Tempe goreng merupakan tempe yang digoreng dalam minyak panas. Tempe sebenarnya adalah kacang soya yang berasal dari Indonesia, dipotong menjadi kepingan kecil untuk mendapatkan tesktur yang rangup selepas digoreng.

Untuk membuat tempe goreng, tempe akan dipotong nipis megikut saiz yang diingini dan digoreng sehingga berwarna kekuningan. Testur tempe goreng cukup rangup di luar, dan bahagian dalamnya masih mengekalkan rasa lembut. Bahan untuk salutan tempe goreng ini adalah garam, lada, atau juga kunyit. Sesuai dimakan bersama hidangan utama dan juga dijadikan sebagai snek atau kudapan.

1. Resepi Sambal Tempe Goreng Kacang dan Ikan Bilis

Bahan-bahan Sambal Tempe Kacang dan Ikan Bilis

  • 6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi rangup
  • 2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap
  • 500g kacang, – cuci, tos dan goreng

Bahan sambal

  • 2 senduk cili blend
  • 3 biji bawang merah – blend
  • 5 ulas bawang putih – blend
  • 1 ketul gula kabung
  • 4 keping asam keping
  • Garam secukupnya
  • Minyak goreng tempe tadi

Cara nak buat Sambal Tempe Goreng Kacang dan Ikan Bilis

  1. Tumis bahan blend, dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing.
  2. Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam dan boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.

Sumber: Nazz Mernas dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Tempe Goreng Rempah

Bahan-bahan Resepi Tempe Goreng Rempah

  • Tempe 1 buku
  • Bawang putih 3 ulas
  • Biji ketumbar 1 sudu kecik
  • Jintan manis 1 sudu kecik
  • Garam 1 sudu kecik
  • Tepung gandum 2 sudu besar
  • Serbuk kunyit 1 sudu kecik

Cara nak buat Tempe Goreng Rempah

  1. Tumbuk bawang putih+biji ketumbar+garam+jintan manis.
  2. Gaul tempe dengan bahan tumbuk & garam.
  3. Masukkan serbuk kunyit.
  4. Masukkan tepung gaul lagi, masukkan sedikit air untuk bagi bahan pada tempe.
  5. Dan goreng dalam minyak panas.

Sumber: Cik Puan Ayu Fahani dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Makanan Indonesia sangat popular di Malaysia kerana mempunyai selera yang sama. Bukan itu sahaja, makanan mereka juga kaya dengan rasa rempah yang unik. Selain tempe goreng, berikut adalah beberapa resepi makanan Indonesia yang sedap dan popular di Malaysia.

1. Sate

Sate adalah potongan daging ayam, lembu, atau kambing yang dicucuk pada lidi dan dipanggang. Sate akan dihidangkan bersama kuah kacang . Di Indonesia, sate sering dimakan dengan nasi atau lontong.

2. Gado-Gado

Gado-Gado adalah campuran daripada sayur-sayuran rebus, tauhu, tempe, telur rebus, dan disiram dengan sos kacang . Ia adalah hidangan yang ringan dan mudah didapati di Indonesia.

3. Ayam Penyet

Ayam penyet adalah hidangan ayam yang digoreng hingga rangup dan kemudian dipenyet (ditekan) dengan lesung batu bersama sambal yang pedas. Hidangan ini akan dipadankan dengan nasi putih dan sup kosong.

4. Bakso

Bakso adalah bebola daging lembu yang dimasak dalam kuah sup panas bersama mee dan sayur. Bakso dihidangkan dengan sambal atau cuka untuk memberikan rasa yang lebih sedap.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply