4 Resepi Ayam Kapitan (Resepi Dari Baba Nyonya)

Jika anda selalu masak kari ayam yang biasa, apa kata kali ini anda cuba resepi ayam kapitan ini. Resepi ini asalnya dari orang peranakan Baba dan Nyonya. Penuh rasa rempah dan memang sedap.

Jom kita try!

1. Resepi Ayam Kapitan

Bahan-bahan

Bahan (Perap)

  • *1 ekor ayam potong 12
  • *2 sudu Serbuk kunyit.
  • *Garam secukupnya
  • *3 sudu Minyak masak(untuk menumis)

Bahan Kisar

  • *2 labu bawang besar.
  • *5 biji bawang merah.
  • *15 tangkai cili kering.
  • *3 ulas bawang putih
  • *2 biji buah keras,
  • *2 inci halia.
  • *2 inci kunyit hidup.
  • *2 inci lengkuas.
  • *2″ Gula melaka
  • *2″ Belacan

Bahan Aroma

  • * 5 helai daun limau purut-mayang halus.
  • * 1 helai daun pandan(di ikat)
  • * 3 batang serai di ketuk

Bahan wajib

  • * 1 Asam keping(gelugor)
  • * 1 cawan Santan pekat
  • * 1 biji telur rebus dihancurkan
  • * Garam secukup rasa

Cara nak buat Ayam Kapitan

  1. Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng ayam hingga perang kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
  4. Masukkan hirisan daun limau purut, serai,daun pandan, gula merah dan asam keping. Kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan santan dan telur rebus. Biarkan mendidih hingga kuahnya agak pekat.
  6. Siap.

Sumber: Amin JB

2. Resepi Kari Ayam Kapitan

Bahan-bahan

  • Ayam1 ekor ayam
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 cawan pati santan
  • Daun pudina
  • Bawang goreng
  • 2 biji air perahan limau nipis

Bahan kisar

  • 8 biji bawang merah
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • Sedikit belacan
  • 8-10 tangkai cili kering
  • 2 biji buah keras

Cara nak buat Kari Ayam Kapitan

  1. Ayam digoreng dahulu setengah masak.
  2. Guna 5-6 sudu lebihan minyak goreng ayam untuk menumis.
  3. Tumis bahan kisar hingga garing dan masak, kalau kering sangat tambah air agak cili dah masak masukkan ayam dan tutup periuk dalam 5 minit.
  4. Dan masukkan santan dan perahan air limau nipis dan daun limau dikoyak perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  5. Rasa dulu garam sebab ayam dah diperap dengan garam kunyit pun dah agak masin boleh masak sehingga kering.

Sumber: Izzati Insyirah Rosli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Chicken Milani

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam ( potong 8 atau ikut masing2)
  • 3 biji bawang merah kecil
  • 1-2 ulas bawang putih
  • 1 cubit serbuk kunyit
  • 1 cubit serbuk jintan manis
  • 1 cubit serbuk ketumbar
  • 4 sudu Butter @ Planta
  • 1 sudu kecik serbuk cili
  • 1 sudu paprika (optional)
  • 1 kotak susu fresh milk brand apa pun tak kisah
  • 1 atau 2 keping Cheese Slice any brand
  • 1/2 sudu gula
  • Garam secukup rasa

Cara nak buat Chicken Milani

  1. Kisar bahan bawang merah, bawang putih, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dengan 1 cawan air.
  2. Bahan kisar kita bahagi separuh untuk perap ayam, separuh lagi untuk buat kuah milani.

Ayam

  1. Perap ayam dengan separuh bahan yang dah kisar, masuk serbuk cili, paprika dengan sikit garam, perasa sikit. Perap ayam dalam 30minit-1 jam. lagi lama lagi best. Dah siap perap, goreng ayam atau panggang.

Kuah milani

  1. Panaskan butter @ planta tumis semua lebihan bahan kisar sampai pecah minyak. Dan masuk susu kotak, ikut kepekatan masing tambah cheese, gula, garam secukup rasa siap. Kalau kuah pekat sangat adjust dgn susu cair/air biasa. Kacau dan tutup api

Sumber: Fatin Zakaria dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Ayam Kapitan Mudah

Bahan-bahan

  • Bawang merah yang dah blend dalam 2 sudu
  • Bawang putih 4 biji
  • Cili kering dalam 3sudu yg dah blend
  • Halia 1/2 inci
  • Kunyit 1/2 inci
  • Lengkuas 1inci
  • 3biji buah keras
  • Daun limau purut
  • Air asam secukup rasa
  • Garam
  • Santan 1/2 biji

Cara nak buat Ayam Kapitan Mudah

  1. Tumis semua bahan sampai naik minyak dan bau.
  2. Masukkan santan.
  3. Air asam secukup rasa.
  4. Garam dan daun limau purut.
  5. Masukkan ayam dan biarkan sampai masuk rasa garam dalam daging.

Sumber: Dba Diba dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Akhir kata

Resepi ini lagi pekat tekstur kuah lagi sedap bila di makan.

Jom semak juga resepi ayam goreng mamak ini.

Selamat mencuba!

Leave a Comment