Telur itik ialah telur yang dihasilkan oleh itik betina dan lebih besar berbanding telur ayam, dengan kulit berwarna kebiru-biruan atau putih kehijauan. Telur itik terkenal dengan kuning telurnya yang lebih besar dan pekat, serta mengandungi kandungan nutrien yang tinggi termasuk protein, vitamin dan mineral. Di Malaysia, telur itik sering digunakan dalam pelbagai masakan tradisional seperti telur masak lemak cili padi, telur itik jeruk (telur yang dimasin), dan telur itik goreng berlada.

Telur masin juga terhasil daripada telur itik. Ia menghasilkan telur yang mempunyai rasa masin dengan kuning telur yang berminyak.

1. Resepi Gulai Lemak Telur Itik

Bahan-bahan

  • Telur itik 8 biji
  • Bwg merah 2 biji *
  • Bwg putih 2 ulas *
  • Halia 1 inci *
  • Kunyit hidup 1 inci *
  • Cili api + lada besar merah (ikut kepedasan) *

Cara nak buat Gulai Lemak Telur Itik

  1. Semua bahan bertanda * diblender.
  2. Tumis tanpa minyak sampai agak kering air.
  3. Masukkan 1 batang serai yang diketuk.
  4. Masukkan santan ikut kepekatan anda.
  5. Masukkan garam + gula + asam keping.
  6. Dah mendidih pecahkan telur.
  7. Masukkan daun kunyit.
  8. Tunggu sampai masak.

Sumber: Chekuasma Chekudaud dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Telur Masin

Bahan-bahan

  • 10 biji telur itik
  • 500 gram garam kasar
  • 1.5 liter air

Cara nak buat Telur Masin

  1. Masak air dengan garam tadi dengan api perlahan sehingga garam larut dan likat (tinggal dalam 1 litre) kalau ada garam yang dah tak boleh larut, tak apa biarkan. Kemudian biarkan sejuk sebaik-baiknya semalaman.
  2. Telur basuh bersih toskan kering. Masukkan telur ke dalam kedslam balang , masukksn pula air garam tadi.
  3. Pastikan air garam mencukupi untuk menenggelamkan telur. Tutup kemas.

Sumber: Hasiah Fauzi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

3. Resepi Masak Lemak Telur Itik bersama Pucuk Ubi

Bahan-bahan

  • Cili api @ Cili akar 150g
  • Pucuk Ubi (rebus hingga lembut dah sejuk guntingkan supaya bila kita masak nanti tidak berpintal)
  • Kunyit hidup 3 pcs
  • Ikan Bilis segenggam

Cara nak buat Masak Lemak Telur Itik bersama Pucuk Ubi

  1. Blend dan tuangkan kedalam periuk.
  2. Renehkan sekejap.
  3. Masukkan santan.
  4. Nak cair atau pekat ikut citarasa sendiri.
  5. Bila kuah dah didih.
  6. Masukkan garam, ajinomoto dan gula secukup rasa.
  7. Perlahankan api pecahkan telur Itik sebiji demi sebiji bila telur dah masak baru masukkan pucuk ubi yang digunting tadi.
  8. Besarkan api bila dah betul didih tutup api.

Sumber: Nazri Mat Zain dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

4. Resepi Parpu Telur Itik

Bahan-bahan

  • Segenggam kacang parpu
  • Air secukupnya untuk rebus parpu
  • 1 1/2 sudu mkn serbuk kari (ikan/daging)
  • Ubi kentang (jika suka)
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 ulas beg putih diketuk

Satukan semua diatas dan rebus hingga parpu lembut tambah air sekiranya tidak empuk

  • Telur itik (5 biji)
  • Santan pekat(
  • Hirisan cili merah
  • Garam
  • Sedikit perasa

Bahan tumisan darat

  • Bawang merah
  • Sedikit potongan halia
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Minyak untuk menumis

Cara nak buat Parpu Telur Itik

  1. Bila bahan rebusan tadi dah empuk sekata masukkan garam, serbuk perasa hirisan cili merah kalau nak pedas letak cili padi sebiji kemudian masukkan santan biar merenih seketi .lebihkan kuah nanti bila sejuk kuah jadi sedikit pekat kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji jangan kacau curahkan kuah tu atas telur.
  2. Kemudian tumis bahan diatas, curah dalam kuah yang siap tadi sedap makan dengan sambal belacan dan ikan goreng atau ikan gelam masam.

Sumber: Niza Zaini dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply