Talam Tokyo merupakan kuih moden yang diinsipirasikan dari kuih talam Melayu, dengan penggunaan bahan-bahan hidangan Jepun seperti matcha dan kacang merah. Talam Tokyo yang terdiri daripada dua lapisan, iaitu lapisan bawah yang kenyal dan lapisan atas mempunyai tekstur berkrim. Kuih talam Tokyo ini mempunyai gabungan rasa kenyal pada lapisan bawah dan lemak berkrim pada lapisan atas.

Untuk membuat talam Tokyo, bahan lapisan bawah perlu dicampurkan dengan serbuk matcha untuk memberikan rasa dan warna, dan lapisan atas dicampurkan dengan keju, tepung gandum, susu dan santan. Akhir sekali kukuskan kuih talam Tokyo ini.

1. Resepi Talam Tokyo

Bahan-bahan Talam Tokyo

Bahan Lapisan Sagu

  • 300gm Biji Sagu Merah – basuh dan rendamkan selama 30 minit
  • 60gm Suhun – rendam sehingga lembut, guntingkan pendek
  • 1 cawan Santan Kelapa S&P
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu besar Tepung Gandum

Bahan lapisan Talam

  • 2 cawan Santan Kelapa S&P
  • 1 cawan Air
  • 1 cawan Gula
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu kecil Air Kapur
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 cawan Tepung Kastard
  • Sedikit Minyak untuk sapuan
  • 1-2 titik Pewarna Hijau

Cara nak buat Talam Tokyo

  1. Campurkan kesemua bahan untuk lapisan sagu dan gaul sebati.
  2. Sapukan sedikit minyak pada acuan.
  3. Letakkan separuh adunan sagu tadi dan kukuskan selama 20 minit ( jika gunakan loyang 30 minit).
  4. Campurkan kesemua bahan untuk bahagian talam.
  5. Kacau sebati dan tapiskan adunan.
  6. Masukkan ke dalam periuk dan masakkan sekejap sahaja ( sehingga berwap) jangan lama nanti adunan akan berketul.
  7. Bahagikan kepada 2 adunan dan letakkan 1 bahagian pewarna jika suka.
  8. Tuangkan adunan talam diatas lapisan sagu tadi.
  9. Kukuskan semula selama 20 minit atau sehingga kuih masak.
  10. *** Jika gunakan acuan loyang segiempat, bahagian sagu dibawah, dan talam diatas semasa hidangkan.

Sumber: Hidayati Hana dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Talam Tokyo Jagung

Bahan-bahan Talam Tokyo Jagung

Bahan Lapisan Bawah

  • 200gm sagu halus – direndam
  • 50gm suun – direndam
  • 50gm – kelapa parut putih
  • 3sudu besar jagung cream
  • 100ml – santan pekat KARA
  • 1/2 sudu teh – garam halus
  • 2 sudu makan – gula
  • Secubit Garam

Bahan Lapisan Atas

  • 100gm – gula pasir
  • 50gm – tepung kastard
  • 50gm – tepung gandum
  • 20gm – tepung jagung
  • 10gm – tepung sagu@ubi
  • 500ml – santan
  • 1 biji – telur (gred A)
  • 1/4 sudu kecil – garam
  • Pewarna kuning
  • 1 cawan jagung cream tin

Cara nak buat Talam Tokyo Jagung

Lapisan Bawah

  1. Sagu direndam selama 15 minit.
  2. Tapis dan siram dengan air paip, Toskan.
  3. Sohon direndam hingga lembut dan dipotong sepanjang 4cm.
  4. Gaul sagu dan sohon bersama bahan yang lain. Gaul rata.
  5. Panaskan pengukus.
  6. Lenser loyang 8×8 dengan sedikit minyak kemudian alas dengan plastik. Tuang sagu, ratakan.
  7. Kukus selama 20 min

Lapisan Atas

  1. Satukan semua bahan-bahan kecuali jagung.
  2. Kacau sebati, tapiskan.
  3. Masuk bahagian kuning kedalam periuk dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat).
  4. Kemudian nasukkan jagung kacau rata.
  5. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 20 minit atau permukaan kuih kelihatan keras licin berkilat.
  6. Setelah masak sejukkan kuih sebelum dipotong.
  7. Jika ada air atas kuih buang airnya dan biarkan loyang dalam kukusan buka penutup kukusan dan kukus lagi sehingga kering air atas kuih,

Sumber: Anieza Abadie dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Talam Tokyo, terdapat pelbagai jenis kuih talam tradisional yang popular di Malaysia. Berikut adalah 4 resepi kuih talam yang sering menjadi pilihan ramai kerana keenakan kuih ini.

1. Talam Keladi

Lapisan bawah talam keladi ini daripada keladi yang direbus dan dicampur dengan tepung beras untuk tekstur kenyal. Manakala untuk lapisan atas pula menggunakan santan dan sedikit tepung untuk menghasilkan lapisan berkrim yang lembut.

2. Talam Suji

Talal suji untuk lapisan bawah dibuat dengan tepung suji (semolina), santan, dan gula untuk tekstur yang lembut dan lapisan atas adalah lapisan santan yang memberi rasa lemak dan menyeimbangkan kemanisan lapisan bawah

3. Talam Berlauk

Talam Berlauk ialah sejenis kuih tradisional yang berbeza daripada kuih talam yang biasa kerana ia mengandungi inti lauk berempah di lapisan atasnya. Sama seperti kuih cara berlauk. Lapisan Bawah talam berlauk ini diperbuat daripada tepung beras dan santan yang tidak manis, sesuai untuk kombinasi dengan lauk untuk lapisan atas.

4. Talam Pandan

Talam pandan ini seakan sama dengan kuih seri muka. Lapisan bawah talam padan diperbuat daripada tepung beras dan santan yang memberi tekstur kenyal serta rasa lemak. Lapisan atas kuih ini pula dibuat daripada pati pandan atau santan, memberikan rasa wangi dan warna hijau yang menarik.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply