2 Resepi Bomboloni

Bomboloni ialah sejenis donut gebu tanpa lubang tengah yang berasal dari Itali, dikenali dengan inti krim atau jem yang disuntik ke dalamnya, menjadikannya lebih lembut, berperisa dan menarik berbanding donut biasa. Nama “bomboloni” berasal daripada perkataan Itali bomba, merujuk kepada bentuk bulat dan isi padat seperti “bom” kecil yang penuh dengan inti.

Bahan utama bomboloni terdiri daripada tepung gandum, yis, susu, gula, telur, dan mentega, yang diadun hingga menjadi doh lembut dan dibiarkan naik sebelum dibentuk bulat dan digoreng keemasan. Setelah digoreng, bomboloni akan disalut dengan gula kastor dan disuntik dengan pelbagai jenis inti seperti krim vanila, coklat, nutella, salted caramel, kaya, atau jem buah-buahan. Bomboloni kini menjadi trend di Malaysia, dijual di kedai bakeri moden, food truck dan kafe hipster.

1. Resepi Bomboloni Custard@Bavarian

Bahan-bahan Bomboloni Custard@Bavarian

Bahan Filling Creme Custard

  • 250ml susu full cream
  • *1biji kuning telur
  • *1biji telur
  • *40gm gula pasir halus/castor
  • *20gm tepung jagung
  • 10gm butter
  • 1sdt vanila
  • Secubit garam

Cara nak buat Bomboloni Custard@Bavarian

  1. Satukan semua bahan bertanda (*) dalam satu bekas. Gaul sebati guna whisk hingga menjadi pasta halus. Jika mahu kastard lebih kuning, tambahkan setitik pewarna kuning telur.
  2. Panaskan susu cair hingga suam, kemudian tuang ke dalam adunan pasta tadi. Whisk laju hingga sebati.
  3. Tuang semula campuran ke dalam periuk, masukkan mentega, esen vanila, dan secubit garam. Masak dengan api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi pekat dan berkilat.
  4. Sukatan diatas biasa boleh pipe dlm bomboloni dalam 20biji kalau nak lebih just dauble kan jer sukatan diatas.
  5. Angkat dan sejukkan. Kastard ini cukup untuk mengisi kira-kira 20 biji bomboloni. Jika mahu lebih, gandakan sukatan.

Sumber: Muhammad Nor Firdaus Luloh dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Bomboloni Nutella

Bahan-bahan Bomboloni Nutella

Bahan A

  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar yis

Bahan B

  • *2 cawan tepung gandum
  • *2 sudu besar majerin/butter
  • *1/2 sudu kecik garam
  • *1 sudu besar gula pasir
  • 1bji telur

Cara nak buat Bomboloni Nutella

Bahan A

  1. Panaskan susu segar hingga suam, kemudian padamkan api. Masukkan yis dan kacau hingga sebati. Biarkan rehat selama 15 minit hingga berbuih.

Bahan B

  1. Dalam mangkuk besar, gaulkan semua bahan bertanda (*) hingga teksturnya jadi macam serbuk roti. Masukkan Bahan A dan telur, kemudian uli hingga doh tak melekat di tangan. Jangan tambah tepung.
  2. Tutup doh dan rehatkan selama 15 minit hingga naik dua kali ganda.
  3. Tumbuk doh untuk buang angin, kemudian canaikan doh hingga nipis. Guna acuan bulat untuk tekap doh. Susun atas dulang dan rehatkan lagi selama 15 minit.
  4. Panaskan minyak dengan api perlahan. Masukkan doh, goreng satu sisi hingga perang keemasan sebelum diterbalikkan. Angkat dan toskan.
  5. Bila suam, salutkan bomboloni dengan gula kastor atau gula icing. Buat lubang kecil menggunakan straw atau lidi, kemudian pipekan Nutella atau inti pilihan.

Sumber: Nur Wardah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Bomboloni, Apa Lagi Resepi Dessert yang Mudah Nak Buat?

Sebenarnya ada pelbagai jenis dessert atau pencuci mulut yang anda boleh cuba. Sesuai untuk untuk makan bersama keluarga. Berikut adalah 5 resepi pencuci mulut yang mudah:

1. Puding Karamel

Untuk membuatnya, mula-mula sediakan karamel. Panaskan gula dalam kuali dengan api perlahan hingga cair dan bertukar warna keperangan. Bila dah siap, tuang karamel ke dalam loyang atau acuan pilihan dan ratakan di bahagian bawah. Biarkan seketika hingga mengeras.

Seterusnya, buat adunan puding. Pukul telur bersama susu dan sedikit gula hingga sebati, tapi jangan sampai berbuih terlalu banyak. Kalau nak puding yang betul-betul halus, tapis adunan sebelum tuang ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.

2. Kek Batik

Pecahkan biskut Marie. Panaskan mentega, susu pekat, dan Milo hingga sebati. Tutup api, masukkan biskut, dan gaul rata. Tuang dalam loyang, tekan padat, dan sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam. Potong dan sedia dinikmati.

3. Tiramisu

Mula-mula, bancuh kopi dan celup biskut Marie sekejap saja supaya tidak lembik. Dalam mangkuk lain, gaul krim keju dan susu pekat hingga sebati. Susun biskut celup kopi dalam bekas, lapis dengan adunan krim keju. Ulang hingga habis, akhiri dengan lapisan krim. Sejukkan dalam peti ais semalaman. Sebelum hidang, tabur serbuk koko di atas.

4. Churros

Panaskan air dengan mentega hingga cair, kemudian masukkan tepung dan kacau sampai jadi doh. Bila doh suam, campur telur satu per satu dan gaul hingga sebati. Masukkan doh dalam piping bag dengan hujung berbentuk bintang. Paipkan terus ke dalam minyak panas, potong ikut panjang yang diingini, dan goreng hingga keemasan. Angkat, toskan, dan salut dengan campuran gula dan serbuk kayu manis.

Leave a Comment