tradisional Yang Digemari?
1. Kuih Keria
Kuih keria merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada ubi keledek yang digoreng dan disalut dengan gula merah di bahagian luar. Kuih ini mempunyai rasa manis yang legit dengan tekstur luar yang berkaramel manakala bahagian dalam yang lembut. Kuih keria sering dihidangkan sebagai pencuci mulut atau kudapan petang.
2. Kuih Cucur Badak
Kuih cucur badak adalah sejenis kuih goreng yang diperbuat daripada campuran tepung gandum, ubi keledek dan kelapa parut. Kuih ini mempunyai bentuk yang tidak beraturan dan berwarna keemasan apabila digoreng. Rasa manis semula jadi daripada ubi keledek dan kelapa parut memberikan kelazatan tersendiri.
3. Kuih Cekodok Pisang
Kuih cekodok pisang merupakan kuih goreng yang diperbuat daripada pisang yang dilenyek dan dicampur dengan tepung gandum serta gula. Kuih ini mempunyai rasa manis semula jadi daripada pisang dan tekstur yang lembut di bahagian dalam. Ia sering menjadi pilihan untuk minum petang atau sarapan ringan.
4. Kuih Onde-onde
Kuih onde-onde adalah kuih tradisional berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung pulut dan berisi gula melaka di bahagian dalam. Kuih ini disalut dengan kelapa parut putih dan apabila digigit akan mengeluarkan gula melaka cair yang manis. Warna hijau pandan memberikan aroma yang wangi dan menarik.
5. Kuih Ketayap
Kuih ketayap merupakan kuih tradisional yang diperbuat daripada crepe nipis berwarna hijau pandan dan berisi kelapa parut manis yang dibumbui dengan gula merah. Kuih ini digulung menjadi bentuk silinder dan mempunyai rasa manis yang seimbang dengan aroma pandan yang harum. Ia sering disajikan sebagai kudapan petang yang popular.Retry