Ada orang tak suka dengan ayam yang besar, lebih kepada ayam cincang. Mungkin kerana mudah untuk makan. Resepi ayam cincang ini sesuai untuk anak-anak dan mempunyai pelbagai jenis masakan yang mudah nak buat.
Jom kita try!
1. Resepi Telur Bungkus
Bahan-bahan
- Isi ayam cincang
- Sayur campur
- Bawang Holland
- Bawang putih.
- Cili kisar sedikit
- Sos cili
- Sos tiram
Cara nak buat Telur Bungkus
- Caranya panas kan minyak. Tumis bawang putih. Dah naik bau. Masukkan cili kisar tumis cili hingga agak garing. Masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau sekejap. Masukkan isi ayam. Dan masukkan sedikit air untuk masak ayam tu.
- Masukkan sayur campur dan bawang holland. Masak hingga kuah agak kering dan masukkan garam dan perasa.
Cara bungkus
- Panaskan kuali. Pukul telur.
- Bila kuali betul panas. Masukkan sedikit minyak.
- Golekkan kuali biar minyak rata sepenuhnya pada kuali. Selepas itu boleh perlahankan api paling kecil curahkan telur dan golek telur penuh kuali tu. Bila nampak telur agak separuh masak di tengah masukkan ayam tadi.
- Tunggu hingga telur dah masak. Lipat kiri kanan telur.
Sumber: Eriyka Syhka dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Inti Karipap
Bahan-bahan
- 2sudu besar serbuk kari
- Bawang besar sebiji di dadu@cincang
- 2@3 ulas bawang putih
- Daun kari
- Kiub ayam 1 kiub
- 1 sk Garam
- 1/2 sb Gula
- Daging atau ayam cincang@dadu
- 1 sk garam
- 1x Kiub ayam
- 1/2 sb gula
- Lada yang di tumbuk@cili padi cincang
Cara nak buat Inti Karipap
- Tumis bawang dengan daun kari naik bau.
- Masuk serbuk kari.
- Tumis sampai naik bau.
- Masukkan sedikit air.
- Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan kentang bersama daging@ayam.
- Gaul sekejap dan masukkan air paras kentang jangan lebih nanti kentang lembik.
- Masukkan perasa.
- Lada yg di tumbuk@cili padi cincang.
- Masak hingga empuk kentang dan jangan sampai terlalu kering.
- Dah siap.
Sumber: RoseLily Cheo dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Martabak Mini
Bahan-bahan
- Tauhu saya guna 2 keping (lenyekkan guna garfu)
- 1/2 btg lobak (cincang)
- 1 sudu makan bwg merah+ putih yang dikisar
- 1 batang daun bwg dihiris
- Dada Ayam cincang
- Lada putih
- Garam, gula aji, serbuk perasa ayam knorr
- Sebiji telur
- Kulit popia (size kecil)
- Air sebagai pelekat popia
Cara nak buat Martabak Mini
- Satukan semua bahan.
- Kemudian ratakan inti atas kulit popia, gunakan air untuk lekatkan popia.
- Inti jangan letak banyak, cukup ratakan tipis supaya hasilnya garing!
- Kemudian goreng.
Sumber: Nana Sabrina Sarsan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Ayam Cincang Blackpepper
Bahan-bahan
- Ayam amik bahagian isi
- *Halia
- *Bawang besar
- *Bawang putih
- *Cili api
- Black paper 2 sudu kecik
- Sos tiram
- Kicap sotong
- Serbuk perasa
- Garam sikit je
Bahan tanda * – potong halus
Cara nak buat Ayam Cincang Blackpepper
- Panaskan minyak dan goreng ayam dah garing keluarkan dulu.
- Masukkan pulak bahan yang dah potong halus tadi kaca .masuk ayam tadi.
- Dan masuk sos tiram, kicap sotong, serbuk perasa, garam sikit kacau dah siap.
Sumber: Farah Abadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Akhir kata
Banyak lagi resepi berasaskan ayam cincang ini. Jangan lupa resepi mudah ini ya.
Jom semak juga resepi ayam masak halia (Pelbagai Cara Masakan)
Selamat mencuba!