Wajik durian ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada beras pulut, santan, gula melaka, dan isi durian. Kuih ini sangat popular di Malaysia terutamanya semasa musim durian dan perayaan.

Untuk membuatnya, bahan-bahan yang diperlukan ialah beras pulut, santan pekat, gula melaka, gula pasir, daun pandan, garam, dan isi durian. Cara penyediaannya dimulakan dengan merendam beras pulut, kemudian dikukus sehingga masak. Seterusnya, campurkan santan, gula melaka, gula pasir dan masak sehingga pekat. Masukkan isi durian dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali, tuangkan campuran ke dalam acuan dan sejukkan sebelum dipotong..

1. Resepi Wajik Durian Pulut Susu

Bahan-bahan

  • 500g pulut susu
  • 500ml santan pekat
  • Sedikit santan cair
  • 250g gula merah
  • 150g gula melaka
  • 200g gula putih
  • 200g durian
  • 1 sk gatam
  • 3 helai daun pandan
  • 1 cawan air

Cara buat Wajik Durian Pulut Susu

  1. Kukus pulut dengan sedikit santan cair selama 25 minit. Pastikan santan sama paras dengan pulut.
  2. Masak gula merah dan gula melaka dengan secawan air sehingga gula larut. Tapiskan.
  3. Masukkan santan pekat, larutan gula merah dan gula melaka, gula putih, garam, durian dan daun pandan.
  4. Masak sehingga pekat berminyak.
  5. Masukkan pulut susu dan kacau sampai pekat. Sedia dihidang.
  6. Tunggu sejuk, kemudian boleh potong.

Sumber: Cik Puan Hasanah Nassan dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Wajik Durian Gula Anau

Bahan-bahan

  • 500g pulut
  • 3 keping gula anau
  • 2 biji kelapa parut (ambil santan sahaja)
  • Daun pandan
  • Beberapa ulas durian
  • Secubit garam

Cara buat Wajik Durian Gula Anau

  1. Cuci pulut dan rendam selama beberapa jam. Tos dan kukuskan.
  2. Masukkan santan ke dalam kuali. Campurkan gula anau, garam dan daun pandan. Masak sehingga larut.
  3. Masukkan durian dan kacau sehingga kuah gula menjadi pekat berbuih. Boleh rasa dan tambahkan gula jika ingin manis lagi.
  4. Masukkan pulut yang sudah dikukus dan kacau bagi sekata. Siap.

Sumber: SuiSan Aliezsha dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Wajik Durian 1 Talam

Bahan-bahan

  • 1 1/2kg pulut (rendam 2 jam dan kukus)
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 4 ketul gula melaka
  • Daun pandan
  • 6 cawan santan dari 2 biji kelapa
  • 2 biji durian

Cara buat Wajik Durian 1 Talam

  1. Campurkan gula pasir, gula merah, air, gula melaka dan daun pandan. Masak menjadi air gula sehingga mendidih dan tapis sebanyak 3 kali.
  2. Masukkan air gula dan santan pekat, masak sehingga kuah bertali/pekat. Pastikan kuah betul-betul pekat untuk pastikan pulut juga melekat nanti.
  3. Masukkan pulut yang sudah dikukus.
  4. Kacau dengan api perlahan sehingga pulut pecah minyak dan melekat antara satu sama lain.
  5. Masukkan durian dan masak lagi sehingga betul-betul pekat.
  6. Lapikkan talam dengan daun pisang, tuang wajik dan ratakan.
  7. Setelah sejuk boleh potong dan hidang.

Sumber: Aezach AR dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Kuih Tradisional Yang Popular?

Selain wajik durian, anda juga boleh mencuba resepi durian crepe dan serawa durian. Jangan lupa untuk berkongsi masakan anda bersama jiran-jiran! Pasti mereka gembira dapat merasa. Kalau mahu kuih tanpa ada rasa durian, anda boleh juga mencuba menu-menu yang dicadangkan ini:

1. Dodol

Dodol adalah kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung pulut, santan dan gula melaka. Proses pembuatannya mengambil masa yang lama kerana memerlukan kacauan berterusan untuk mendapatkan tekstur yang sempurna.

2. Lepat Pisang

Lepat pisang merupakan kuih tradisional yang menggunakan pisang masak sebagai bahan utama, dicampur dengan tepung beras dan dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus.

3. Lompat Tikam

Kuih lompat tikam adalah sejenis kuih yang terdiri daripada dua lapisan – lapisan bawah diperbuat daripada tepung beras dan lapisan atas daripada santan dan tepung pulut.

4. Kuih Koci

Kuih koci adalah sejenis kuih yang dibungkus dengan tepung pulut dan diisi dengan kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka.

5. Kuih Seri Muka

Kuih seri muka adalah kuih dua lapis yang terdiri daripada lapisan bawah pulut dan lapisan atas yang diperbuat daripada tepung beras, santan dan pandan.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply