4 Resepi Cara Berlauk

Cara berlauk adalah sejenis kuih tradisional Malaysia yang terdiri daripada kek kecil berperisa dengan inti daging cincang di atasnya. Adunan untuk kuih ini biasanya mengandungi santan dan mendapat warna yang tersendiri daripada penambahan kunyit.

Kuih cara berlauk tradisional dimasak menggunakan acuan khas yang serupa dengan acuan untuk membuat kuih bahulu. Kuih ini mengandungi daging cincang dalam adunan jenis penkek, dihias dengan cili merah, daun bawang dan daun saderi cina, serta dihiasi dengan bawang goreng yang rangup.

1. Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan-bahan

Bahan inti

  • 200gm daging cincang(1/2paket)
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 1 sudu mkn cili kisar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 cawan air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam & gula secukup rasa
  • Cili merah,daun sup,daun bawang utk hiasan

Bahan kuih

  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna kuning

Cara nak buat Kuih Cara Berlauk

  1. Potong bawang merah & putih kecil2/cincang.
  2. Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bawang merah & putih hingga naik bau.
  3. Satukan serbuk kari & cili kisar tambah air sikit untuk jadikan pes.
  4. Masukkan pes ke dalam kuali kacau hingga rempah tadi masak/pecah minyak.
  5. Masukkan 1 cawan air masukkan daging cincang.
  6. Masukkan garam & gula secukup rasa kacau hingga daging menjadi kering.

Kuih

  1. Campurkan semua bahan blender hingga sebati.
  2. Potong cili merah, daun sup & daun bawang halus.
  3. Panaskan acuan sapu minyak sikit pd acuan
  4. Bila dah panas,sudukan adunan td 3/4 acuan jangan penuh sangat masukkan inti daging dan letak cili potong & daun sup & daun bawang tutup dengan tudung periuk masak dengan api perlahan selama 5-10minit.

Sumber: Siti Hajar Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Cara Berlauk Daging

Bahan-bahan

  • Tepung Gandum 2 cwn
  • Telur 2 biji
  • Air 2 cwn air
  • Minyak 1 sb
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning

Blend dan tapis

Bahan inti

  • Daging kisar/daging burger
  • Bawang besar sebiji potong dadu
  • Bawang putih dua ulas potong dadu
  • sedikit halia-tumbuk
  • Rempah kari daging 2/3 sb
  • Swdikit lada kisar
  • Garam, perasa, gula secukupnya

Cara nak buat Cara Berlauk Daging

  1. Panaskan minyak sedikit sahaja.
  2. Tumis bawang, bawang putih halia hingga naik bau.
  3. Masuk lada kisar rempah kacau rata dan hingga sedikit garing.
  4. Masukkan daging tadi gaul rata.
  5. Perasakan secukupnya.
  6. Masak hingga kering sedikit.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Panaskan acuan cara dan lengser minyak.
  9. Masukkan 3/4 bancuhan tepung.
  10. Tutup dengan tudung sekejap.
  11. Kemudian letakkan inti daging dan daun sup serta cili.
  12. Tutup semula.
  13. Masak hingga kekuningan dan garing sedikit sebelah bawah.
  14. Dah siap.

Sumber: Sabariah Mehat dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Cara Berlauk Mewah

Bahan-bahan

  • 3 cwn Tepung gandum
  • 1 cwn Santan
  • Pewarna kuning/serbuk kunyit
  • Garam sdikit
  • 1 biji Telur
  • 3-4 sudu mkn minyak masak
  • 2 cwn air or secukupnya

Bahan inti cara

  • Daging kisar
  • Bahan kisar (cili kering bawang merah bawang putih dan halia)
  • Rempah kari daging
  • Kentang
  • Gula garam secukup rasa

Cara nak buat Cara Berlauk Mewah

  1. Tumis bahan kisar sampai garing, masukkan rempah kari, masukkan daging kisar bersama kentang, perasakan dengan gula dan garam.
  2. Boleh tambah air untuk bagi daging betul-betul masak dan kentang empuk,
  3. Masak sampai agak kering.
  4. Panaskan dulu acuan dan oleskan minyak
  5. Masukkan bancuhan tepung
  6. Boleh masukkan inti (bagi bahagian tepi keras sikit baru masukkan inti)
  7. Tabur daun bawang dan cili besar merah
  8. Tutup dengan tudung periuk
  9. Tuggu dalam 5-10 minit atau dah msak boleh angkat.
  10. Siap.

Sumber: Faridah Abdul Arif dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Kuih Cara Berlauk Cheese

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 sudu marjerin..tak nak letak pun boleh
  • 1 1/2 cawan santan sederhana cair
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning telur

Bahan Inti

  • 1 cawan daging kisar/isi ayam
  • 1 biji bawang besar.. Potong dadu kecil2
  • 3 biji bawang putih.. Hiris nipis
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu serbuk kari daging
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam & serbuk perasa

Bahan untuk hiasan

  • Daun sup/daun bawang
  • Cili besar merah
  • 2-3 cheese slice

Cara nak buat Kuih Cara Berlauk Cheese

  1. Blender semua bahan sampai rata dan sebati. Tuang dalam jag kecil.
  2. Tumis bawang besar dan bawang putih kekuningan. Masukkan cili kisar dan kari daging masak hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar/isi ayam kemudian air perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Kacau hingga masak/kering. Ketepikan.
  4. Panaskan acuan kuih cara. Guna api perlahan. Sapu sedikit minyak. Tuang adunan 3/4 acuan biarkan sekejap.
  5. Baru masukkan inti, daun sup/daun bawang, cili merah. Last letak cheese. Tutup acuan guna penutup periuk hingga kuih masak (cheese dah cair kira dah masak).

Sumber: Zura Zul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Kepelbagaian Kuih Bagi Penggemar Savoury

1. Kuih Talam Berlauk

Kuih talam berlauk terdiri daripada lapisan bawah yang dibuat daripada tepung beras, tepung jagung, santan cair dan garam. Kuih ini mempunyai lapisan bawah yang lembut dan inti daging yang berperisa di atasnya, menjadikannya pilihan yang popular untuk majlis-majlis khas.

2. Apam Berlauk

Apam berlauk adalah variasi apam tradisional yang disajikan dengan inti daging yang dimasak dengan rempah-ratus. Kuih ini mempunyai tekstur yang gebu dan lembut dengan rasa yang kaya dari kombinasi santan dan inti daging yang berperisa.

3. Kuih Talam Keladi Berlauk

Kuih talam keladi berlauk merupakan variasi kuih talam yang menggunakan keladi sebagai bahan utama. Kuih ini menggabungkan kelembutan keladi dengan rasa gurih dari inti daging, memberikan cita rasa yang unik dan tekstur yang berbeza.

4. Pulu Panggang

Pulut panggang merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada beras pulut yang dimasak dengan santan dan garam. Pulut ini kemudiannya dibentuk dan dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sehingga menghasilkan aroma yang wangi dan rasa yang gurih.

Leave a Comment