Tom Yam Putih ialah sejenis sup yang berasal dari masakan Thai yang menggunakan santan sebagai asas kuahnya, berbeza dengan Tom Yam merah yang menggunakan pes tomyam. Bahan-bahan utama termasuk santan, serai, daun limau purut, lengkuas, cendawan butang, isi ayam, udang, cili padi, dan jus limau nipis.

Cara masak yang ringkas bermula dengan memasak santan bersama rempah-rempah seperti serai, daun limau purut, dan lengkuas sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan-bahan lain mengikut keutamaan – ayam, cendawan, udang dan perasa seperti garam, serbuk perasa, dan jus limau nipis. Kacau sehingga masak dan hidangkan panas.

1. Resepi Tomyam Putih

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang holland dipotong 6
  • 20 tangkai cili api (diketuk)
  • 1 inci halia (dimayang)
  • 5 ulas bawang putih (dimayang)
  • 3 btg serai  (diketuk)
  • 1 ekor ayam
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau nipis (diambil jus)
  • 1 biji limau purut (diambil jus)
  • 1 sb sos ikan
  • 2 batang lobak merah
  • 2 biji tomato
  • Sedikit bunga kobis
  • Garam secukup rasa

Cara buat Tomyam Putih

  1. Tumiskan bawang holland, bawang putih, halia,serai dan cili api.
  2. Masukkan ayam. Kacau sekejap dan masukkan air.
  3. Apabila sudah mendidih masukkan sos ikan dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis dan limau purut.
  5. Masukkan tomato dan daun limau purut. Biarkan seketika dan bolehlah padamkan api. Siap.

Sumber: Zainoor Aliza Ali dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Tomyam Putih Ala Thai

Bahan-bahan

  • Lengkuas 3 keping
  • 3 batang serai dititik
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Pati ayam 1 kiub
  • Ayam 10 ketul
  • Cili padi 1
  • Daun limau buang batang tengah
  • Sayur sayuran
  • Tomato 1 biji
  • Limau nipis sebiji
  • Sos ikan
  • Jus limau 3 sudu makan
  • Bawang besar
  • Garam
  • Gula secukup rasa
  • Daun ketumbar

Cara buat Tomyam Putih

  1. Campurkan kesemua bahan dalam periuk.
  2. Letakkan garam, gula dan taburkan daun ketumbar.
  3. Siap.
  4. Hirup dalam mangkuk memang sedap.

Sumber: Nina Pauzi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tomyam Putih Ayam

Bahan-bahan

  • Air
  • Tomato
  • Serai potong pendek
  • Lengkuas hiris nipis
  • Akar daun ketumbar
  • Ayam sekor potong kecik
  • Cili padi 10 bj
  • Bawang besar hiris nipis
  • Bawang putih hiris nipis
  • 1daun limau purut
  • Sos ikan
  • Kiub ayam 2 bj
  • Air limau nipis 2 bijik
  • Gula 3 sudu beso
  • Baby corn
  • Cendawan
  • Bunga kubis
  • Daun ketumbar
  • Garam secukup rasa

Cara buat Tomyam Putih Ayam

  1. Didihkan air, masuk bahan no 1-5, didihkan sampai tomato hancur sikit (masuk tomato awal sebab nak biar air tomato keluar itu yang buat tomyam sedap).
  2. Selepas itu masukkan bahan no 6-14, didihkan sampai ayam masak.
  3. Kemudian masuk bahan no 15-18, didihkan sampai sayur masak.
  4. Boleh adjust rasa, kalau kurang gula, garam & air limau, boleh masuk lagi, pastikan manis, masam,masin & pedas balance, nak pedas potong cili padi.

Sumber: Normala Angah Mala dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Tomyam Tanpa Perencah (Versi Tumis)

Bahan-bahan

  • 1/2 kg sotng
  • 1 labu bawang putih(cincang)
  • 2bj buah tomato (potong dadu)
  • 4 btg serai (ketuk)
  • Daun limau purut
  • Setengah inci lengkuas (ketuk)
  • Cili padi secukupnya (ketuk)
  • 1/2 cwn susu cair @ secukupnya (optional)
  • Kiub ayam @ secukup rasa
  • Garam dan air limau nipis
  • Cuka ( kalau tak suka lebihkan air limau nipis)
  • Sos ikn (optional)
  • Btg akar ktumbar.
  • Bawang besar
  • Salery

Cara buat Tomyam Tanpa Perencah

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sampai wangi sedikit kekuningan.
  2. Letak serai, daun limau purut, cili padi dan buah tomato.
  3. Kacau tutup sekejap bagi tomato hancur, letak garam, kiub ayam @ secukup rasa  dan cuka.
  4. Masak lama sikit biar sebati ayam dengan perencah.
  5. Tambah air secukupnya, apabila dah gelegak letak lauk, sayur dan secukup rasa masam masin.
  6. Bubuh air limau nipis lebihan daun limau purut cili padi bawang besar dan susu cair, kacau dan tutup api.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Selain Tomyam Putih, Apa Hidangan Lain Yang Popular?

Selain Tomyam Putih, terdapat pelbagai hidangan lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 hidangan  yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:

1. Sup Cendawan

Sup Cendawan ialah hidangan berkuah yang dibuat menggunakan pelbagai jenis cendawan seperti cendawan butang, enoki dan shiitake. Bahan-bahan lain termasuk bawang putih, bawang besar, lada hitam, dan stok ayam.

2. Creamy Mushroom Soup

Hidangan ini merupakan versi mewah sup cendawan yang menggunakan krim masak dan mentega. Bahan-bahan utama termasuk cendawan butang, krim masak, bawang putih, bawang holland, dan stok ayam.

3. Sup Jagung

Sup Jagung adalah hidangan popular yang menggabungkan jagung manis dengan stok ayam. Bahan-bahan termasuk jagung manis, telur, bawang putih, dan serbuk lada putih.

4. Sup Sayur

Sup Sayur merupakan hidangan berkuah yang menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran. Bahan-bahan biasa termasuk lobak merah, kobis, kentang, bawang holland, dan stok ayam.

5. Clear Chicken Soup

Sup ayam jernih ini dibuat menggunakan stok ayam yang dimasak dengan bawang putih, bawang holland, dan lada hitam. Bahan-bahan tambahan termasuk potongan ayam, lobak merah, dan daun sup.

 

 

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply