Tepung talam merupakan kuih tradisional yang popular di Malaysia yang mempunyai dua lapisan berbeza – lapisan atas yang putih dan lapisan bawah yang hijau. Ia dikenali sebagai tepung talam kerana proses memasaknya menggunakan acuan atau talam yang berbentuk segi empat atau bulat.

Bahan-bahan utama untuk membuat tepung talam termasuk tepung beras, tepung gandum, santan, garam, gula, dan pandan untuk pewarna hijau. Cara membuatnya adalah dengan mencampurkan bahan-bahan lapisan bawah, masak hingga pekat, tuang ke dalam acuan dan kukus. Kemudian, campurkan bahan lapisan atas, tuang ke atas lapisan hijau dan kukus sekali lagi sehingga masak.

1. Resepi Tepung Talam Gula Merah

Sukatan cawan

Bahan-bahan

Lapisan bawah

  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan gula merah
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • Sedikit air kapur

Lapisan atas

  • 3 cawan santan
  • 2 cawan tepung beras
  • Secubit garam

Cara buat talam gula merah

Lapisan atas

  1. Masak air dan gula, dah sejuk campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Kukus selama 10 minit angkat dan sejukkan sekejap.

Lapisan bawah

  1. Campurkan kesemua bahan dan kukus lapisan atas selama 10 minit.

Sumber: Sanuja Nuja dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Tepung Talam Hijau Pandan

Bahan-bahan

Lapisan bawah (hijau)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air(masak dngn gula di atas larutkan)
  • 1 cawan air daun pndan(kisar daun pandan tapis)
  • Pewarna hijau

Lapisan atas (putih)

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • Secubit garam

Cara buat tepung talam hijau pandan

Lapisan atas

  1. Campur semua bahan diatas sebatikan tapis masukkan dalam loyang kukus dalam 10minit.
  2. Dah masak lorekkan dengan garfu untuk letak lapisan atas supaya bila potong nanti tak terpisah atas dan bawah.

Lapisan bawah

  1. Campurkan semua bahan diatas tapis dan masak sekejap, agak dah pekat tuang diatas lapisan bawah ratakan dan kukus shingga masak dalam 15 minit.
  2. Sejukkan dahulu baru dipotong.

Sumber: Azlin Fazlina dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Tepung Talam Ubi Kayu

Bahan-bahan

Bahangian bawah

  • 3 cawan ubi kayu yang diparut
  • 1 kotak kecik santan kara + air 1 cawan
  • 1 cawan gula
  • Garam secukup rasa
  • Pewarna kuning

Bahagian atas

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 kotak santan kara kecik
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

Cara buat tepung talam ubi kayu

Bahagian bawah

  1. Campur semua bahan kukus dalam 30 minit.
  2. Loyang disapu minyak@lapik plastik.

Bahagian atas

  1. Kacau atas api jangan terlalu pekat sangat dan tuang atas ubi, garis dengan garfu sikit bagi dia melekat putih dan kuning .
  2. Kukus semula dalam 30 minit.

Sumber: Shikin Shikin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Kuih Tradisional Yang Popular?

Sekian perkongsian beberapa resepi tepung talam yang mudah untuk anda cuba dirumah. Sebagai kuih tradisional, pastinya ada peminat tertentu. Jadi, khas buat peminat kuih tradisional, dikongsikan 5 lagi menu kuih tradisional yang boleh anda cuba dirumah:

1. Kuih Seri Muka

Kuih seri muka adalah kuih tradisional yang mempunyai dua lapisan – lapisan atas daripada pulut dan lapisan bawah yang diperbuat daripada campuran telur, santan dan pandan.

2. Kuih Lapis

Kuih lapis adalah sejenis kuih yang mempunyai lapisan berbilang warna yang dibuat daripada tepung beras, tepung gandum, santan dan pewarna makanan.

3. Kuih Ketayap

Kuih ketayap atau kuih dadar adalah kuih yang dibuat daripada tepung gandum yang diwarnakan hijau dengan pandan dan diisi dengan kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka.

4. Kuih Koci

Kuih koci adalah kuih yang dibuat daripada tepung pulut yang dibentuk bulat dan diisi dengan kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka.

5. Onde-onde

Onde-onde adalah kuih berbentuk bulat yang dibuat daripada tepung pulut yang diisi dengan gula melaka dan dilumuri dengan kelapa parut.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply