Udang galah, atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii, ialah sejenis udang air tawar di Malaysia. Udang galah juga dikenali sebagai udang sungai atau udang harimau. Ia terkenal dengan saiznya yang besar dan rasanya yang lazat. Udang galah boleh mencapai panjang sehingga 30 sentimeter dan mempunyai daging yang kenyal serta manis.
Terdapat pelbagai cara untuk memasak udang galah yang popular di Malaysia. Antara hidangan yang sering disediakan menggunakan udang galah termasuklah tomyam, masak lemak cili padi, dan masak sambal. Tomyam udang galah menawarkan rasa yang pedas dan masam, manakala masak lemak cili padi menggabungkan kelemakan santan dengan kepedasan cili padi. Masak sambal pula memberikan rasa pedas dan manis yang memikat selera. Selain itu, udang galah juga sering dimasak secara ringkas seperti dibakar atau dipanggang untuk mengekalkan kesegaran rasanya.
Masakan Udang Galah
1. Resepi Udang Galah Masak Tomyam
Bahan-bahan
- 1kg udang
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- Bawang Holland (dipotong empat)
- Bawang putih (diketuk)
- Daun sup
- Tomato
- Sayuran
- 5 biji cili hidup
- Daun limau purut
- Sedikit asam jawa
- 3 biji asam limau
- Pes tomyam Thai
- Garam dan serbuk perasa
- Gula
- 3 sudu susu pekat
Cara buat udang galah masak tomyam
- Didihkan air dan masukkan pes tomyam.
- Kemudian masukkan serai, halia, lengkuas dan carrot. Biarkan mendidih lagi.
- Masukkan asam jawa, asam limau, daun limau purut, cili dan bawang Holland.
- Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan susu pekat.
- Masukkan sayur dan udang. Tunggu sehingga udang masak dan masukkan tomato dan daun ketumbar. Siap.
Sumber: Fazilah Sa’aid dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Udang Galah Khamped
Bahan-bahan
- 1kg udang
- 2 biji bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1/2 inci lengkuas*
- 2 batang serai (potong halus)*
- 2 biji cili hidup merah*
- 5 biji cili api hijau*
- 2 sudu cili kisar
- 1 sudu pes tomyam
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu sos cili
- 1 sudu sos ikan
- 1 keping asam keping
- Kacang panjang (optional)
- Bahan perasa dan garam
- Gula
- Daun limau purut
Cara buat udang khamped
- Blend halus bahan bertanda *.
- panaskan minyak, goreng udang dan ketepikan.
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, asam keping, sos cili dan sos ikan. Masak lagi hingga mendidih.
- Sekiranya kuah kering boleh masukkan air. Masukkan udang, kacang panjang dan limau purut. Perasakan.
Sumber: Ida Zairi dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Udang Galah Masak Sambal
Bahan-bahan
- Udang
- Lada kering yang sudah direbus
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sos cili
- Sos tiram
- Sos tomato
- Gula dan garam
Cara buat udang galah masak sambal
- Panaskan minyak dan goreng udang. Ketepikan.
- Kisar lada kering, bawang merah dan bawang putih.
- Guna minyak goreng udang tadi, tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
- Masukkan gula, sos cili, sos tomato dan sos tiram. Tambahkan sedikit air dan biarkan hingga mendidih.
- Masukkan udang dan masak hingga bahan sebati dan pecah minyak. Perasakan dan siap.
Sumber: Syarifah Norazimah dari Masak Apa Hari Ni
Berapa Harga Udang Galah Sekilo?
Harga udang galah sekilo di Malaysia bergantung pada 4 faktor utama iaitu musim, bekalan, permintaan, dan lokasi pembelian. Harga udang galah di pasaran tempatan boleh bermula dari sekitar RM50 hingga RM100 sekilo. Walau bagaimanapun, harga ini boleh meningkat lebih tinggi di restoran-restoran mewah atau semasa musim perayaan.
Apa Beza Lobster dan Udang Galah?
Lobster dan udang galah mempunyai 6 perbezaan utama dari aspek habitat, saiz, rupa fizikal, rasa, harga dan kaedah masakah.
Lobster ialah haiwan laut yang hidup di air masin, manakala udang galah adalah spesies air tawar. Dari segi saiz, lobster biasanya lebih besar, boleh mencapai panjang melebihi 60 cm, berbanding udang galah yang lazimnya tidak melebihi 30 cm. Rupa fizikal kedua-dua haiwan ini juga berbeza; lobster memiliki dua seppit besar di bahagian hadapan, sementara udang galah mempunyai sepasang capit yang lebih kecil dan panjang.
Dari segi rasa pula, lobster terkenal dengan kemanisannya yang tersendiri dan tekstur daging yang lembut, manakala udang galah menawarkan rasa yang lebih ringan dengan tekstur yang sedikit lebih kenyal. Harga lobster lazimnya lebih tinggi berbanding udang galah, disebabkan oleh kesukaran dalam proses penangkapan dan pemeliharaannya.
Walaupun kedua-dua makanan laut ini boleh dimasak dengan pelbagai cara, lobster sering dianggap sebagai hidangan mewah dan dihidangkan dengan cara yang lebih istimewa, manakala udang galah lebih serbaguna dan kerap digunakan dalam pelbagai masakan tempatan.