Ubi kayu atau singkong merupakan sejenis akar umbi yang kaya dengan karbohidrat dan menjadi makanan ruji di Malaysia. Ia boleh didapati dengan mudah di pasar-pasar tempatan dan merupakan tanaman yang popular di kawasan kampung.

Untuk memasaknya, kupas kulit ubi kayu dan potong kepada saiz sederhana. Rebus dalam air mendidih selama 15-20 minit sehingga empuk. Boleh dihidangkan dengan kelapa parut dan gula, atau digoreng selepas direbus untuk tekstur yang lebih rangup.

1. Resepi Ubi Kayu Ketuk Goreng

Bahan-bahan

  • 500g – 1kg ubi kayu
  • 2-3 sudu besar gula
  • Sedikit kelapa parut (1 belah kelapa)
  • Sedikit tepung gandum
  • 500g tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cubit kapur makan

Cara buat ubi kayu ketuk

  1. Rebus ubi kayu sehingga empuk. Selepas empuk, tumbuk ubi sehingga lumat.
  2. Gaulkan dengan gula, kelapa parut dan garam. Buatkan bentuk bebola.
  3. Untuk bancuhan salutan, campurkan tepung beras, telur, garam, serbuk kunyit dan kapur dan air. Kacau sehingga sebati. Bancuhan jangan terlalu pekat atau cair.
  4. Panaskan minyak dengan api besar. Bila minyak sudah panas, celupkan bebola ke dalam bancuhan tepung dan goreng.

Sumber: Nz Nor dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • 4 cawan penuh padat ubi parut / kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • Beberapa titik perwarna kuning
  • 2 sudu besar marjerin @ butter yang dicairkan

Cara buat bingka ubi kayu

  1. Masukkan ubi ke dalam bekas. Campurkan air, santan pekat, gula, garam dan perwarna. Kacau sebati.
  2. Jika guna santan kotak, masukkan marjerin @ butter.
  3. Masukkan adunan yang sudah sebati ke dalam loyang 8 inci yang sudah digris dan dilapik baking paper.
  4. Bakar pada suhu 180°c selama lebih kurang 1 1/2 jam mengikut oven masing-masing.
  5. Sudah siap bakar, sapukan marjerin @ butter untuk nampak cantik berkilat.

Sumber: Fifa Ayu dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Kek Ubi Kayu

Bahan-bahan

  • 1 cawan ubi kayu
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan marjerin
  • 4 biji telur
  • 2 1/2 cawan tepung kek
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu oren Sunquick
  • 2 sudu susu pekat
  • Perwarna hijau
  • Serbuk koko

Cara buat kek ubi kayu

  1. Sagatkan ubi kayu dan letak tepi.
  2. Putar gula dan marjerin sehingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu.
  4. Masukkan ubi kayu, susu pekat, oren dan esen vanila. Masukkan juga tepung sedikit-sedikit sehingga habis.
  5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. 1 bahagian warnakan hikau dan 1 lagi letakkan serbuk koko. 1 lagi bahagian biarkan sahaja.
  6. Masukkan ke dalam loyang secara selang seli.
  7. Bakar selama 45 minit atau sehingga kek masak.

Sumber: Aina Mohd Tahir dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Menarik Yang boleh Dihasilkan Daripada Ubi Kayu?

Selain daripada menu-menu diatas, ada 4 lagi menu menarik yang boleh dihasilkan daripada ubi kayu. Menu tersebut adalah:

1. Kerepek Ubi Kayu

Kerepek ubi kayu adalah snek tradisional yang dihasilkan daripada ubi kayu yang dihiris nipis dan digoreng hingga rangup. Potong ubi kayu yang telah dikupas kepada hirisan nipis menggunakan peralatan khas atau pisau. Rendam dalam air garam sebentar, keringkan, dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan. Taburkan sedikit garam selepas digoreng.

2. Bubur Ubi Kayu

Bubur ubi kayu adalah hidangan berkuah yang lazat. Ubi kayu dipotong dadu dan dimasak bersama santan, gula melaka, daun pandan, dan sedikit garam. Kacau sehingga ubi kayu empuk dan kuah pekat, kemudian hidangkan panas-panas.

3. Kuih Ubi Kayu

Kuih ubi kayu dibuat dengan menggaul ubi kayu yang telah diparut dengan tepung gandum, gula, dan sedikit garam. Adunan kemudiannya dibentuk bulat-bulat kecil dan digoreng hingga keemasan. Boleh juga dikukus sebagai alternatif yang lebih sihat.

4. Puding Ubi Kayu

Puding ubi kayu adalah pencuci mulut yang menyelerakan. Ubi kayu yang sudah dilenyek dicampur dengan susu pekat manis, telur, gula, dan mentega. Kemudian, kukus adunan tersebut sehingga masak dan sejuk sebelum dihidangkan.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply