Takoyaki adalah sejenis snek atau kuih dari Jepun yang berbentuk bulat kecil. Ia dimasak menggunakan acuan khas takoyaki dan biasanya diisi dengan sotong, sayur-sayuran dan hiris daun bawang. Sos takoyaki, mayonis dan serbuk bonito biasanya ditabur di atas takoyaki sebagai hiasan.
Untuk menyediakan takoyaki, bahan-bahan utama yang diperlukan ialah tepung gandum, telur, stok ikan (dashi), kicap, sotong dipotong dadu, hirisan daun bawang, dan halia. Cara penyediaan dimulakan dengan mencampurkan semua bahan tepung untuk membuat adunan, kemudian tuangkan ke dalam acuan takoyaki yang telah dipanaskan. Masukkan inti pilihan dan pusingkan adunan menggunakan cucuk satay sehingga membentuk bola. Masak sehingga keperangan dan garing di luar tetapi lembut di dalam.
1. Resepi Takoyaki
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu besaq tepung jagung
- 3 biji telur ayam saiz c
- 2 cawan ayaq
- Suku kiub ayam
- 3 sudu besaq kicap cair
Cara buat Takoyaki
- Campur semua bahan-bahan dan kacau bagi rata dan tiada langsung gumpalan tepung.
- Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Boleh siapkan pulak bahan-bahan inti.
- Untuk sayur guna cili benggala, lobak, bawang holland dan kobis potong halus.
- Titiskan minyak atas pan takoyaki masukkan adunan takoyaki separuh dahulu dalam acuan kemudian letak inti, dan tuangkan lagi separuh adunan tako sampai penuh acuan tunggu garing sikit terus golekkan aduanan tadi untuk dibulatkan.
- Dah siap boleh dihidangkan dengan sos takoyaki homemade dan mayo kalau ada seaweed dengan tuna flakes lagi sedap.
Sumber: Muhammad Farid Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sos Takoyaki
Bahan-bahan
- 1 cawan sos tomato
- 3/4 cawan kicap cair
- 1/4 cawan air asam jawa
- 2 cm halia tumbuk halus
- 1 ulas bawang putih tumbuk halus
- 1/2 cawan gula tapi guna hisbah 50% gula putih 50% gula perang
Cara buat Sos Takoyaki
- Campur semua bahan dalam periuk.
- Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
- Kecikkan api dan renyeh sampai dapat kepekatan yang dikehendaki.
- Sejukkan sos.
- Tapiskan ke dalam botol sos dan siap untuk digunakan.
Sumber: Muhammad Farid Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Takoyaki
Bahan-bahan
- 2cwn tpng gandum
- 2 sudu tpng jagung
- 2bj telur
- 1cube stock ayam
- 1sudu teh garam
- 2 cawan air
- Sedikit kicap
Bahan inti
- Hirisan daun bawang
- Kobis/carot hiris dadu
- Isi ketam @ udang, ayam, sotong (pastikan masak dulu)
Cara buat Takoyaki
- Lepas masuk bancuhan tepung separuh masukkan inti.
- Golek separuh dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk bulat.
- Rajin golekkan dia sampai agak masak dan boleh angkat.
- Kalau ada benito flake boleh taburkan kat atas letak sos dan mayonis.
Sumber: Nora Abdullah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Takoyaki
Adunan takoyaki (26-30 biji)
Bahan-bahan
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 sudu (b) tepung jagung
- 2 biji telur saiz A
- 2 cawan air
- 1 sudu (t) serbuk stok ayam
- 3 sudu (t) kicap cair Jepun @kicap cair biasa
Bahan inti
- Sotong / udang / crab stick / sosej
- Daun bawang – hiris nipis
- Kobis bulat dihiris halus
- 1 batang carrot diparut halus
Bahan hiasan atas
- Sos Takoyaki (resipi sos di bawah)
- Mayonis
- Bonito flake (kepingan ikan) – beli kat Aeon bahagian makanan Jepun
Bahan sos takoyaki
- 1 cawan sos tomato
- 3/4 cawan kicap cair
- 1/4 cawan air asam jawa
- 2 keping halia
- 1/2 cawan gula perang
Cara buat Takoyaki
- Campurkan semua bahan dalam mangkuk besar.
- Kacau dengan whisk sampai semua larut dan adunan tidak berketul.
- Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
Bahan inti
- Panaskan acuan takoyaki dan sapu minyak masak disetiap lubang dengan menggunakan daun pandan yang diikat.
- Dengan menggunakan botol sos picitkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
- Letakkan inti sotong / udang / crabstick @ sosej disetiap lubang.
- Taburkan kobis dan carrot.
- Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
- Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (sayur yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan)
- Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat dgn menggunakan lidi satay.
- Drizzle dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan.
- Teruskan sampai nampak garing.
- Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
- Picitkan sos takoyaki dan mayonis. Tabur bonito flake.
Bahan hiasan atas
- Paipkan sos takoyaki.
- Paipkan mayonis.
- Taburkan bonito flakes.
Bahan sos takoyaki
- Campur semua bahan dalam periuk.
- Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
- Kecilkan api dan reneh sampai pekat.
- Sejukkan sos.
- Tapiskan ke dalam botol sos untuk mudah drizzle.
Sumber : Rozmaliza Omar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Snek Jepun Yang Mula Mendapat Tempat Di Malaysia?
Jika takoyaki sudah seperti snek jalanan daripada Malaysia, bermakna sudah banyak snek jepun lain mula memasuki pasaran Malaysia. Antara snek Jepun lain yang popular di Malaysia adalah:
1. Okonomiyaki
Okonomiyaki adalah sejenis pancake Jepun yang dimasak dengan pelbagai bahan seperti kubis, udang, sotong dan sayur-sayuran. Ia dihias dengan sos okonomiyaki khas, mayonis dan serbuk bonito, serta hirisan daun bawang.
2. Gyoza
Gyoza adalah dumpling Jepun yang diisi dengan campuran sayur-sayuran cincang, halia dan rempah ratus. Ia boleh digoreng atau dikukus dan dihidangkan dengan sos cili dan cuka.
3. Yakitori
Yakitori adalah sate Jepun yang diperbuat daripada ayam yang dipotong kecil dan dicucuk dengan lidi bambu. Ia dipanggang dan disapu dengan sos yakitori yang manis dan masin.
4. Tempura
Tempura adalah hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran atau makanan laut yang dicelup dalam adunan tepung ringan dan digoreng sehingga garing. Ia dihidangkan dengan sos tempura khas.
5. Dorayaki
Dorayaki adalah kuih tradisional Jepun yang terdiri daripada dua keping pancake yang diisi dengan krim kastard atau pes kacang merah. Ia popular sebagai pencuci mulut atau snek.