Telur dadar ialah hidangan yang diperbuat daripada telur yang dipukul sehingga sebati dan dimasak dalam kuali. Bahan-bahan asas termasuk telur ayam, garam, lada hitam dan minyak masak. Boleh ditambah dengan bawang, cili atau daun bawang untuk menambah rasa.
Cara memasak telur dadar adalah mudah. Mula-mula, pukul telur bersama garam dan lada hitam sehingga sebati. Panaskan minyak dalam kuali, tuang campuran telur dan masak sehingga kedua-dua belah bahagian kekuningan. Angkat dan hidang.
1. Resepi Telur Dadar Rangup
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 1 sudu tepung jagung / tepung gandum
- Sos ikan
Cara buat Telur Dadar Rangup
- Pukul telur hingga sebati.
- Bancuhkan tepung jagung / gandum.
- Kemudian bancuhan tadi gaul bersama sos ikan dengan telur tadi.
- Pastikan minyak betul-betul panas & guna periuk yang sedikit dalam, tuang telur tinggi.
- Biarkan kejap sampai bawah die jadi betul-betul brown kaler then terbalikkan.
Sumber: Nor Ain Nordin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Telur Bistik
Bahan-bahan
- 3 biji telur
- 1/2 biji bwg holland (dihiris)
- 3 ulas bwg putih (dicincang)
- 1 biji cili merah besar (dihiris)
- 5 biji cili api (belah tengah)
- 2 sb cili kisar
- 3 sb sos cili
- 3 sb sos tomato
- 2 sb sos tiram
- 1 sb sos ikan (jika ada)
- 5 biji tomato ceri
- Isi ayam
- Sayuran
- 1/2 cwn air
- Garam
- Gula
- Ajinamoto
Cara buat Telur Bistik
- Gorengkan telur dadar. Angkat dan ketepikan.
- Tumiskan bawang putih, bawang holland dan cili api sehingga keperangan.
- Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam. Tumis sehingga ayam masak.
- Tuangkan sos cili,sos tomato dan sos tiram. Kacau rata. Masukan sedikit air mengikut kepekatan yang disukai.
- Masukkan tomato ceri dan sayuran.
- Perasakan dengan garam, gula, ajinamoto dan sos ikan.
- Masak sehingga kuah agak pekat.
- Tuangkan kuah ke atas telur. Sedia untuk dihidang.
Sumber: Noor Hasliana Hashim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Telur Dadar Ala Che Ta
Bahan-bahan
- 2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
- Setengah inci halia dari sebiji halia
- Tiga ulas bawang putih
- Sedikit lada hitam
Cara buat Telur Dadar Ala Che Ta
- Tumbuk bahan bahan kering diatas (halia, bawang putih & lada hitam) sehingga lumat.
- Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
- Gorengkan tanpa minyak.
- Makan dengan nasi panas panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis.
Sumber: Syu Azis dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Kerabu Telur Dadar
Bahan-bahan
- 4 biji telur (dadar sebiji & hiris)
- 6 ulas bawang merah (hiris)
- 3 batang serai (hiris)
- 2 kuntum bunga kantan (hiris)
- 5-6 biji cili api (hiris)
- 1-2 biji limau nipis ( jus)
(Boleh juga 5-6 biji limau kasturi) - 2-3 helai daun limau purut muda (hiris)
- Garam/nampla
- Gula (optional)
Cara buat Kerabu Telur Dadar
- Dadarkan telur nipis sebiji
– Bubuh sedikit garam dalam telur dadar.
– Bila kuali dah panas tuang balik minyak dalam kuali.
– Dadarkan telur nipis dan potong nipis - Hiris nipis bahan yang lain.
- Perah separuh bilangan limau dahulu dalam bahan hirisan dan gaul.
- Perasakan dengan garam/nampla. Kalau suka manis sedikit boleh masukkan sedikit gula.
- Akhir sekali baru masukkan hirisan telur dadar (supaya tak hancur) dan perah sikit lagi limau nipis bagi sekata.
- Boleh bubuh juga hirisan tomato.
Nota
- Kalau tak cukup masam atau pedas boleh tambah limau dan cili api.
- Kalau serai kecil, tambah bilangan serai. Kerabu ini kalau serai sikit kurang sedap rasanya nanti dan kena hiris nipis.
Sumber: Ana Salwa dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Menu Ringkas Telur Yang Popular?
Selain telur dadar, terdapat banyak menu telur yang cara masakannya hampir sama tetapi memberi tekstur yang berbeza. 5 menu lain yang ringkas bagi telur adalah:
1. Telur Mata
Telur mata adalah telur yang digoreng tanpa dipukul, di mana kuning telur dibiarkan utuh di tengah. Bahan-bahan yang diperlukan ialah telur ayam, garam, lada hitam dan minyak masak.
2. Telur Goyang
Telur goyang atau soft-boiled egg adalah telur yang direbus separuh masak. Bahan utamanya hanya telur ayam dan air. Boleh dihidang dengan kicap dan lada hitam.
3. Telur Puyuh Goreng
Telur puyuh goreng menggunakan telur puyuh yang lebih kecil. Bahan-bahan termasuk telur puyuh, garam, lada hitam dan minyak masak.
4. Scrambled Egg
Scrambled egg adalah telur yang dipukul dan dimasak sambil dikacau sehingga menjadi ketulan-ketulan lembut. Bahan-bahan yang diperlukan ialah telur ayam, garam, lada hitam, susu dan mentega.
5. Telur Rebus
Telur rebus adalah telur yang direbus sehingga masak sepenuhnya. Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah telur ayam dan air. Boleh dihidang dengan garam dan lada hitam.Copy