3 Resepi Ambuyat

Ambuyat ialah makanan tradisional yang berasal dari Brunei dan juga popular di Sabah, Sarawak serta kalangan masyarakat Melayu di Labuan dan Kalimantan. Ia diperbuat daripada kanji sagu yang dilarutkan dengan air panas sehingga menjadi sejenis jeli putih yang likat dan kenyal. Ia tidak mempunyai rasa yang kuat dan biasanya dimakan bersama pelbagai jenis lauk berkuah atau sambal yang berperisa.

Untuk menyediakan ambuyat, tepung sagu (biasanya dari pokok rumbia) dicampur dengan air panas mendidih sambil dikacau hingga ia menjadi jernih, pekat dan likat seperti gam. Ambuyat dimakan menggunakan “chandas”, iaitu sepasang lidi atau garpu buluh yang diputar untuk menggulung ambuyat, kemudian dicicah ke dalam sambal belacan, kuah tempoyak, ikan rebus, sayur rebus atau lauk masak lemak.

1. Resepi Ambuyat / Kampurung

Bahan-bahan ambuyat

  • Tepung ubi
  • Air

Bahan-bahan kangkung

  • Ikan bilis (goreng dan kisar kasar)
  • Kangkung
  • Kacang panjang
  • Sardin (hancurkan)
  • Bawang merah dan bawang putih (optional)

Bahan-bahan sambal belacan

  • Cili api
  • Belacan (dibakar dahulu)
  • Tomato
  • Garam
  • Air perahan limau
  • Sedikit gula

Cara buat ambuyat

  1. Untuk ambuyat, kacau tepung ubi dengan air biasa sehingga tak berketul.
  2. Panaskan api sederhana sehingga warna tepung bertukar menjadi jernih.
  3. Untuk membuat kangkung, goreng ikan bilis dan kacang tanah. Asingkan.
  4. Gunakan minyak tadi untuk tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan sardih dan kacau sehingga naik bau, tambahkan air.
  6. Masak sehingga kuah mendidih dan masukkan kacang panjang dan kangkung.
  7. Perasakan dan tutup api.
  8. Untuk sambal belacan, campurkan semua bahan dan tumbuk.
  9. Perasakan mengikut cita rasa anda.

Sumber: Zakwan Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni

2. Resepi Ambuyat

Boleh dimakan bersama sambal belacan.

Bahan-bahan

  • 300g tepung ubi
  • 500ml air

Cara buat ambuyat

  1. Sebatikan dahulu air dan tepung.
  2. Setelah sebati, buka api perlahan dan gaul.
  3. Gaul perlahan sehingga menjadi putih jernih.

Sumber: Geraldine Suling dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Ambuyat

Bahan-bahan

  • Tepung ubi
  • Air biasa
  • Air panas menggelegak

Cara buat ambuyat

  1. Bancuh tepung ubi dengan air biasa.
  2. Kemudan, tuang air panas yang menggelegak ke atas tepung tadi. Tuang sehinggan tepung ubi menjadi jernih.
  3. Kacau sebati dan boleh dimakan bersama sambal belacan atau kuah ikan.

Sumber: Sheril Aida dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Popular?

Terdapat pelbagai menu yang menjadi makanan kegemaran masyarakat di sesuatu kawasan. Dibawah ini ada 5 lagi menu yang popular di kawasannya yang tersendiri:

1. Laksam

Sejenis mi tebal yang diperbuat daripada tepung beras dan dihidangkan dengan kuah santan yang kaya dengan rempah ratus. Hidangan ini popular di pantai timur Semenanjung Malaysia, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

2. Bubur Lambuk

Bubur yang dimasak dengan pelbagai rempah ratus, daging dan sayur-sayuran. Hidangan ini sangat popular di Malaysia dan mempunyai rasa yang kaya dengan campuran rempah yang unik.

3. Pengat Pisang

Hidangan pencuci mulut yang diperbuat daripada pisang yang dimasak dalam santan dengan gula melaka dan daun pandan. Ia merupakan hidangan yang lazat dan popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

4. Lepat

Sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut yang diisi dengan kelapa parut dan gula melaka, kemudian dibungkus dengan daun pisang dan dikukus.

5. Nasi Kerabu

Nasi berwarna biru yang dimasak dengan bunga telang dan dihidangkan dengan pelbagai jenis ulam, sambal dan lauk pauk. Hidangan ini sangat popular di negeri Kelantan.Copy

Leave a Comment