Udang harimau atau nama saintifiknya ‘Giant Tiger Prawn’ merupakan sejenis udang laut yang bersaiz besar dengan jalur hitam pada badannya. Udang ini popular dalam masakan Asia kerana isinya yang tebal dan manis. Antara contoh masakan adalah Udang Harimau Goreng Mentega.

Bahan-bahan yang diperlukan ialah udang harimau, mentega, bawang putih, halia, garam dan lada hitam. Cara masak: Bersihkan udang dan kekalkan kulitnya. Panaskan mentega, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan udang, garam dan lada hitam. Masak sehingga udang bertukar warna merah dan masak sepenuhnya.

1. Resepi Udang Goreng Berempah

Bahan-bahan

  • Udang harimau (500g)
  • Bawang merah (4 ulas)
  • Bawang putih (2 ulas)
  • Bawang besar dicincang (1 biji)
  • Serai dipotong nipis (1/2 batang)
  • Daun kari (1 tangkai)
  • Ketumbar (1 sudu)
  • Serbuk cili (1 sudu)
  • Serbuk jintan manis (1/2 sudu)
  • Serbuk kunyit (1/2 sudu)
  • Serbuk jintan putih (1/2 sudu)
  • Gula (sikit je kalau perlu)
  • Garam (secukup rasa)

Cara buat Udang Goreng Berempah

  1. Tumbuk serai hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
  2. Setelah lumat, tumbuk bawang merah. Masukkan garam supaya mudah ditumbuk.
  3. Gaulkan udang dengan bahan ditumbuk, semua rempah, gula. Perap 1/2 jam.
  4. Goreng daun kari hingga naik bau.
  5. Masukkan bawang besar dan biar hingga layu.
  6. Masukkan udang, goreng hingga masak dan hidang.

Sumber: Hairul Nizam Ijam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Creamy Butter Prawn With Salted Egg

Bahan-bahan

  • Udang harimau (nak tukar ketam ke ayam ke sotong ke pon boleh)
  • Bawang putih (cincang)
  • Cili padi
  • Daun kari
  • Telur masin (hancurkan)
  • Butter
  • Susu cair

Cara buat Creamy Butter Prawn With Salted Egg

  1. Gaul udang dengan tepung jagung, serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng dan ketepikan.
  2. Cairkan butter, masukkan bawang putih tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili dan daun kari.
  4. Masukkan susu cair dah kacau.
  5. Bila dah menggelegak masukkan telur masin yang dah dihancurkan tadi.
  6. Agak kuah dah pekat masukkan udang yg dah digoreng, kacau kejap and siap!

Sumber: Fara Amirullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Udang Harimau Masak Gulai Lemak Cili Api Tempoyak

Bahan-bahan

  • 10 ekor udang harimau
  • 1 jelai daun kunyit
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 btg serai di ketuk
  • 1 labu bawang merah (size sederhana)
  • 10 bji cili api
  • 1 cawan santan
  • 1 sd bsr tempoyak

Cara buat Udang Harimau Gulai Lemak Cili Api Tempoyak

  1. Kisar halus bawang cili api & kunyit hidup sehingga halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama serai, bila dah mendidih masukkan santan dan kacau sehingga menggelegak.
  3. Masukkan udang, daun kunyit & tempoyak, perasakan dengan garam & perasa.

Sumber: Darlila Razali dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Kari Udang

Bahan-bahan

  • Udang harimau
  • 5 ulas bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • 1 peket rempah kari udg
  • Daun kari
  • 4 btg cili padi
  • Garam
  • Gula
  • Santan kotak
  • Sayur jika suka bendi/terung

Cara buat Kari Udang

  1. Cara panaskan minyak bahan yang dihiris, masukan cili padi, masak hingga naik bau masukan rempah kari, kacau dengan cepat supaya rempah tak hangus.
  2. Setelah naik bau masukan sedikit air, masukkan daun kari kacau lagi sampai pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair dulu, then masukan udang, sayur bendi, terung jika suka.
  4. Masuk asam jawa sikit, bila udang dah agak masak masukan santan pekat, garam gula biar reneh sebentar jangan sampai pecah santan.
  5. Masukka tomato jika suka dah siap.

Sumber: Anaz Haji Mohair dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Alternatif Bagi Menu Yang Menggunakan Udang Harimau?

Bagi penggemar makanan laut yang mahukan kelainan, mungkin anda boleh mencuba menu selain menu udang. 5 antara menu makanan laut yang menarik adalah:

1. Ketam Masak Lada Hitam

Ketam dimasak dengan sos lada hitam yang pekat bersama sayur-sayuran seperti cili dan bawang. Hidangan ini sangat popular di restoran makanan laut tempatan dan biasanya disajikan dalam kuantiti yang besar untuk dikongsi.

2. Sotong Goreng Tepung

Sotong segar yang dibalut dengan tepung goreng yang rangup dan digoreng sehingga keemasan. Biasanya dihidangkan dengan sos cili thai atau sos tartar sebagai hidangan pembuka selera.

3. Ikan Siakap Stim

Ikan siakap yang distim dengan halia, bawang putih, dan cili. Masakan ini menonjolkan kesegaran ikan dan perisa yang ringan tetapi penuh dengan rasa.

4. Kupang Masak Thai

Kupang yang dimasak dengan rempah Thai, santan dan daun limau purut. Hidangan ini menggabungkan rasa masam, pedas dan manis yang seimbang.

5. Lobster Thermidor

Lobster yang dimasak dengan sos krim berkrim dan keju, kemudian dibakar sehingga keperangan. Hidangan ini merupakan sajian mewah yang popular di restoran makanan laut premium.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply