Sup tulang begitu popular apabila tiba musim raya Haji atau sebagai menu pelengkap hidangan. Alangkah nikmatnya dapat hirup sup panas-panas. Sup tulang paling nikmat bila dimakan bersama nasi panas dan sambal kicap memang terangkat. Walaupun bahagian tulang mempunyai banyak lemak, tapi ada sesetengah orang kata bahagian tersebut yang sedap dinikmati. Lain orang lain sukanya kan?  Jom kami kongsikan resepi sup tulang ini untuk hidangan seisi keluarga.

Jom kita try!

1. Resepi Sup Rempah Tanpa Bunjut

Bahan-bahan

  • Anggaran 2kg tulang lembu

Bahan menumis

  • 9 biji bawang kecil atau bawang besar (300g)
  • 25 biji bawang putih (300g)
  • 3 biji bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 cm halia.

Bahan rempah

  • 20 biji bunga cengkih
  • 15 biji buah pelaga
  • 4 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun salam untuk bangkitkan aroma.
  • Ubi kentang
  • Lobak merah
  • Tomato

Cara buat Sup Rempah Tanpa Bunjut

  1. Panaskan minyak masak secukupnya untuk menumis bahan.
  2. Mula tumis bawang merah, bawang putih yang telah dihiris.
  3. Kacau sehingga agak kekuningan.
  4. Tumiskan bahan rempah. Wanginya!
  5. Seterusnya, masukkan bahan kisar. Kacau dan masakkan sehingga masak. Apabila bahan ini tidak cukup masak, kesannya akan dirasai ketara pada kuahnya nanti.
  6. Bahan kisar pun dah masak dan garing. Kita masukkan tulang yang telah dicuci tadi. Gaul rata sehingga separuh masak.
  7. Suhu api dapur sedikit perlahan supaya elak hangit.
  8. Kemudian tambahkan air anggaran 3@4liter. Biar mendidih.
  9. Setelah didih, tambah lagi air sehingga tenggelam tulang. Besarkan api.
  10. Apabila cukup reneh 1 jam. Kakak masukkan lobak merah dan ubi kentang.
  11. Masukkan juga perasa,gula atau garam secukupnya
  12. Tumbuk halus biji lada hitam. Kakak guna kan hanya 2 sudu makan. Tumbuk sekali biji lada putih 1 sudu makan juga.
  13. Jika masih tak empuk, tambah sedikit air lagi. Teruskan reneh selama 30 minit.
  14. Lagi beberapa minit nak tutup api dapur. Boleh masukkan tomato. Daun sup, bawang goreng dan perahkan limau nipis

Sumber: Hajar Mohd dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

 

2. Resepi Sup Tulang Ala Mamak #1

Bahan-bahan

  • 1 1/2kg tulang kambing + daging
  • 2 labu bawang besar
  • 3 inci halia diketuk
  • 2 batang serai diketuk
  • 2-3 tangkai cili padi (optional)
  • ½ sk serbuk pati ayam
  • Garam
  • 2 keping asam keping
  • 4-5 liter air

Bahan tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 10 biji bawang merah dimayang
  • sedikit minyak

Bahan rempah (satukan dengan air menjadi pes)

  • 1 sb rempah kurma
  • 2 sb rempah sup
  • ½ sb lada hitam di tumbuk
  • sedikit air

Bahan tumbuk

  • 5 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan tabur

  • bawang goreng
  • daun bawang
  • daun sup dihiris


Cara-cara buat Sup Tulang Ala Mamak 

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga bawang merah keperangan
  2. Masukkan bahan kisar, masak sebentar
  3. Masukkan pes rempah. Kacau sesekali dan biarkan rempah masak hingga pecah minyak
  4. Masukkan tulang dan isi kambing. Gaulkan dengan rempah
  5. Masukkan air dan serai
  6. Renehkan hingga daging tulang empuk. Tambah air jika perlu
  7. Bila tulang sudah empuk, masukkan serbuk pati ayam, asam keping, garam, bawang besar, cili padi
  8. Biarkan kuah menggelegak dan tutup api
  9. Tabur dengan bahan tabur ketika menghidang

Tips:

  • Boleh tambah kentang, carrot dan celery di no 3


Sumber: Are Peace dari Masak Apa Harini

 

3. Resepi Sup Tulang Ala Mamak

Bahan-bahan

  • 1 kg tulang
  • Air secukupnya – merebus tulang
  • Minyak untuk menumis
  • Serbuk maggi secukup rasa
  • Garam & gula secukup rasa

Bahan untuk pes 

  • 2 labu bawang besar
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih

Bahan rempah

  • 1 sudu makan rempah kurma** – sukat membukit
  • 2 sudu makan rempah sup** – sukat membukit
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga cengkih

Bahan sampingan (optional)

  • 1 batang celery – potong serong
  • 2-3 biji cili api – diketuk
  • Bawang goreng
  • Daun sup & bawang

Cara buat Sup Tulang Ala Mamak

  1.  Cuci bersih tulang, reneh supaya daging yang melekat pada tulang empuk. Air rebusan jangan buang, ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak tumis bahan pes, masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, pelaga dan bunga cengkih, kacau dan masak hingga naik bau.
  3. Bahan bertanda (**) bancuh dahulu dengan sedikit air, masukkan rempah tumis lagi hingga wangi dan pecah minyak. Kemudian masukkan air rebusan dan tulang, boleh tambah air lagi jika air rebusan tulang tidak cukup.
  4. Letak serbuk maggi secukup rasa, biarkan sup mendidih, sekali sekala kacau.
  5. Apabila sudah masak dan cukup rasa tutup api, tabur bawang goreng, cili ketuk, daun sup daun bawang, sedia dihidang panas. Colek dengan roti pun sedap. Sup mamak ni nampak pekat baru power.

Sumber: Julia ALeen Aireish dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

4. Sup Tulang Ala Thai #1

Bahan-bahan

  • tulang
  • halia
  • lengkuas
  • 2 biji bawang besar dibelah 4
  • bunga lawang
  • kulit kayu manis
  • buah pelaga
  • bawang putih 6,7 ulas (ditumbuk lumat)
  • daun limau purut
  • cabai melaka 3,4 biji
  • serai 2,3 batang (diketuk)
  • tomato sebiji belah 4
  • asam limau( limau nipis) sebiji
  • sos ikan 2,3 sudu
  • garam dgn Ajinomoto
  • batang saderi


Cara-cara buat Sup Tulang Ala Thai

  1. Rebus tulang bersama halia, lengkuas, sebiji bawang besar, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga hingga empuk
  2. Tumis bawang putih sampai kuning, masukkan bahan-bahan lain
  3. Masak sehingga daun limau purut layu
  4. Letak bahan tumisan dalam sup yang di rebus tadi (tunggu daging empuk dahulu baru masukkan)
  5. Masukkan tomato
  6. Masukkan perahan air limau
  7. Masukkan sos ikan
  8. Perasakan dengan garam dan Ajinomoto
  9. Letak batang saderi
  10. Tutup api

Sumber: Noorlela Hasri dari Masak Apa Harini

 

5. Resepi Sup Tulang Ala Thai #2

Bahan-bahan

  • Tulang campur daging sikit
  • Rempah sup tulang bunjut
  • Pes Thai adabi
  • Ubi kentang
  • Bawang besar, bawang putih, halia,
  • Daun ketumbar dan saderi (penting)
  • Gula, garam
  • Daun ketumbar
  • Bawang besar (dimayang halus)
  • Ubi kentang
  • Pes Sup Thai Adabi
  • Sup tulang bunjut, cili api, limau nipis, bawang goreng, daun sup bawang dan perasa (jika perlu)

Bahan tumis

  • Bawang besar/merah, putih, halia – tumis sehingga garing kekuningan
  • Ubi kentang

Cara buat Sup Tulang Ala Thai

  1. Rebus tulang bersama rempah sup bnjut dan halia sehingga empuk (buang air rebusan pertama ini).
  2. Masukkan air baru, msukkn pes, daun ktumbar bersama akarnya, saderi, bawang besar 1biji di belah 4 dan  ubi kentang.
  3. Masukkan bahan tumis.

Bahan tumis

  1. Selepas masukkan semua bahan, biarkn sup mnggelegak dan sebati.
  2. Kemudian masukkan garam, gula dan  perasa (jika perlu).
  3. Nak mkan boleh lah letak daun sup bawang, bawang goreng, cili potong dan limau nipis.

Sumber: Yati Nurhayati dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

6. Resepi Sup Tulang Simple

Bahan-bahan

  • 2 kgTulang lembu-bersihkan
  • 5@6 biji kentang-belah 4
  • 2 bunjut sup bunjut adabi
  • 7@8 ulas bwng putih-ketuk
  • 1 buku halia dlm 3 inci-ketuk
  • 2 biji bwng besar-belah dan 2 hiris
  • 2 genggam bawang goreng
  • 1 sudu mkn serbuk lada hitam
  • 1 genggam daun sup & daun bawang
  • Garam dan perasa

Bahan hiasan

  • Bawang goreng/daun sup & daun bawang –  hiris
  • Cilipadi –  hiris

Cara buat Sup Tulang Simple

  1. Masukkan tulang dalam periuk bersama air hingga tulang tenggelam.
  2. Masukkan bawang putih, halia dan rempah sup bunjut dan rebus tulang hingga empuk.
  3. Bila tulang dah setengah empuk masukkan kentang & 2 genggam bawang goreng.
  4. Masukkan lada hitam, garam dan perasa.
  5. Bila tulang dah cukup empuk masukkan pula 1 genggam daun sup/bawang hiris.
  6. Didihkan lagi selama 10’min.
  7. Untuk hiasan semasa mnghidang boleh taburkan lagi daun sup, bawang goreng dan cilipadi hiris.

Sumber: Mazliza Ahmad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Akhir kata

Di harap anda semua dapat mencuba resepi sup tulang mudah ini lebih-lebih lagi ketika ada pemberian daging korban di musim raya Aidiladha. Bahan-bahannya juga mudah didapati dan senang di masak. 

Kalau suka sup tradisional, jemput cuba resepi sup tulang merah yang cukup popular di Singapura.

Kalau suka sup Western pula, boleh cuba resepi mushroom soup yang ala-ala Pizza Hut.

Selamat mencuba!

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply