Tepung pelita adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang mempunyai dua lapisan – lapisan atas yang diperbuat daripada santan dan lapisan bawah yang diperbuat daripada tepung beras. Kuih ini biasanya dibungkus menggunakan daun pandan yang dibentuk seperti pelita atau bekas kecil. Kuih ini popular pada bulan ramadhan.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung beras, santan, gula, garam, daun pandan dan air. Cara membuatnya: Pertama, bancuh tepung beras dengan air untuk lapisan bawah. Kedua, masak campuran santan, gula dan daun pandan untuk lapisan atas. Kemudian, tuang adunan tepung beras ke dalam bekas daun pandan, kukus seketika, tambah lapisan santan dan kukus sekali lagi sehingga masak.
1. Resepi Tepung Pelita Original
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras
- 5 cawan Santan (guna santan kotak pun boleh, 1 Liter)
- 3 cawan air suam
- Sedikit garam
- Kelongsong (daun pisang) – ukuran 8cm x 10cm
- Gula
Cara-cara buat tepung pelita original
- Satukan santan dan air suam.
- Masukkan campuran tadi ke dalam bekas tepung beras. Kacau rata dan masukkan garam. Biarkan dalam 10 minit.
- Untuk hasil yang terbaik kena guna teknik merasa dengan jari. Jika masih ada rasa macam pasir tambahkan air suam sikit demi sedikit sehingga hilang rasa pasir tu. Kalau rasa dia licin ianya siap untuk dikukus.
- Panaskan kukus. Api jangan terlalu kuat. Nanti permukaan tepung pelita tak cantik.
- Isi gula kedalam kelongsong tepung pelita kemudian barulah isi adunan tadi dan kukus.
- Kukus dalam 10 – 15minit.
Sumber: Nur Fadzillah Ibrahim dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Tepung Pelita Mudah Tanpa Daun Pisang
Bahan-bahan
Lapisan bawah
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan air pandan
- 3 cawan air putih
- Setengah sudu kecil garam halus
- Setengah sudu kecil pewarna hijau
- Sedikit air kapur (pilihan)
Lapisan atas
- 4 sudu besar tepung beras
- 4 cawan santan
- 2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil gula
Cara-cara buat tepung pelita mudah
- Campurkan semua kacau sebati selepas itu buka api kacau sampai masak. Apabila sudah masak tepung akan pekat berkilat. Masukkan dlm bekas dan biarkan.
- Sama seperti tadi kacau sebati dan masak atas api sehingga pekat dah nmpk berkilat tutup api. Masukkan kedalam bekas yg dilapiskan adunan hijau.
- Sejukkan.
Nota : air kapur bancuh secara cair.
Sumber: Shakinah Zainal dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Tepung Pelita Tanpa Kukus
Bahan-bahan
Lapisan Hijau (Bawah)
- 1 cawan tepung beras
- 1cawan gula
- 4cawan air dan pandan (kisar)
Lapisan Putih (Atas)
- 1 kotak santan kecil
- 3 cawan air
- Setengah cawan tepung beras
- 1 cubit garam
Cara-cara buat tepung pelita
- Masak api sederhana, kacau sampai pekat.
- Taburkan sedikit gula dalam bekas, masukkan lapisan hijau.
- Nak tambah pewarna pun boleh bagi hijau naik.
- Masak api sederhana, kacau sampai pekat.
- Letak sedikit gula atas lapisan hijau, masukkan pula lapisan putih.
- Sejukkan dalam peti ais.
Sumber: Alia Syafiqah Abdul Hamed dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Kuih Lapisan Yang Menarik?
Tepung pelita tidak perlu tunggu bulan puasa nak buat. Waktu bukan bulan puasa pun masih lagi boleh dibuat. Semoga dapat memberi sedikit idea memasak untuk anda. Bukan setakat tepung pelita, ini ada 3 lagi idea kuih lapisan yang menarik:
1. Kuih Talam
Kuih talam adalah kuih tradisional yang mempunyai dua lapisan – lapisan atas berwarna putih dan lapisan bawah berwarna hijau pandan. Ia diperbuat daripada tepung beras, tepung sagu, santan, gula dan pewarna pandan.
2. Seri Muka
Seri muka adalah kuih yang terdiri daripada dua lapisan – lapisan atas yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan santan, dan lapisan bawah yang diperbuat daripada adunan pandan yang manis.
3. Kuih Lapis
Kuih lapis adalah kuih berlapis-lapis yang cantik dengan warna berbeza. Ia diperbuat daripada tepung beras, tepung sagu, santan, gula dan pewarna makanan.