Udang masak lemak adalah hidangan Melayu yang menggunakan bahan utama udang yang dimasak dalam santan dengan perencah seperti kunyit, lengkuas, serai, cili padi, bawang merah, bawang putih, dan daun limau purut. Hidangan ini mempunyai rasa yang kaya dengan gabungan manis, pedas dan lemak santan yang memberi kelazatan tersendiri.

Untuk memasaknya, tumis semua bahan kisar sehingga wangi, kemudian masukkan udang dan kacau seketika. Tuang santan dan biarkan mendidih, masukkan daun limau purut dan perasa secukupnya. Masak sehingga udang masak dan kuah pekat mengikut kesukaan.

1. Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Petai

Bahan-bahan

  • 1/2 kg Udang
  • Santan
  • 15 ulas cili padi (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 batang serai (dititik)
  • Kunyit
  • Petai
  • Asam keping
  • Garam

Cara buat udang masak lemak cili api petai

  1. Campurkan santan, cili padi, bawang putih, bawang merah, serai dan kunyit di dalam periuk.
  2. Kemudian baru dihidupkan api dan gaul perlahan-lahan  supaya tidak pecah minyak.
  3. Agak-agak  dalam 5 minit, masukkan petai, asam keping dan garam. Kacau perlahan sehingga sedikit mengelegak kemudian masukkan udang. Kacau perlahan sehingga udang masak.
  4. Sedikit makluman, serbuk kunyit boleh digantikan dengan kunyit hidup. Petai juga boleh digantikan dgn tomato, kacang buncis, terung atau belimbing dan kacang panjang.

Sumber: Mahfuzah Aidi dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Masak Lemak Udang Cili Padi Nenas

Bahan-bahan

  • *4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 biji cili besar
  • *4 biji cili padi (ikut lah tahap kepedasan yang mau..haha)
  • *1 inci setengah kunyit hidup
  • 2 batang serai ketuk
  • Udang
  • Nenas
  • Garam
  • 1 kotak kecil santan KARA

Cara buat udang masak lemak cili api petai

  1. Kisar semua bahan bertanda *
  2. Renehkan bahan kisar dengan sedikit air.
  3. Nampak dah gelegak, masuk santan dan serai. Kacau perlahan tak nak bagi pecah minyak.
  4. Tambah air ikut selera nak pekat atau cair.
  5. Dah menggelegak, masukkan nenas.
  6. Masuk garam dan gula sedikit.
  7. Nenas dah nampak empuk, masukkan udang.

Sumber: Nadia Abdul Kadir dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Masak Lemak Tempoyak Petai Udang

Bahan-bahan

Bahan A (kisar)

  • Cili padi 6
  • Bawang merah besar 1
  • Bawang putih 3
  • Kunyit hidup

Bahan B

  • Serai ketuk
  • Petai
  • Udang
  • Tempoyak 1mangkuk
  • Santan
  • Daun kunyit

Cara buat masak lemak tempoyak petai udang

  1. Panaskan kuali, masukkan bahan A dan serai. Letak air sedikit dan kacau.
  2. Masukkan bahan B dan kacau hingga naik bau.
  3. Masuk garam dan gula untuk seimbangkan rasa .
  4. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.

Sumber: Zatul Itri dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Makanan Laut Yang Sesuai Dibuat Masak Lemak?

Masak lemak bukan sesuai dengan udang sahaja malahan boleh dimasak bersama makanan laut lain seperti ketam, sotong, ikan, kerang dan kupang. Butirannya seperti dibawah:

1. Masak Lemak Cili Padi Ketam

Masakan ini menggunakan ketam sebagai bahan utama yang dimasak dengan santan, cili padi dan rempah ratus yang sama seperti udang masak lemak. Ia adalah hidangan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia.

2. Masak Lemak Sotong

Sotong dimasak dengan santan, kunyit dan rempah ratus yang memberikan rasa istimewa. Hidangan ini biasa ditemui di restoran-restoran Melayu dan gerai makanan tempatan.

3. Masak Lemak Ikan Tenggiri

Ikan tenggiri yang dimasak dalam kuah lemak santan dengan campuran rempah ratus tradisional. Masakan ini sangat popular di kalangan masyarakat Melayu.

4. Masak Lemak Kerang

Kerang dimasak dengan santan yang diperkayakan dengan rempah ratus tempatan. Hidangan ini terkenal di kawasan pesisir pantai Malaysia.

5. Masak Lemak Kupang

Kupang yang dimasak dengan santan pekat dan rempah ratus yang memberikan rasa unik. Hidangan ini popular di kawasan selatan Semenanjung Malaysia terutamanya di Johor.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply