Butir Nangka adalah salah satu kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Kuih ini mendapat namanya daripada bentuknya yang kecil dan bujur yang menyerupai biji nangka. Kuih Butir Nangka atau juga dikenali sebagai pengat butir nangka, merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.
Kuih Butir Nangka merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan beras pulut, santan dan nisan / gula melaka. Secara tradisional, daun pandan dikisar bagi menghasilkan pewarna hijau, tetapi masa kini terdapat kuih butir nangka yang dicampur pewarna merah dan lain-lain. Kuih Butir Nangka merupakan sejenis kuih berkuah dan mempunyai rasa yang berlemak.
Cara Buat Butir Nangka
1. Resepi Butir Nangka
Bahan-bahan
- 150gram tepung pulut
- 60gram air (kalau keras tambah air sikit je lagi)
- Secubit garam
- Pewarna kesukaan.
Bahan kuah
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- Gula pasir
- Garam secubit
- Daun pandan untuk bagi wangi
Cara nak buat Butir Nangka
Butir nangka
- Uli adunan dan bahagi kepada beberapa warna yang diidamkan. Warna ikut kesukaan kita.
- Dah siap warnakan. Boleh la gentel bulat biar kecil comelsenang nak makan dan rasa pun lebih sedap. Selepas itu buat bulat 6 butir warna merah susun lah bagi rapat supaya melakat masa rebus nanti.
- Dah siap bentukkan. Boleh la didihkan air dgn sedikit garam dah didih air masukkan lah kuntuman bunga itu.
- Tunggu sampai kuntuman bunga timbul di permukaan air bermakna dah masak boleh la tos dan letak dalam air sejuk.
Kuah
- Campur semua bahan kecuali santan pekat.
- Masak dulu sampai gula hancur baru masukkan santan kacau selalu supaya santan tak berketul.
- Boleh lah masukkan kuntuman bunga tadi. Siap.
Sumber: Shobri Aziz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Butir Nangka Mudah
Bahan-bahan
- Tepung pulut 500g
- 1/2 sudu kecil garam
- Air masak
Bahan kuah
- Santan
- Daun pandan
- Gula merah
Cara nak buat Butir Nangka Mudah
Butir Nangka
- Gaul bahan di atas sehingga menjadi doh asingkan kepada 3 warna.
- Didihkan air kemudian bulat doh dan masukkan ke dalam air mendidih jika doh sudah terapung maknanya doh dah masak.
- Letak doh dalam bekas berisi air sejuk supaya tak melekat antara satu sama lain.
Kuah
- Didihkn smua bahan dan masukkan doh yang dah masak tadi.
- Tunggu sampai kuah santan mendidih dan boleh dihidangkan.
Sumber: Atikah Muklis dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Bubur Butir Nangka dan Jagung
Bahan-bahan
Bahan A
- 2 cawan tepung pulut
- 1 cawan air
- Sedikit pewarna hijau/ikut suka
Bahan B
- 2 tongkol jagung (hiris nipis)
- 3-4 cawan santan sederhana pekat
- 1/2 cawan gula
- 1/4 cawan sagu
- 3 helai daun pandan (simpulkan)
- Secubit garam
Cara nak buat Bubur Butir Nangka dan Jagung
Bahan A
- Air + pewarna hijau kacau rata. Tuang sikit dalam tepung. Uli menjadi doh lembut.
- Bulatkan kecil/lonjong kesemua doh.
- Panaskan air hingga mendidih. Masuk butir biarkan ia timbul cedok dengan penapis teh/ikut.suka. Letak dalam bekas berisi air (air jangan banyak) bagi mengelak butir tadi melekat.
Bahan B
- Masak santan, gula, daun pandan, sagu dan jagung atas api sederhana. Sentiasa kacau.
- Masuk secubit garam. Last masukkan butir tadi masak sambil di kacau hingga mendidih
- Siap untuk dihidang.
Sumber: Zura Zul dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Butir Nangka (Versi Azie Kitchen)
Bahan-bahan
Bahan-bahan kuah
- Santan pekat
- 2 helai daun pandan – disimpul
- Gula dan garam – secukup rasa
- 1/2 sudu kecil Halba
Bahan-bahan biji nangka
- 1 cawan tepung beras pulut
- Air daun pandan – kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya
- Pewarna hijau
- Sedikit air kapur
- Garam
Cara nak buat Butir Nangka (Versi Azie Kitchen)
Kuah
- Satukan semua bahan dalam periuk, masak dengan menggunakan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
- Saya masukkan juga lebihan air daun pandan tadi ke dalam kuah. Rasakan garam dan gula. Kacau sampai menggelegak. Tutup api.
Biji nangka
- Sebelum menguli, panaskan dahulu air di dalam periuk (air separuh periuk). Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati.
- Masukkan air daun pandan sedikit demi sedikit sampai tepung tidak melekat pada tangan.
- Kemudian bentukkan seperti biji nangka (lebih kurang sebesar gula-gula). Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang menggelegak.
- Apabila biji nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Bolehlah angkat dan masukkannya dahulu ke dalam bekas yang berisi air masak, jika kuah belum siap
Sumber: Bawang Kecik Bombay dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Hidangan Menarik Lain Yang Hampir Sama Dengan Butir Nangka
1. Pengat Pisang
Pengat pisang adalah hidangan pencuci mulut tradisional yang menggunakan pisang yang direbus dalam santan pekat bersama gula melaka. Kuih berkuah ini mempunyai rasa manis dan berlemak yang sempurna untuk dinikmati sebagai pencuci mulut atau makanan ringan.
2. Bubur Kacang Hijau
Bubur kacang hijau merupakan pencuci mulut tradisional yang diperbuat daripada kacang hijau yang direbus hingga lembut dan dicampur dengan santan dan gula. Hidangan yang bernutrisi ini popular kerana rasanya yang menenangkan dan mudah untuk disediakan.
3. Pengat Labu
Pengat labu adalah kuih tradisional yang menggunakan labu kuning sebagai bahan utama, direbus dengan santan dan gula melaka. Warna oren yang menarik dan rasa manis semulajadi daripada labu menjadikannya pilihan yang digemari.
4. Bubur Pulut Hitam
Bubur pulut hitam adalah pencuci mulut tradisional yang diperbuat daripada beras pulut hitam yang direbus hingga lembut dan dihidangkan dengan santan. Kuih ini mempunyai rasa yang unik dan tekstur yang kenyal dengan warna ungu gelap yang menarik.
5. Pengat Ubi Kayu
Pengat ubi kayu merupakan hidangan pencuci mulut yang menggunakan ubi kayu yang dipotong dadu dan direbus dalam santan manis. Kuih berkuah ini mempunyai rasa yang sederhana tetapi mengenyangkan, dan sering disajikan sebagai makanan ringan petang.