Udang goreng tepung ialah hidangan yang terdiri daripada udang segar yang disalut dengan tepung dan digoreng sehingga garing. Bahan-bahan yang diperlukan ialah udang segar, tepung gandum, tepung jagung, serbuk lada hitam, garam, dan minyak masak.

Cara penyediaan bermula dengan membersihkan udang dan mengeringkannya. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan lada hitam. Celupkan udang ke dalam campuran tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga keemasan.

1. Resepi Udang Goreng Tepung

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 tsp baking powder
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Air secukupnya (adunan pekat)
  • 1/2 paket eno

Cara buat Udang Goreng Tepung

  1. Gaul semua bahan hingga sebati.
  2. Minyak guna api sederhana. Setelah minyak panas, pegang hujung ekor udang celup kedalam tepung.
  3. Kemudian masukkan kedalam kuali. Jangan banyak sekali goreng nanti tak cantik & hangus.
  4. Nampak kekuningan terus angkat & tos minyak.
  5. Siap.

Sumber: Generasibiru Slank dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Udang Goreng Tepung Montel

Bahan-bahan

  • 8-10 ekor udang size sederhana buang kulit, tinggalkan bahagian ekor sahaja
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Serbuk pati ayam
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Air masak

Cara buat Udang Goreng Tepung Montel

  1. Campurkan tepung gandum & baking powder.
  2. Masukkan serbuk pati ayam & serbuk kunyit, gaul rata.
  3. Tuang air sedikit sambil dikacau hingga adunan licin dan pekat seperti gam. Biarkan 15 minit.
  4. Panaskan minyak, api sederhana. Celup udang dalam adunan hingga tersalut rata, putarkan supaya salutan sedikit tebal.
  5. Goreng secara rendaman udang hingga keperangan.
  6. Angkat dan toskan atas kitchen towel. Sajikan bersama sos cili Thai

Sumber: Eka Zahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Udang Goreng Tepung Versi Thai

Bahan-bahan

  • Udang besar (buang kulit, tinggalkan bahagian ekor sahaja)
  • Mauripan 2 sudu kecik
  • Bikarbonat 1 sudu kecik
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Air 1cwn
  • Garam

Cara buat Udang Goreng Tepung Versi Thai

  1. Tepung gandum di campur air  letak mauripan serbuk bikarbonat dan perasakan dengan garam.
  2. Selepas itu biarkan selama 10 minit bagi rehat adunan, barulah udang di celur dengan adunan tadi.
  3. Goreng dengsn api yang kecik jangan besar sgt nanti warna tak cntik. Siap.

Sumber: Alfisha Nana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Udang Goreng Tempura

Bahan-bahan

  • Udang
  • Tepung gandum
  • Baking soda
  • Lada sulah
  • Kiub ikan bilis
  • Garam
  • Serbuk breadcrumbs

Cara buat Udang Goreng Tempura

  1. Buang kulit udang kecuali ekor. Basuh dan letak atas tisu, biarkan udang tu kering sekejap..
  2. Sementara tu. ambil tepung gandum, letak sedikit baking soda, lada sulah, suku kiub ikan bilis dan garam secubit.
  3. Tuang air agak sedikit pekat.
  4. Udang yang dah kering sapukan secubit garam lagi.
  5. Kemudian celupkan dalam adunan tepung dan angkat, terus celup ke breadcrumbs.
  6. Goreng dengan api yang slow.
  7. Dah kuning. Sedia di angkat.
  8. Tapi pastikan adunan tepung tu pekat supaya melekat pada udang.

Sumber: Kak Liyana HN dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Goreng Tepung Yang Popular?

Selain Udang Goreng Tepung, terdapat juga menu goreng tepung lain yang enak. 5 diantaranya adalah:

1. Sotong Goreng Tepung

Sotong goreng tepung menggunakan sotong segar yang dipotong berbentuk cincin dan digoreng dengan salutan tepung yang sama seperti udang goreng tepung. Hidangan ini sangat popular di restoran makanan laut.

2. Fish and Chips

Hidangan ini menggunakan ikan segar seperti kod atau dori yang disalut dengan tepung khas dan digoreng sehingga garing. Ia biasanya dihidangkan dengan kentang goreng dan sos tartar.

3. Ikan Celup Tepung

Ikan yang dibalut dengan tepung dan digoreng sehingga garing. Biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan mambong yang dicelup kedalam bancuhan tepung pertama berisi ais dan celupan tepung kering kedua dan barulah digoreng. Selalunya mudah didapati di negeri pantai timur terutamanya Terengganu.

4. Ketam Goreng Tepung

Ketam yang digoreng dengan salutan tepung ini merupakan hidangan istimewa yang popular di restoran makanan laut. Ia memerlukan teknik masakan yang khusus untuk mengekalkan kesegaran isi ketam.

5. Keropok Udang

Keropok udang dibuat daripada campuran udang kisar, tepung dan perasa yang dibentuk dan digoreng sehingga mengembang. Ia merupakan snek yang popular dan boleh dijadikan hidangan pembuka selera.

 

.

 

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply