Kalau anak-anak selalu minta waffle di luar, pasti kena keluar duit. Kalau murah, tak apa. Ini ada yang sampai RM5-RM10. Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Tak susah mana pun kalau cuba buat menggunakan resepi waffle ini.
Jom kita try!
1. Resepi Waffle Rangup Gebu
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu kecil baking powder
- 2 1/2 cawan air sejuk
- 1 cawan minyak masak
- 6 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu kecil esen vanilla
- 3 biji telur segar gred C
Cara- buat Waffle Rangup Gebu
- Asingkan kuning telur dan putih telur.
- Di dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan kecuali putih telur lalu kacau rata.
- Pukul putih telur yang diasingkan tadi sehingga menjadi “soft-peak meringue”.
- Kaup balikkan meringue yang dipukul sebentar tadi ke dalam adunan tepung dan kacaukan sehingga rata. Rehatkan sebentar dalam peti sejuk.
- Panaskan “waffle maker”.
- Untuk setiap keping waffle, perlukan 2 senduk adunan.
- Selepas itu, ratakan dalam waffle maker. Tutup waffle maker perlahan-lahan supaya adunan tidak meleleh keluar. Tekan penutup waffle maker supaya bahagian atas waffle masak dan garing sekata.
- Bagaimana nak tahu waffle dah cukup masak dan garing? Lampu di atas penutup waffle maker akan menyala warna oren.
- Apabila waffle sudah masak. keluarkan menggunakan penyepit.
- Letakkan di atas pinggan dan sapukan inti yang digemari.
Sumber: Nanie Sulong dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Waffle Rangup & Lembut
Bahan-bahan
Bekas pertama:
- 1 cawan air
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu besar mentega
- 2 sudu besar minyak jagung
- 1 cawan tepung kek
- 1 sudu besar tepung jagung
- ½ sudu besar garam
- ½ sudu besar esen vanilla
Bekas kedua:
- 1 biji putih telur
- 2 sudu besar gula
Cara buat Waffle Rangup & Lembut
- Masukkan mentega dalam kuali dan cairkan. Kemudian campurkan mentega yang dicairkan tadi bersama 1 cawan air dan kacau.
- Campurkan kuning telur bersama bancuhan tadi bersaama dengan minyak jagung.
- Masukkan pula tepung jagung, tepung kek, garam dan esen vanilla dan gaul sebati.
- Dalam bekas yang asing, masukkan putih telur dan gula lalu kacaukan sehingga menjadi “soft meringue” dan tidak cair.
- Masukkan adunan meringue tadi dalam bekas pertama tadi lalu kacau sehingga menjadi adunan yang cair.
- Sendukkan adunan ke dalam “waffle maker” yang panas dan ratakan.
- Tutupkan waffle maker tersebut dan angkat waffle menggunakan penyepit.
- Sapukan waffle dengan topping kegemaran anda!
Sumber: Faidhi Badri dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Waffle Simple
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu besar gula
- 1/3 sudu kecil garam
- 1 cawan susu segar
- 3 sudu besar minyak
- 1 biji telur
- 2 sudu kecil esen vanila
Cara buat Waffle Simple
- Campurkan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, gula dan garam dalam satu bekas dan kacau sebati.
- Kemudian, campurkan susu segar,minyak, esen vanilla dan telur dalam bekas yang berasingan dan gaulkan rata menggunakan “whisk”.
- Campur bahan susu tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
- Biarkan adunan seketika selama 15-30 minit.
- Sapukan butter/planta pada waffle maker.
- Tuangkan 2 senduk bancuhan.
- Masak hingga waffle garing.
Sumber: Nonie Nuar dari Masak Apa Hari Ni
Akhir kata
Semoga perkongsian resepi waffle ini akan memberikan anda motivasi untuk mencuba.
Untuk resipi-resipi yang lain, boleh juga cuba resepi cheesekut.
Selamat menjamu selera.