Tom yam ayam adalah sejenis sup berkuah pedas yang berasal dari Thailand, menggunakan ayam sebagai bahan utama. Hidangan ini terkenal dengan kombinasi rasa pedas, asam, dan aromatik yang membuatkan ia begitu popular di kalangan penggemar masakan Asia Tenggara.

Cara memasak tom yam ayam adalah dengan memanaskan minyak dalam periuk, tumis bahan yang digiris seperti serai dan daun limau purut sehingga wangi. Masukkan ayam dan bahan-bahan lain, tuang air secukupnya, kemudian reneh sehingga ayam masak dan kuah menjadi pekat.

1. Resepi Tomyam Ayam Santan

Bahan-bahan

Bahan A (dikisar halus)

  • bawang merah
  • bawang putih
  • bawang besar
  • halia
  • lengkuas muda
  • serai
  • udang kering sikit

Bahan B

  • 2 senduk cili kering dikisar halus
  • 3 sb kicap ikan cair dan masin
  • ayam
  • daun limau purut
  • serai yang dititik
  • lengkuas dipotong keping
  • santan
  • sayur (bunga kobis, lobak merah, jagung muda)
  • batang saderi dipotong kasar
  • garam dan perisa
  • lemon
  • daun ketumbar

Cara buat Tomyam Ayam Santan

  1. Tumis bahan A sampai pecah minyak
  2. Masukkan 2 senduk cili kering yg dah dikisar haus dan tumis sampai garing (kuantiti lihat pada saiz periuk)
  3. Masukkan kicap ikan, ayam, daun limau purut, serai, lengkuas dan kacau
  4. Selepas ayam agak dah separuh masak, masukkan air sebanyak mana yang kita nak untuk kuah
  5. Apabila sudah mendidih kuahnya, masukkan santan agak-agak sahaja
  6. Masukkan sayur, batang saderi
  7. Perasakan dengan garam dan perisa
  8. Perah 1-2 biji lemon untuk rasa masam
  9. Tutup api dan masukkan daun ketumbar dan kacau

Sumber: Habibah dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Tomyam Ala Thai

Bahan-bahan

Bahan A

  • 3 batang serai (titik)
  • 1 inci Lengkuas (titik)
  • 1 inci Halia (hiris nipis)
  • Cili padi (8-10bji)
  • Akar ketumbar
  • 3 sb Pes tomyam thai
  • jus limau (2 biji)
  • 4 cawan air
  • Ayam dipotong kecil

Bahan B

  • Cendawan
  • Carrot
  • Bunga kubis
  • Broccoli
  • Tomato
  • Bawang dipotong dadu
  • Daun limau purut
  • Daun ketumbar
  • Garam

Cara-cara buat Tomyam Ala Thai

  1. Masak air sampai mendidih
  2. Masukkan serai, halia, lengkuas, pes tomyam, akar ketumbar dan kacau sebati
  3. Biar 2 min, masukkan ayam dan tutup periuk biar ayam empuk sedikit dalam 6-8 min
  4. Buka penutup dan masukkan bahan B. Tambah air kalau tak cukup
  5. Masukkan air limau, garam dan tunggu sampai sayur lembut sikit
  6. Tutup api dan siap sedia untuk dihirup!

Sumber: Fatimah Saari dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Tomyam Segera

Bahan-bahan

Bahan A (dikisar)

  • bawang putih
  • bawang besar
  • tomato
  • akar ketumbar
  • cili ikut kepedasan yang mahu

Bahan B

  • serai
  • lengkuas
  • pes tomyam
  • air
  • ayam
  • sos tiram
  • sos ikan
  • asam keping
  • perasa
  • bawang besar dipotong
  • sayur campur
  • daun ketumbar diracik halus

Cara buat Tomyam Segera

  1. Tumiskan bahan A
  2. Masukkan serai, lengkuas sampai pecah minyak
  3. Masukan pes tomyam, air, ayam, sos tiram, sos ikan, asam keping dan perasa secukupnya
  4. Masukan bawang besar yang dipotong, sayur campur dan daun ketumbar yang diracik halus
  5. Dah siap

Sumber: Noor Anismaliza dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Menarik Bagi Ayam?

Selain tom yam ayam, ayam boleh juga dimasak sup, soto, kari dan masak merah. Butirannya seperti dibawah:

1. Sup Ayam

Sup ayam merupakan hidangan berkuah yang menggunakan ayam sebagai bahan utama. Ia biasanya mengandungi sayur-sayuran dan dibuat dengan rempah yang berlainan mengikut citarasa tempatan.

2. Soto Ayam

Soto ayam adalah sejenis sup tradisional yang popular di Indonesia dan Malaysia. Ia mempunyai rasa yang khas dengan menggunakan rempah-rempah tertentu dan disajikan bersama nasi atau mee.

3. Kari Ayam

Kari ayam merupakan hidangan berkuah yang dibuat dengan pes kari dan santan. Ia mempunyai rasa yang kaya dan biasanya dihidangkan bersama nasi putih.

4. Ayam Masak Merah

Ayam masak merah adalah hidangan yang menggunakan sos merah pekat dengan rempah-rempah tertentu. Ia mempunyai rasa pedas dan manis yang seimbang dan popular dalam hidangan Melayu.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply