Tauhu jepun adalah hidangan yang diperbuat daripada tauhu telur yang dikukus dan dihiasi dengan sos. Tauhu ini selalunya sinonim dengan masakan cina. Bahan-bahan utama termasuk tauhu telur, sos tiram, kicap cair, bawang putih, halia, cili, daun bawang dan minyak bijan.
Cara memasak tauhu jepun adalah mudah. Mula-mula, kukus tauhu sutera selama 5-7 minit. Sementara itu, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi, kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan sedikit air. Tuang sos ke atas tauhu yang telah dikukus dan hiaskan dengan daun bawang serta minyak bijan.
1. Resepi Tauhu Jepun Masak Sos Tiram
Bahan-bahan
- Tauhu jepun (dipotong 2)
- Bawang putih (dihiris halus)
- Cili (tumbuk atau hiris)
- 1 cawan air
- Halia (dihiris halus)
- 1 biji telur
- Lobak merah (dihiris halus)
- 1 biji telur
- Cili
- Sos tiram
- 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan air)
- 1 cawan air suam
- Daun sup
Cara buat tauhu jepun masak sos tiram
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia hingga kekuningan.
- Tambahkan air, sos tiram, lobak dan cili. Masak sehingga mendidih.
- Apabila dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung.
- Tunggu sehingga kuah pekat. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan kacau.
- Masukkan telur sedikit demi sedikit (tinggikan dari kuali) dan pada masa yang sama kacau kuah.
- Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
- Taburkan daun sup dan sedia untuk dihidang.
Sumber: Farhana Ghaza dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Sup Tauhu Jepun
Bahan-bahan
- 2 tiub tauhu (potong 8)
- 2 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 liter air
- 1 sudu sos tiram
- 1 kiub ayam
- Sayuran (lobak, baby corn, bunga kobis)
- 2 biji telur ayam
- Sedikit tepung jagung dicampur air
- Garam
Cara buat sup tauhu jepun
- Gpreng tauhu jepun dan ketepikan.
- Tumis bawang putih. Masukkan air, sos tiram, kiub ayam dan sayuran.
- Kemudian, masukkan telur dan kacau.
- Masukkan tauhu jepun yang sudah digoreng.
- Tambahkan bancuhan tepung jagung dan perasakan dengan garam.
- Taburkan bawang goreng dan daun sup, sedia untuk dihidang.
Sumber: Puan Ida dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Tauhu Jepun Bersos Tiram
Bahan-bahan
- Tauhu Jepun
- Lobak merah
- Kobis bunga
- Sos tiram
- Bawang merah (dihiris)
- Bawang putih (dihiris)
- Air
Cara buat tauhu jepun bersos tiram
- Potong tauhu jepun dan goreng sehingga rangup.
- Panaskan kuali dan tumis bawang merah. Ankat dan ketepikan.
- Tumis pula bawang putih. Masukkan sos tiram, air dan sayuran, masak sehingga mendidih.
- Masukkan tauhu jepun dan gaul.
- Tuangkan bawang merah yang sudah digoreng.
Sumber: Nasrina Amarudin dari Masak Apa Hari Ni
4. Resepi Tauhu Jepun Berlado
Bahan-bahan
- Tauhu Jepun
- 5 biji bawang kecil
- 2 ulas bawang putih
- 1 genggam cili api merah
- 1/2 tomato
- 1 inci belacan
- Cili besar hijau
- Garam
- Gula dan serbuk perasa
Cara buat tauhu jepun berlado
- Goreng tauhu jepun dan asingkan.
- Kisar bawang kecil, bawang putih, cili merah, tomato dan belacan. Tumbuk cili besar hijau.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan cili besar hijau sehingga sedikit layu.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa.
- Apabila sudah pecah minyak, tutupkan api. Masukkan tauhu jepun tadi dan gaul.
Sumber: NurulZaadah Juhari dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Menu Lauk Sampingan Yang Ada?
Sekarang dah tengok resepi tauhu Jepun, boleh anda cuba buat pula selepas ini. Lauk tauhu jepun ini selalunya dijadikan lauk sampingan seperti sayur. Sebut mengenai sayur, ini ada 5 cadangan menu sayur yang boleh anda cuba:
1. Sayur Campur
Sayur campur adalah hidangan yang menggabungkan pelbagai jenis sayur-sayuran seperti kobis, lobak merah, sawi, kacang panjang dan jagung muda yang dimasak dengan bawang putih, sos tiram dan lada hitam.
2. Kailan Ikan Masin
Kailan ikan masin merupakan hidangan yang menggunakan sayur kailan yang dimasak bersama ikan masin yang telah digoreng, bawang putih dan sos tiram.
3. Bayam Goreng
Bayam goreng adalah hidangan yang menggunakan daun bayam yang digoreng bersama bawang putih, cili dan sos tiram.
4. Sawi Goreng
Sawi goreng merupakan hidangan yang menggunakan sayur sawi hijau yang dimasak bersama bawang putih, cili padi dan sos tiram.
5. Kangkung Belacan
Kangkung belacan adalah hidangan yang menggunakan sayur kangkung yang dimasak bersama belacan, bawang merah, bawang putih dan cili.