Ada yang panggil bubur som-som ada juga panggil lompat tikam. Namun ia nya sama sahaja. Kalau anda mencari kuih atau pencuci mulut yang mudah, anda boleh cuba resepi bubur som som ini.
Jom kita try!
1. Resepi Bubur Som Som Mudah
Bahan-bahan
Bahan A
- 1 cawan tepung beras
- 2 cawan santan
- 1 cawan air
- Garam secukup rasa
- *Sedikit pewarna hijau utk direnjiskan ke dlm adunan
Bahan B
- 1 buku gula melaka
- 3 sudu besar gula pasir
- 3 cawan air
- 2 helai daun pandan
Cara nak buat Bubur Som Som Mudah
- Satukan bahan A dalam periuk atau kuali (yang mudah untuk kita kacau semasa kita memasakkannya),
- Masakkan dia atas api sederhana kecil dan kacau hingga likat & berkilat(boleh juga renjiskan sedikit pewarna hijau nak bagi cantik),
- Matikan Api dan angkat untuk kita masukkan ke dalam bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
- Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.
Kuah
- Campur semua bahan B, panaskan diatas api sederhana sehingga semuanya mencair dan sebati
- Didihkan seketika, matikan api kemudian sejukkan.
- Sedap di makan sejuk-sejuk dari peti ais.
Sumber: Puan Norimah Rahman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Bubur Som Som
Bahan-bahan
- 1 + 1/2 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- 2 cawan air
- 1 helai daun pandan disimpul
- 1 sk garam halus
Bahan air gula melaka /merah
- 1/2 cawan gula merah/gula melaka
- 1/2 cawan gula pasir
- Secubit garam halus
- Sehelai daun pandan disimpul
Cara nak buat Bubur Som Som
- Kacau sebati semua bahan tapiskan kedlm periuk, kacau atas api sederhana hingga likat bekilat kacau selalu jangan tinggal nanti berkerak kacau dalam 20 minit klaau nampak keras tambah air sikit. Dah nmpak berkilat dan meletup kecil som-som tu dah masak matikan api.
- Terus tuang dalam bekas,mangkuk kecil atau acuan. Biar die sejuk dulu.
- Keluarkan dari acuan hidangkan bersama air gula melaka.
Air gula melaka /merah
- Masukkan dalam periuk semua bahan dan masak atas api hingga mendidih dan sikit pekat tapiskan.
Sumber: Nora Zi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3.Resepi Bubur Som Som Pandan
Bahan-bahan
Bahan sirap gula melaka
- Sirap gula melaka
- 500 gram gula melaka
- 3 sudu gula pasir
- Air
- Daun pandan di simpul
Cara nak buat Bubur Som Som Pandan
- Campur semua bahan kacau sebati sampai berkilat masukkan dalam bekas kesukaan.
Sirap gula melaka..
- Masak hingga larut di tapis dan sejukkan.
Sumber: Lie Ya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Bubur Som Som (Versi Acuan)
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung beras
- 1 sudu kecil garam
- 1800ml santan (lihat nota)
- 3 helai daun pandan
Bahan air gula melaka
- 1 cawan gula pasir
- 2 ketul gula melaka
- 2 ke 3 helai daun pandan
- 3 cawan air masak
Cara nak buat Bubur Som Som (Versi Acuan)
- Gaul sebati dulu.
- Barulah di masak atas dapur.
- Boleh tambah pewarna.
- Masak dengan api sederhana.
- Gaul dengan senduk atau whisk.
- Terus mengacau.
- Adunan pun dah meletup sedikit.
- Padamkan api.
- Masukkan adunan yang pekat ke dalam acuan kecil. Saya gunakan scoop aiskrim. Keraskan. Saya basahkan dulu acuan dengan air.
- Boleh juga masukkan ke dalam loyang. Potong untuk hidangan.
Bahan air gula melaka..
- Masak sampai gula larut dan mendidih.
- Tapis larutan gula dan sejukkan.
Nota:
- Santan diperlukan 1.8liter (1800ml)
- Saya guna santan kotak ayam brand 400ml
- + 1400ml air
Sumber: Suriea Mohd Noor dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Nak lagi sedap makan ketika sejuk! Memang nikmat.
Jom semak juga resepi bubur gandum (Sesuai Untuk Minum Petang)
Selamat mencuba!