Teh Tarik merupakan minuman tradisional yang popular di Malaysia. Minuman ini diperbuat daripada campuran teh hitam pekat dan susu pekat manis, yang ditarik berulang kali di antara dua bekas untuk menghasilkan lapisan buih yang gebu di permukaan minuman.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah teh hitam, susu pekat manis, dan air panas. Cara penyediaannya: Pertama, jerang air hingga mendidih dan rendam uncang teh selama 3-5 minit. Kemudian, tambah susu pekat manis mengikut citarasa. Akhir sekali, tarik campuran teh tersebut di antara dua bekas dengan jarak kira-kira 1 meter sebanyak 5-6 kali.
1. Resepi Teh Tarik Sedap
Bahan-bahan
- 5 sudu besar teh serbuk
- ½ tin susu sejat
- ½ tin susu pekat manis
- Secubit garam
- Sesudu besar gula
Cara buat Teh Tarik Sedap
- Rebus teh serbuk atas dapur bersama 1 liter air.
- Rebus sampai gelegak.
- Gelegak lagi dan lagi.
- Bila dah cantik, pekat warna teh, toskan ke dalam jug.
- Masukkan segala susu, gula dan garam.
- Sila rasa jika kurang manis, tambah susu manis.
Sumber: Puan Mari Ani MHussin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Teh Tarik Periuk
Bahan-bahan
- 5/6 uncang teh.
- Air
- Susu cair
- Susu pekat
- Garam secubit
Cara buat Teh Tarik Periuk
- Sediakan periuk masukkan air dan masuk uncang teh.
- Biar menggelegak & warna teh jadi gelap.
- Baru masukkan susu cair, susu pekat & garam secubit.
- Tiada sukatan susu ikut rasa masing-masing nak manis ke nak kurang manis.
- Masak sampai mendidih, siap.
Sumber: Chek Kuna Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Tiramisu Teh Tarik
Bahan-bahan
- Teh tarik secawan,
- Satu setengah peket biskut lady finger
- Setengah cawan cream cheese*
- Suku cawan gula ising*
- Suku cawan susu tepung*
Cara buat Tiramisu Teh Tarik
- Campur semua bahan bertanda * dalam mangkuk, gaul sebati. Tak perlu mixer, saya gaul dengan sudu.
- Celupkan biskut dalam teh tarik, kemudian susun biskut dalam bekas. (Jangan celup lama sangat nanti lembik)
- Lapiskan bahagian atas biskut dengan campuran cream cheese tadi.
- Ulang step sampai lapisan ketiga. Pada lapisan terakhir ini, lapiskan campuran keju tadi dengan banyak.
- Selepas itucterpulang nak hias dengan apa pun. Saya taburkan serbuk coklat sahaja.
- Simpan dalam fridge paling kurang setengah jam kalau boleh.
Sumber: AJ Idris dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Teh Layer
Bahan-bahan
- 4 uncang teh
- 1 cwn air
- 2 sb susu pekat
- 2 sb susu cair
- 1 cwn air panas
Cara buat Teh Layer
- Rebus uncang teh dengan satu cawan air sampai betul pekat.
- Bancuh susu pekat dan susu cair dengan air yang betul panas (tahap kemanisan dan kelemakkan kalau rasa tak cukup boleh tambah atau kurangkan)
- Then bancuhan susu tuang tarik macam nak buat teh tari sebab nak bagi berbuih.
- Dah puas menarik tuang dalam cawan kesukaan dengn buih sekali.
- Lastly tuang air rebusan teh yang pekat tadi perlahan (ikut tepi cawan) untuk bagi layer.
Sumber: Habibah Amin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Minuman Lain Kegemaran Rakyat Malaysia Selain Teh Tarik.
Sedapnya kalau dapat memulakan pagi dengan menghirup Teh Tarik panas. Namun selain Teh Tarik, banyak lagi minuman lain yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. 5 antaranya adalah:
1. Kopi O
Kopi O adalah minuman kopi hitam yang disediakan menggunakan biji kopi tempatan yang dipanggang dengan gula merah. Minuman ini merupakan pilihan utama untuk mereka yang menyukai rasa kopi yang pekat dan kurang manis.
2. Milo Ais
Milo Ais ialah minuman coklat malt sejuk yang sangat digemari ramai. Ia disediakan menggunakan serbuk Milo, susu pekat manis dan ais kisar yang memberikan kesegaran.
3. Sirap Bandung
Sirap Bandung adalah minuman yang menggabungkan sirap ros merah dengan susu pekat manis. Minuman ini terkenal dengan warna merah jambu yang menarik dan rasa yang manis.
4. Horlicks
Horlicks merupakan minuman malt yang diperbuat daripada campuran serbuk Horlicks dengan susu. Minuman ini popular kerana rasanya yang lazat dan khasiat pemakanannya.
5. Neslo
Neslo adalah gabungan unik antara Milo dan Nescafe yang menghasilkan minuman yang mempunyai rasa coklat dan kopi. Minuman ini popular di kedai mamak dan restoran tempatan.