4 Resepi Bubur Asyura

Kalau anda anak tahu resepi bubur asyura ini berlainan setiap negeri. Nama panggilan pun berbeza. Ada negeri yang memanggil bubur lambuk dan pelbagai lagi. Kali ini kami nak kongsikan resepi bubur asyura untuk anda.

Jom try!

1. Resepi Bubur Asyura Utara

Bahan-bahan

Bahan A

  • Tepung beras 2 cawan
  • Tepung jagung 2 sudu besar
  • 3 cawan pati santan
  • 4 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • Daun pandan
  • Gula putih 1 cawan,gula melaka 2 ketul saiz kecil masak dengan 1 cawan air (biar sejuk dulu)

(campur semua dalam satu bekas bancuh dan tapis, tuang terus dalam kuali)

Bahan B

  • Jagung 1 tin
  • Buah labu sebelah (potong dadu
  • Ubi keledek 2 biji (potong dadu
  • Kacang hijau 1 cawan (rebus dulu)
  • Kacang merah 1 cawan (rebus dulu)
  • Pisang dalam 6 biji

Cara nak buat Bubur Asyura Utara

  1. Campur semua bahan B ke bahan A, cuma pisang saya masukan last bila nampk adunan hampir nak masak.
  2. Masak bagi lama dengan api yang perlahan (1jam 20minit) baru tutup api biar nampak berkilat.

Sumber: Surina Abadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Bubur Asyura Kelantan

Bahan-bahan

  • Daging batang pinang 100g (masuk noxxa hp 25 minit, dan keluarkan carik)
  • Beras 2 pot (guna pot rice cooker)
  • Kacang hijau 1 1/2 pot (lbh kurang 50 g)

masuk 2 bahan ini dalam noxxa yang ada air daging tadi. Tambah 12 pot air lagi. Tekan HP 20 minit.

  • Keledek 2 ketul (agak2)-potong kiub

Bahan blend

  • Lengkuas 2 inci
  • Halia 2 inci
  • Serai 2 btg
  • Bwg putih 3 ulas
  • Bwg merah 7 ulas
  • Lada hitam 1 sudu besar
  • Rempah tumis:
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Kayu manis
  • Jagung 1 tin
  • Rempah asyura shoppe- 3 sudu besar
  • 1 tin jagung (kernel)
  • Gula kabung/ melaka
  • Gula perang
  • Garam
  • Santan 1 kotak kecil (optional)

Cara nak buat Bubur Asyura Kelantan

  1. Selepas beras dan kacang masak. Release pressure, masukkan keledek, rempah tumis, bahan blend, gula melaka, gula perang dan garam.
  2. Tekan HP 5 minit untuk lembutkan keledek.
  3. Bukak penutup noxxa guna stir fry. Masukkan jagung dan rempah asyura dalam 3 sudu penuh. Dan rasa kalau tak cukup rasa rempahnya, boleh tambah lagi. Kacau sampai pekat. Dalam 5-10 minit sebab meletup dah kena tangan.
  4. Perasakan dengan gula dan garam lagi. Jangan terlalu manis sangat.

Sumber: Jumee Zaila Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Bubur Asyura/Bubur Lambuk

Bahan-bahan

  • 2cawan beras
  • 500gm mixed vegetables
  • 500gm daging lembut
  • Air rebusan daging
  • Air secukupnya
  • 4 sekawan
  • 2 sup bunjut
  • 3 senduk kecil penuh rempah bukhari
  • Kacang kuda
  • Kentang
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Santan

Bahan kisar

  • 3biji bawang besar
  • 5ulas bawang kecil
  • 1 inci halia

Cara nak buat Bubur Asyura/Bubur Lambuk

  1. Rebus daging sehingga empuk, hiris kecil (air dia jangan dibuang)
  2. Tumis bahan kisar beserta rempah 4 sekawan dan rempah bukhari tadi sampai naik bau.
  3. Tuangkan beras ke dalam bahan tumisan, masukkan sup bunjut.
  4. Masukkan air rebusan daging, masak sehingga mendidih dan pekat sentiasa dikacau.
  5. Masukkan mixed vegetables dan hirisan daging.
  6. Kacau sampai jadi bubur, nasi dah hancur dan bila pekat kena sentiasa tambah air.
  7. Letak kiub ayam atau daging dan garam secukup rasa.
  8. Sedia untuk dihidang hiasan dia telur, daun sup, bawang goreng dan kacang tanah.

Sumber: Tengku RosElyza Raja Muhammad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Bubur Asyura Johor Style

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 1/2 Cawan beras
  • 1 1/2 Cawan santan segar
  • 1/2 kg daging (potong dadu dan rebus hingga empuk)
  • 1/2 cawan kacang dhal (10 minit)
  • 1/2 cawan kacang kuda (rebus hingga empuk)
  • 12 cawan air

Bahan tumis

  • *1 biji bawang besar
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 5 bunga cengkih
  • 2 buah pelaga
  • Sup bunjut (bebas sihir 😂)
  • 3 Sudu minyak
  • Garam secukup rasa

* dihiris

Cara nak buat Bubur Asyura Johor Style

  1. Tumis semua bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam periuk. Kami guna smart cooker.
  3. Kacau hingga sebati dan biar hingga masak. Kalau guna periuk biasa masak dengan api perlahan, dan selalu kena kacau.

Sumber: Maria Firdz dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Tak kira lah apa nama panggilan pun, kalau anda tak cuba rugi sangat.

Jom semak juga resepi bubur gandum ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment