Tempoyak adalah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada buah durian yang telah difermentasi. Ia merupakan hidangan popular di kalangan masyarakat Melayu, terutamanya di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia seperti Pahang dan Terengganu.

Untuk membuat tempoyak, diperlukan buah durian yang masak dan telah dikeluarkan isi buahnya. Isi durian tersebut kemudian disimpan dalam bekas yang bersih pada suhu bilik selama beberapa hari sehingga ia mengalami proses fermentasi semula jadi, menghasilkan rasa yang asam dan pedas.

1. Resepi Patin Tempoyak

Bahan-bahan

  • 2 slice isi ikan patin
  • 10 biji cili
  • 1 inci kunyit hidup
  • Semangkuk tempoyak
  • 2 mangkuk air
  • Garam, gula dan sedikit perasa
  • 1 biji timun tua kikis kulit luar belah 2 dan buang biji potong ikut citarasa sendiri
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

Cara buat Patin Tempoyak

  1. Tumbuk kunyit, cili api dengan sedikit garam dan lumat.
  2. Masukkan dalam periuk bersama bilasan sedikit air dlm lesung batu.
  3. Biarkan mendidih, masukkan air semangkuk agak sebati.
  4. Masukkan tempoyak biarkan seketika kemudian masukkan ikan patin dan timun tua biarkan hingga ikan dan timun masak, kuah agak jangan pekat @ cair sangat.
  5. Masukkan daun kesum dan bunga kantan perasakan dengan garam, gula dan perasa agak sebati dan pekat elok tutup api.

Sumber: Shidah Asmuni dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Sambal Bilis Petai Tempoyak

Bahan-bahan

  • *Cili padi hijau & merah
  • *Bawang merah 1 @ 2 ulas
  • * Diblend
  • Ikan bilis
  • Petai
  • Tempoyak
  • Daun kunyit dihiris

Cara buat Sambal Bilis Petai Tempoyak

  1. Bahan blend tadi ditumis dgn minyak.
  2. Masukkan ikan bilis hingga masak.
  3. Masukkan sedikit garam & serbuk perasa.
  4. Masukkan petai, tempoyak & daun kunyit yg dihiris
  5. Kalau pekat sangat boleh masukkan sedikit air.

Sumber: Harniza Ahmad dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

3. Resepi Pes Tempoyak

Bahan-bahan

  • Isi durian
  • Garam
  • Gula

Cara buat Pes Tempoyak

  1. Gaulkan semua bahan-bahan di atas sampai sebati dan isikan ke dalam bekas@botol, pastikan jangan sampai penuh tau. Nanti meletup.
  2. Simpan di dalam peti sejuk (barulah rasa tempoyak tu xmasam. Sedap seperti rasa durian yang sebenar )
  3. Kalau nak buat sambal tempoyak, nanti gaulkan tempoyak bersama sambal cili padi.

Sumber: Miera Rahim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sambal Tempoyak Daun Kayu

  • Durian 2kg
  • Santan 2kg
  • Petai ( letak lebih )
  • Daun pucuk ubi (1 dulang)#
  • Daun kadok 12 helai #
  • Daun kunyit 8 helai #
  • Serai 12 btg *
  • Bawang besar 6 bijij
  • Cili padi
  • Kunyit hidup lbh sikit *
  • Semua bahan * kisar…
  • Semua bahan # hiris nipis

Cara buat Sambal Tempoyak Daun Kayu

  1. Masukkan santan, durian dan kacau tapi sekejap sahaja.
  2. Masukkan semua bahan kisar dan bahan hiris.
  3. Masukkan garam dan gula.
  4. Kacau sambal sampai kering sikit.
  5. Siap.

Sumber: Aziezura Zura dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Sajian Menggunakan Tempoyak Yang Popular?

Ikan apa sedap masak tempoyak? Kalau ikut kami, antara ikan yang memang sedap masak tempoyak ialah ikan patin, ikan baung, ikan kembung, ikan siakap, ikan keli, ikan tenggiri. Selain resepi yang dikongsikan diatas, sebenarnya masakan tempoyak boleh dipelbagaikan lagi iaitu menjadi gulai tempoyak, sambal tempoyak dan masak lemak tempoyak. Berikut merupakan butirannya:

1. Gulai Tempoyak

Gulai tempoyak merupakan hidangan sejenis kari yang dibuat dengan mencampurkan tempoyak bersama ikan atau udang. Ia mempunyai rasa yang unik kerana gabungan perisa tempoyak yang masam dengan rempah tradisional.

2. Sambal Tempoyak

Sambal tempoyak ialah sejenis sambal yang dibuat dengan mencampurkan tempoyak dengan cili dan bawang. Ia biasa dijadikan pencicah atau pendamping kepada hidangan utama seperti nasi dan lauk.

3. Masak Lemak Tempoyak

Masak lemak tempoyak lazimnya disediakan dengan menggunakan ikan atau ayam sebagai bahan utama. Kuah masakan ini mempunyai rasa lemak dan asam yang tersendiri kerana penggunaan tempoyak.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply