Telur ikan merupakan sajian yang diperbuat daripada telur ikan segar yang diproses. Ia biasanya menggunakan telur ikan salmon, sturgeon atau tuna yang telah digarami dan diawet mengikut kaedah tradisional. Proses ini memerlukan telur ikan segar, garam, dan kadangkala rempah ratus tambahan untuk menambah perisa.
Untuk menyediakan telur ikan, bersihkan telur ikan segar dan toskan airnya. Campurkan dengan garam halus mengikut nisbah yang sesuai, biasanya 3-5% daripada berat telur. Simpan dalam bekas kedap udara dan sejukkan pada suhu 2-4°C selama 24-48 jam untuk proses pengawetan.
1. Resepi Kari Telur Ikan
Bahan-bahan
- 5 ketul Telur ikan( rebus 10 min)
- Rempah babas ikan sebngks
- 1 mangkok soya air asam jawa
- Sedikit santan ja
- Garam, pati ayam knoss(1)
- Bwg kecik 4ulas
- Bwg putih 3 ulas
- Jintan putih satu sudu kecil (Semua di atas tumbuk)
Untuk tumis
- Sedikit daun kari
- Bwg kecil 3 ulas
- Bwg putih 2 ulas
- Halba campur (semua d atas hiris nipis)
Untuk hiasan
- Bendi 6 biji
- Cili hijau 2 biji (Belah 2)
- Tomato 1 biji besar potong 8
- Sedikit daun bwg
Cara buat Kari Telur Ikan
- Tumis bahan yang di hiris tadi bagi kekuningan.
- Kemudian masukkan rempah yang di campur dengan bahan tumbuk bersama sedikit air.
- Masak bagi pecah minyak, kemudian masukkan air asam jawa sedikit santan, garam dan pati ayam.
- Masak bagi mendidih masukkan telur ikan masak dalam 10 min. Masukkan bahan hiasan tadi bendi, cili hijau, tomato dan daun bawang.
- Masak 5 min lagi tutup api siap.
Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Pais Telur Ikan Mayong
Bahan-bahan
- Bswang besar, bawang putih,
- Cili, halia dan belacan.
- Kisar bersama perahan air limau sambal (jangan letak air ya, kita tak nak bumbu terlalu berair, susah nak balut nanti).
- Sukatan bahan ini ialah agak agak.
- Perasakan dengan garam dan gula supaya balance masam pedas nya.
Cara buat Pais Telur Ikan Mayong
- Campurkan bumbu kisar tadi bersama hirisan nipis daun kunyit, daun kesum, dan bunga kantan. Balut telur dan bumbu dalam daun pisang. Bakar dengan api perlahan, timing jaga ya kita taknak telur kita overcooked nanti tak cair dimulut. Selamat mencuba!
Sumber: Norhana Mohd Idnon dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Asam Pedas Tumis Nyonya Telur Ikan
Bahan-bahan
- Cili kering (potong buang biji rendam seketika)
- 1bj bawang besar
- 2ulas bawang putih
- 1inci halia
- 1inci kunyit hidup
(Kisar halus semua bhn ni) - Telur ikan
- 1btg serai (ketuk)
- 1kuntum bunga kantan (hiris halus)
- Daun kesum
- Bendi
- Tomato (belah 4)
- Cabai melaka
- Asam jawa
- Garam dan gula
Cara buat Asam Pedas Tumis Nyonya Telur Ikan
- Tumis bahan kisar, bunga kantan dan serai hingga pecah minyak, masukkan air biar mendidih.
- Masukkan air asam jawa bersama daun kesum.
- Masukkan telur ikan, bendi dan tomato biar seketika hingga telur ikan tu masak.
- Masukkan garam dan gula bersama cabai melaka tutup api siap.
Sumber: Jat Sharifah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Masak Lemak Kuning Telur Ikan/Pucuk Paku dan Kulat Sisir
Bahan-bahan
- Kunyit hidup 2 inci
- Lada burung 10 tangkai
- Santan pekat 1 cawan
- Kulat sisir
- Pucuk paku
- Asam keping
Cara buat Masak Lemak Kuning Telur Ikan/Pucuk Paku dan Kulat Sisir
- Blend kunyit dan lada kemudian masakkan dengan air bagi mendidih letak santan sentiasa kacau supaya santan bercampur air.
- Masukkan pucuk paku dan kulat sisir, kemudian masukkan asam keping dan last sekali telur ikan masak api perlahan.
- Bila telur dah kembang dan pecah makanya dah masak.
Sumber: Kunije Tnije dari Berkongsi Ilmu Kuih & Masakan (BIKMM)
Apa Jenis Telur Ikan Yang Biasa Digunakan Dalam Hidangan?
Jika sajian tradisional menggunakan telur ikan mayong dan tenggiri. Berbeza pula dengan sajian luar Malaysia. Ini 5 sajian telur ikan yang agak asing di Malaysia tetapi popular di negara luar.
1. Caviar
Caviar adalah telur ikan sturgeon yang telah diproses dan diawet, dianggap sebagai hidangan mewah di seluruh duah. Ia dihasilkan menggunakan kaedah tradisional dengan pengawetan garam khas.
2. Ikura
Ikura ialah telur ikan salmon yang diawet, berwarna merah-oren terang. Ia popular dalam masakan Jepun dan sering dihidangkan sebagai hiasan atau topping untuk pelbagai hidangan.
3. Tobiko
Tobiko adalah telur ikan terbang yang biasa digunakan dalam masakan Jepun. Telur ini kecil dan rangup, sering diwarnakan dengan pewarna semulajadi untuk menghasilkan pelbagai warna.
4. Mentaiko
Mentaiko merupakan telur ikan pollack yang diawet dan dibumbui dengan lada merah. Ia popular di Korea dan Jepun sebagai perisa untuk pelbagai hidangan.
5. Bottarga
Bottarga adalah telur ikan yang telah digarami, ditekan dan dikeringkan sehingga keras. Ia biasanya diperbuat daripada telur ikan haruan atau kefal, popular di kawasan Mediterranean.