Tomyam campur adalah satu hidangan kuah sup pedas dan masam yang berasal dari Thailand dan kini popular di Malaysia serta negara luar. Hidangan ini dinamakan “campur” kerana menggunakan pelbagai jenis bahan seperti makanan laut, ayam, daging, dan sayur-sayuran dalam satu kuah sup.
Kuah tomyam ini mempunyai rasa masam, pedas dan sedikit masin menjadi salah satu hidangan yang digemari orang ramai. Selain makanan laut, dalam resepi tomyam campur ini anda juga boleh mencampurkan sekali dengan bebola ikan atau cendawan untuk memberikan rasa yang lebih lazat. Rasa masam tomyam ini datang dari perahan jus limau nipis atau limau purut.
Resipi Tomyan Campur
1. Resepi Tomyam Campur SiamStyle
Bahan-bahan Tomyam Campur Siam Style
Bahan utama
- Ayam
- Udang
- Sotong
Bahan Rencah
- 2 batang Serai
- 1 inci Lengkuas
- Sedikit daun dan akar ketumbar
- 5 helai daun limau purut
- 6 biji cili padi (ikut suka tahap kepedasan korang
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 biji bawang besar
- Air perahan limau nipis
- 2 biji tomato
Bahan Perencah Special
- Perencah siam yg ada gambar muka nyonya siam
- Kicap sotong
- Susu cair@santan
Cara nak buat Tomyam Campur Siam Style
- Masukkan lebih kurang 3 cawan dalam periuk. Masukkan ayam, serai diketuk, lengkuas, daun limau purut, akar ketumbar, bawang putih, bawang besor dan cili padi. Biarkan sampai mendidih @ ayam separuh masak.
- Bila dah mendidih, masukkan perencah tomyam. Lagi banyak lagi sedap dan pekat.
- Masukkan udang dan sotong. Masukkan kicap sotong, tomato dan air perahan limau nipis. Sesuaikan rasa.
- Last sekali masukkan susu cair dalam 5 sudu besar.
Sumber: Nurazwani Jaafar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Tomyam Campur Pekat
Bahan-bahan Tomyam Campur Pekat
Bahan kisar
- Tomato sebijik
- Lada merah sebijik
- Bawang putih 2 ulas
- Bawang besar separuh
- Bawang besar 1 bijik
- Bawang putih 2 ulas
- Halia 1cm
- Cili 3 bijik
- Serai 2 batang
- Potong2
- Sayur2 campur2
- Tomato belah 4
- Ayam, seafood
Cara nak buat Tomyam Campur Pekat
- Tumis bahan hiris
- Masukkan ayam, seafood, pes tomyam dan bahan ketuk.
- Masukkan sayur.
- Masukkan 3 helai daun limau purut.
Sumber: Anis Syakirrah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Tomyam Campur, Apa Lagi Resepi yang Menggunakan Tomyam dalam Hidangan
Pes tomyam bukan sahaja sesuai dimasak sup tomyam, tapi boleh dimasak dengan pelbagai jenis hidangan lain. Berikut adalah beberapa resepi yang menggunakan pes tomyam dalam masakan.
1. Nasi Goreng Tomyam
Nasi goreng yang ditumis menggunakan pes tomyam. Mempunyai rasa pedas dan masam. Sangat menyelerakan bila ditambah dengan makanan laut dan juga daging.
2.Spaghetti Tomyam
Hidangan western yang menggabungkan spaghetti dengan pes tomyam. Mempunyai tekstur kuah yang berkrim pekat, dan pedas masam.
3. Mee Tomyam
Hidangan mee kuning atau bihun yang dihidangkan bersama kuah tomyam pekat. Boleh juga ditambahkan dengan sayuran yang sedap.
4. Pizza Tomyam
Pizza dengan topping berperisa pes tomyam yang lazat. Bahan yang digunakan dalam pembuatan pizza ini adalah pes tomyam, ayam, cendawan, keju mozzarella, dan daun ketumbar.