Burnt Cheesecake merupakan sejenis kek keju yang dipanggang pada suhu tinggi sehingga bahagian atasnya mengalami karamelisasi dan menjadi berwarna kecoklatan gelap. Kek ini berasal dari Basque, Sepanyol dan terkenal dengan rasa yang kaya serta tekstur yang lembut di bahagian dalam berbanding dengan bahagian luar yang sedikit keras.
Keistimewaan kek ini terletak pada proses pemanggangan yang unik di mana ia sengaja dipanggang hingga bahagian atasnya “terbakar” untuk menghasilkan rasa karamel yang mendalam. Walaupun namanya mengandungi perkataan “burnt”, ia sebenarnya tidak benar-benar terbakar tetapi hanya mengalami proses karamelisasi yang memberikan cita rasa yang istimewa.
Resepi Burnt Cheesecake
1. Resepi Burnt Cheesecake (AirFryer)
Bahan-bahan
- 250gm cream cheese
- 1/2cup gula
- 3biji telur
- 1/2cup whipping cream
- 2tbsp tepung gandum
- 1tsp esen vanila
- 1tbsp perahan lemon (optional)
Cara nak buat Burnt Cheesecake (AirFryer)
- Blend ke semua bahan2 sehingga sebati.
- Bakar di dalam Airfryer dua kali.
- 180c – 25minit
- 160c – 15minit
- Size loyang : 6inc
- Selepas siap bakar, biarkan sehingga suhu bilik.
- Lagi sedap biarkan sejuk2 dalam fridge, baru potong dan makan!
Sumber: Fad Alya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Burnt Cheesecake (BBC)
Bahan-bahan
- 250gram cream cheese
- 120gram whipping cream (saya guna Anchor)
- 2 biji telur gred A
- 1 biji kuning telur gred A
- 1 sudu besar tepung naik sendiri (ayak)
- 70gram gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanila
Cara nak buat Resepi Burnt Cheesecake (BBC)
- Pukul sehingga gebu kesemua bahan diatas.
- Panaskan oven 200C lapikkan loyang 6 inci dengan kertas minyak.
- Tuangkan kesemua bahan yang dipukul gebu dan bakar dalam oven – suhu 200C selama 1 jam dan sejukkan pada suhu bilik.
- Untuk lebih sedap masukkan dalam peti sejuk.
Sumber: Irni Hamiza Hamzah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Burnt Cheesecake Mudah
Bahan-bahan
- 250g cream cheese
- 75g gula castor
- 3 biji telur
- 125ml whipping cream (sis guna jenama Anchor)
- 1/2 tsp esen vanilla
- 10g tepung serbaguna/tepung gandum
Cara nak buat Burnt Cheesecake Mudah
- Pukul cream cheese dan gula sehingga licin (gula dah sebati) selama lebih kurang 2 minit.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul dalam 15 saat atau hingga telur sebati dalam adunan.
- Kemudian masukkan esen vanilla dan whipping cream. Pukul hingga sebati, lebih kurang 30 saat.
- Ayakkan tepung ke dalam adunan. Pukul lagi dalam 15 saat atau hingga tepung sebati dalam adunan. Tak payah lama-lama.
- Tuangkan dalam acuan yang telah disiapkan dengan baking paper.
- Bakar pada suhu 200c selama maksimum sejam.
- Dah siap bakar, biarkan menyejuk pada suhu bilik. Jangan panik kalau tengok kek mendap di bahagian tengah bila dah sejuk, memang begitu kejadiannya.
- Siap. Makan sejuk lagi sedap!
Sumber: Ain Najwa Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Mini Burnt Cheesecake
Bahan-bahan
- 250g creamcheese
- Uht whipping cream 125ml
- Gula castor 75g
- Telur gred A 2biji
- Tepung 10g
- Esen 1/2 sk
- Topping
- Strawberry
- Nutella
- Gula icing
Cara nak buat Mini Burnt Cheesecake
- Panaskan oven suhu 190 (Range suhu 180-200 darjah celsius).
- Lembutkan creamcheese pada suhu bilik. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk mixer bersama gula kastor.
- Mix pada kelajuan perlahan sehingga sederhana, sehingga semua bahan jadi berkrim.
- Masukkan telur satu per satu dan mix sebati.
- Masukkan UHT whipping cream dan mix sebati, Seterusnya masukkan tepung gandum dan mix sebati lagi.
- Nak letak esen vanila atau tak, terpulang.
- Oles loyang dengan butter dan alas dengan baking/parchment paper. Baking paper biar terkeluar lebih dari loyang, senang nak keluarkan BBC cake kita nanti.
- Tuang adunan ke dalam loyang, dan hentakkan sedikit bagi keluarkan bubbles.
- Masuk loyang dalam oven dan bakar selama sejam.
- Dalam oven melantun lantun naiknya, lepas sejuk kek akan turun.
- Boleh keluarkan kek dari loyang selepas dibakar jika loyang kecil. Kalau loyang besar tunggu sejuk baru keluarkan kek.
- Ok, lepas kek sejuk boleh hias on top.
- Untuk coklat kena tambah 120g coklat coins dan 10g serbuk koko dalam resepi
Sumber: Nadia Hasim dari Masak Apa Hari N (MAHN)
Variasi Cheesecake
1. New York Cheesecake
New York Cheesecake adalah kek keju klasik Amerika yang terkenal dengan tekstur yang padat dan rasa yang kaya. Kek ini biasanya dibuat dengan cream cheese, telur, gula dan krim masam, kemudian dipanggang dalam oven air (water bath) untuk menghasilkan tekstur yang lembut dan seragam.
2. Japanese Cotton Cheesecake
Japanese Cotton Cheesecake atau kek keju kapas Jepun merupakan variasi kek keju yang sangat ringan dan gebu seperti kapas. Kek ini dibuat dengan teknik meringue yang dicampurkan dengan adunan kek keju, menghasilkan tekstur yang sangat lembut dan ringan berbanding kek keju tradisional.
3. No-Bake Cheesecake
No-Bake Cheesecake adalah kek keju yang tidak memerlukan proses pemanggangan dan hanya perlu dibekukan atau disejukkan. Kek ini biasanya menggunakan gelatin atau krim kocak sebagai bahan pengikat, menjadikannya pilihan yang mudah dan praktikal untuk dibuat di rumah.
4. Ricotta Cheesecake
Ricotta Cheesecake adalah kek keju Itali yang menggunakan keju ricotta sebagai bahan utama. Kek ini mempunyai tekstur yang lebih ringan dan kurang manis berbanding kek keju tradisional Amerika, serta sering ditambah dengan perisa lemon atau vanilla untuk memberikan kesegaran.
5. Cheesecake Brownies
Cheesecake Brownies merupakan gabungan antara brownies coklat dan kek keju yang menghasilkan dessert berlapis dengan rasa yang kaya. Lapisan bawah adalah brownies coklat yang fudgy manakala lapisan atas adalah kek keju yang lembut, menciptakan kombinasi rasa dan tekstur yang menarik.