Sup telur adalah hidangan berkuah yang ringkas dan berkhasiat, dimasak menggunakan telur yang dipukul dan dituang ke dalam sup panas. Bahan-bahan asas termasuk telur, stok ayam, daun bawang, lada sulah, garam, dan sedikit minyak masak.
Cara masak yang mudah bermula dengan mendidihkan stok ayam, kemudian masukkan garam dan lada sulah mengikut citarasa. Apabila sup mendidih, tuangkan telur yang telah dipukul secara perlahan sambil mengacau sup. Akhir sekali, taburkan daun bawang yang telah dihiris halus dan hidangkan panas.
1. Resepi Sup Telur Mudah
Bahan-bahan
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili besar
- Air
- 1 Cube ayam knorr
- Telur ( ikut berapa biji telur yang anda suka)
- Garam
- Suhun
- Daun bawang
Cara buat sup telur mudah
- Tumis bawang merah, bwg putih dan cili besar potong.
- Masukkan air.
- Masukkan 1 cube ayam knorr.
- Bila mendidih pecahkan telur sebiji sebiji.
- Masukkan garam dan adjust rasa.
- Bila telur masak, masukkan suhun (rendam dulu 10 minit).
- Masukkan daun bawang.
- Tutup api.
- Siap.
Sumber: Zuriani Mat Arshad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sup Telur Chinese Style
Bahan-bahan
- Bawang putih (cincang halus)
- Halia (cincang halus)
- Kiub pati ayam (tiada MSG)
- Filamen ketam (dihiris nipis)
- Telur ayam (dibancuh)
- Tepung jagung (dibancuh)
Cara buat sup telur Chinese style
- Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
- Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
- Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
- Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
- Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
- Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sup Tauhu Telur Chinese Style
Bahan-bahan
- Tauhu telur
- Tepung jagung
- Bawang putih -4 ulas
- Lada hitam – 1/2 sk
- Minyak bijan
- Carrot
- 1 Kiub pati ayam
- Telur
- Garam
- Daun bawang/ketumbar
Cara buat sup tauhu telur chinese style
- Tauhu telur goreng dengan tepung jagung, salut kering dan terus goreng smpai keperangan.
- Bawang putih ditumbuk halus dan lada hitam tumbuk kasar.
- Tumis dengan 1 sudu kecil minyak bijan, dah naik bau masukkan air 1 1/2 cawan dan terus campak carrot dan 1 kiub pati ayam.
- Apabila dah mendidih masukkan telur yang dah dikocak 2 biji dan cepat-cepat gaul, selepas itu masuk tepung jgung 1 sudu (bancuh dengan air sikit)
- Dah dapat kepekatan yang kita nak, tutup api baru masukkan tauhu telur.
- Last, tabur sikit minyk bijan dan daun bawang/ketumbar.
Sumber: Nurul Jannah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Sup Telur, Apa Hidangan Sup Yang Popular?
Selain Sup Telur, terdapat pelbagai hidangan sup lain yang juga popular di Malaysia. Antara 5 hidangan sup yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:
1. Sup Tauhu
Sup tauhu adalah sajian yang menggunakan tauhu lembut sebagai bahan utama. Ia dimasak bersama sayur-sayuran seperti lobak merah, cendawan dan daun bawang dalam stok ayam yang pekat.
2. Sup Sayur
Sup sayur merupakan hidangan yang terdiri daripada pelbagai jenis sayuran seperti kubis, lobak merah, kentang dan kacang panjang. Semua bahan ini dimasak dalam stok ayam dengan perisa tambahan seperti lada sulah dan garam.
3. Sup Jagung
Sup jagung adalah hidangan yang dibuat menggunakan jagung manis segar atau tin sebagai bahan utama. Ia dimasak dalam stok ayam bersama telur yang dipukul untuk mendapatkan tekstur yang lebih pekat.
4. Sup Cendawan
Sup cendawan adalah hidangan yang menggunakan pelbagai jenis cendawan sebagai bahan utama. Ia dimasak dalam stok ayam bersama bawang putih dan lada hitam untuk menambah rasa.
5. Sup Tomato
Sup tomato adalah hidangan yang dibuat menggunakan tomato segar yang dilenyek dan dimasak bersama bawang, lada sulah dan herba. Ia boleh dihidangkan dengan atau tanpa krim, bergantung kepada citarasa.