Udang masak merah ialah hidangan popular Malaysia yang menggunakan udang segar sebagai bahan utama. Bahan-bahan yang diperlukan termasuk udang, bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, cili merah, kunyit, garam, gula, dan minyak masak.

Cara penyediaan dimulakan dengan menumis bawang dan halia sehingga wangi. Kemudian masukkan pes cili yang telah dikisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan udang dan kacau rata, tambah sedikit air dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula, masak sehingga udang masak dan kuah pekat.

1. Resepi Udang Masak Merah Madu

  • 500g udang (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 sb kismis
  • 2 sb madu
  • 1 sb gula putih
  • 2 sb sos tomato
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb sos tiram
  • Serbuk perasa @ garam

Bahan kisar

  • 10-15 batang cili kering (direbus atau direndam dalam air panas, toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bwang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai

Cara masak Udang Masak Merah Madu

  1. Kisar bahan-bahan di atas.
  2. Panaskan minyak, masukkan udang dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kismis, madu dan gula.
  5. Gaulkan semuanya dan biarkan masak seketika.
  6. Masukkan bawang besar dan udang yang sudah digoreng. Gaulkan dan sedia untuk dihidang.

Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Udang Masak Merah Bersantan

Bahan-bahan

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Cili kering*
  • Halia*
  • Tomato*
  • Serai (diketuk)
  • Sos cili
  • Santan pekat
  • Garam @ serbuk perasa
  • Gula
  • Daun sup
  • Bawang holland

Cara buat Udang Masak Merah Bersantan

  1. Kisar bahan-bahan bertanda * sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak.
  3. Taburkan garam, serbuk perasa dan gula.
  4. Masukkan sos dan kacau. Masukkan santan sedikit.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan udang. Tuangkan air sedikit.
  6. Bila udang hampir masak, masukkan daun sup dan bawang holland. Siap.

Sumber: CT Nazura dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Udang Masak Merah Simple Mak Mertua

Bahan-bahan

  • Udang
  • 1 biji bawang besar*
  • 7 batang cili hidup*
  • 5 batang cili vietnam (jika suka pedas)*
  • Halia
  • 1/2 labu bawang putih*
  • 3 sb sos cili
  • 2 sb sos tiram
  • Garam dan gula

Cara buat Udang Masak Merah Simple Mak Mertua

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram. Gaulkan.
  4. Taburkan gula, garam dan perasa.
  5. Masukkan udang dan kacau sehingga masak. Siap.

Sumber: Lily Petunia dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Udang Masak Berempah

Bahan-bahan

  • Udang setengah kg.
  • 2sudu besar rempah kari babas ayam/ikan.
  • 2sudu besar serbuk cili.
  • 2sudu besar sos cili.
  •  1sudu besar sos tiram.
  • 1sudu besar kicap ABC.
  • 1sudu kecik lada hitam.
  • Sedikit garam&perencah secukup rasa.
  • Daun kari 1@2 pelepah.
  • Bawang putih&bawang merah potong.
  • Sedikit air kosong.
  • Minyak untuk menumis

Cara buat Udang Masak Berempah

  1. Panaskan minyak dan masuk semua bahan-bahan rempah dan sos di atas, masak sampi pecah minyak dan tambah air sikit.
  2. Bila dah pecah minyak, baru masuk udang.
  3. Letak garam dan serbuk secukup rasa. Masak sampai kering sikit & tutup api.
    *Kalau suka kuah boleh tambah lebih air.

Sumber: Natasha Qalisya dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

5. Resepi Udang Goreng Sos

Bahan-bahan

  • Udang
  • Garam
  • Kunyit
  • Bawang merah/bawang putih/bawang besar
  • 2 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tomato
  • Garam

Cara buat Udang Goreng Sos

  1. Udang lumurkan garam kunyit.
  2. Perap dalm 30minit.
  3. Goreng dalam minyak.
  4. Nama pk udang dah masak,masukkan bawabg merah, bawang putih dan bawang besar.
  5. Agak bawang dah layu, masukkan 2 sudu sos cili, dan 3 sudu sos tomato.
  6. Perasakan dengan garam sikit.
  7. Goreng sampai agak pecah minyak,dan siap.

Sumber: Nik Nuraien dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

 

Selain Udang Masak Merah, Apa Hidangan Makanan Laut Yang Popular?

Selain Udang Masak Merah, terdapat pelbagai hidangan makanan laut lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 hidangan makanan laut yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

1. Asam Pedas Ikan Pari

Hidangan asam pedas yang dibuat menggunakan ikan pari dan rempah ratus tempatan. Bahan utamanya termasuk ikan pari, asam jawa, cili, bawang, kunyit, dan daun kesum.

2. Kari Kepala Ikan

Sup kari yang dimasak dengan kepala ikan merah atau ikan tenggiri. Menggunakan rempah kari, santan, tomato dan sayur-sayuran.

3. Sambal Sotong

Hidangan sotong yang dimasak dengan sambal belacan pedas. Bahan utamanya termasuk sotong, belacan, cili, bawang dan asam jawa.

4. Ketam Masak Cili

Ketam yang dimasak dengan sos cili pedas. Menggunakan ketam, cili, bawang, halia dan sos tiram.

5. Steam Fish Hong Kong Style

Ikan stim ala Hong Kong yang ringkas tetapi lazat. Menggunakan ikan siakap atau kerapu, kicap cair, halia, bawang putih dan daun bawang.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply