4 Resepi Caramel Pudding Mudah

Jika anda mencari resepi pencuci mulut untuk anak, anda boleh cuba resepi caramel pudding ini sesuai dihidangkan untuk mereka. Rasa manis karamel tersebut dapat memikat hati mereka. Nak buat pun senang.

Jom kita try!

1. Resepi Cream Caramel Puding

Bahan-bahan

Bahan caramel

  • 1/2cup gula
  • 2tbsp air (satukan dalam periuk dan masak hingga gula jadi perang. tutup api dan tuang dalam loyang higga sekata)

Bahan puding

  • 500ml susu segar
  • 1tsp vanilla extract
  • 3bji telur gred A
  • 1/4cwn gula

Cara nak buat Cream Caramel Puding

  1. Menggunakan periuk tadi, satukan susu segar dan vanilla. panaskan seketika jangan sampai mendidih. tutup api dan ketepikan dalam mangkuk satu kan telur dan gula kacau guna whisk hingga sebati jangan pukul nanti puding tak cntik bila dah masak.
  2. Tuang susu tadi sambil kacau hingga sebati. then tapis dan tuang dalam loyang caramel tadi. Bakar dalam oven yang sudah dipanaskan dahulu secara steam bath dengan suhu 160drjh selama 45mnt api bawah sahaja. nak kukus pun boleh.
  3. Bila dah masak biarkan suam dulu baru masuk dalam peti ais biarkan sejuk baru keluarkan dari loyang.
  4. Pastikan bahagian tepi puding direnggangkan dahulu guna hujung pisau.

Nota : teknik steam bath menggunakan 2loyang. loyang bawah hendak lebih besar dari loyang puding sebab nak isi air panas sama macam teknik mengukus beza nya menggunakan oven.

Sumber: Cik Puan Nurshima dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Custard Caramel Puding

Bahan-bahan

Bahan-Bahan A (Gula Hangus)

  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan-Bahan B (Puding)

  • 1 paket agar-agar serbuk 10g
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3sb tepung kastard
  • 1 sk esen vanilla

Cara nak buat Custard Caramel Puding

  1. Mula-mula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang. Kemudian ketepikan
  2. Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
  3. Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat.Tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam esbok hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.

Note: Puding sangat sedap dimakan bila sejukkan dalam peti ais

Sumber: Shaziah Ahmad Shukree dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Puding Caramel Tanpa Telur

Bahan-bahan

Bahan karamel

  • 6 sudu makan gula
  • 3 sudu makan air

*masak atas api hingga jadi warna karamel dalam loyang yang hendak dimasukkan pudding. Ketepikan.

Bahan pudding

  • 1 packet agar2 serbuk 10gram
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastard
  • 1 sudu kecik esen vanilla.

Cara nak buat Puding Caramel Tanpa Telur

  1. Satukan semua bahan pudding dalam periuk dan masak di atas api yang kecil.
  2. Masak sehingga mendidih, dan tiada bahan yang berketul lagi. Sentiasa kacau.
  3. Sebelum dimasukkan dalam Loyang yang berisi karamel, tapis dahulu.
  4. Biarkan sejuk di luar dahulu sebelum letak di dalam peti ais.

Sumber: Siti Hajar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Caramel Puding Chocolate Cake

Bahan-bahan

Bahan caramel

  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar air

Masukkan dalam loyang. Masak sampai jadi karamel dengan api yang kecil. Dah siap, ratakan dan biar sejuk dan keras

Bahan puding

  • 2 sudu besar tepung custard
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji telur
  • 1 sudu esen vanila

Satukan semua, kacau dengan whisk manja-manja sampai semua sebati. Tapis ke atas karamel yang dah keras tadi. Kukus 15-20 minit. Teacher steam 5 minit dalam Noxxa

Dah sejuk, cakar manja bahagian dengan garfu. Sejukkan

Bahan kek coklat

  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu cair/susu segar
  • 3 sudu besar serbuk coklat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecik baking powder
  • 1 sudu kecik bikarbonat

Semua ayak dulu

Cara nak buat Caramel Puding Chocolate Cake

  1. Campur semua dan kacau rata dengan whisk. Masukkan bahan-bahan. Kacau dengan spatula/whisk.
  2. Tuang dalam puding karamel. Kukus 40 minit atau steam 20 minit dengan Noxxa.
  3. Dah siap, sejukkan dulu. Masuk dalam peti sejuk
  4. Dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dan potong.
  5. Kek akan barai dan pecah kalau dipotong waktu panas.

Sumber: Lia Nadzri dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Mana tahu dengan resepi yang kami kongiskan di atas dapat idea untuk jualan kan?

Jom semak juga resepi puding buah ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment