Sup Gearbox adalah hidangan sup yang menggunakan tulang sendi lembu sebagai bahan utama. Hidangan ini popular di Malaysia dan dimasak dengan cara memasukkan tulang sendi lembu, lobak merah, kentang, bawang holland, bawang putih, halia, dan rempah sup.

Cara memasaknya adalah dengan merebus tulang sendi lembu sehingga empuk, kemudian masukkan semua sayur-sayuran dan rempah ratus. Perasakan dengan garam dan lada sulah mengikut citarasa. Sup ini perlu dimasak dengan api perlahan selama beberapa jam untuk mendapatkan rasa yang sedap dan pekat.

1. Resepi Sup Gearbox Kambing

Bahan-bahan

  • Cili padi
  • Bawang putih/besar
  • Halia mesti banyak
  • 3 beradik
  • Serbuk sup adabi
  • Bawang besar mayang halus

Cara buat Sup Gearbox Kambing

  1. Kisar bahan bg halus dan tumis bawang mayang sampai kekuningan
  2. masuk 3 beradik dan masukkan bahan kisar, tumis hga pecah myk
  3. masuk serbuk sup gaul ltk air bg pekat sedikit.
  4. tumis lg sampai naik myk dan masukkan gearbox dgn kuah rebusan sekali yea yg dah di rebus lembut isinya..
  5. biarkan menidih bergelegak utk sebatikan meresap isi2 dgn kuah..
  6. ltk garam perasa jika suka..biarkan sekejap bila dah siap taburlah apa2 yg di sukai daun sup bawang goreng batang selari lg sdp..

Sumber: Cahaya Kasih Firdausi dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

 

2. Resepi Sup Tulang Gearbox

Bahan-bahan

  •  Tulang /gearbox campur isi= 3 kg
  •  Bawang merah = 15 biji (mayang)
  •  Bawang putih – 10 ulas (tumbuk kasar)
  •  Halia – 3/5 inci – (tumbuk kasar)
  •  Rempah sup debu – 100 gram
  •  Sup bunjut 2
  •  2 paket sup kampung alissa
  •  Daun sup – batang + akar
  • Daun – hiris untuk letak masa makan
  • Batang saderi
  • Limau nipis
  • Cili padi
  • Bawang goreng
  • Garam

Cara buat Sup Tulang Gearbox

  1. Rebus kosong tulang tersebut sampai empuk. .
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia hingga naik bau, garing sikit.
  3. Masukkan bahan lain.
  4. Masukkan rempah sup tadi.
  5. Tumis sehingga pecah minyak.
  6. Pindahkan bahan tumis ke dalam periuk sup tadi.
  7. Masukkan batang sup, saderi, perasakan garam masin tawar.
  8. Tunggu kejap dah siap.

Sumber: Fariza Hadi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sup Gearbox Ala Thai

Bahan-bahan

  • 1 kg tulang
  • Sup bunjut
  • 4 sekawan
  • 2 inci halia (mayang)
  • Bawang putih (mayang)
  • Bawang merah (mayang)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 btg serai (ketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (mayang)
  • 15 bj lada hitam (tumbuk)
  • 15 bj lada putih (tumbuk)
  • Daun sup daun bawang
  • Cili padi (ketuk)
  • Garam aji @ secukup rasa
  • Air limau nipis

Cara buat Sup Gearbox Ala Thai

  1. Masukkan tulang ke dalam periuk  letak air sup bunjut, garam aji @ secukup rasa, halia, serai, lengkuas rebus sampai gelegak.
  2. Tumis 4 sekawan dah wangi masukkan ke dalam kuah yang  gelegak tadi dan tutup periuk.
  3. Tumis bawang besar layu masukkan kedalam periuk tumis bawang putih dah wangi masukkan dalam kuah tadi dan tutup semula periuk.
  4. Tumis bawang merah dah wangi dan kekuningan masukkan dalam kuah.
  5. Masuk lada hitam dan lada putih dah empuk, masukkan air limau nipis.

Sumber: Tg Khuzanika dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sup Gearbox Merah

Bahan-bahan

(2kg Gearbox)

Bahan kisar (A)

  • Cili kering
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Halia

Bahan rempah tumis (B)

  • 2 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk lada hitam (opt)
  • Rempah 4 sekawan

Bahan lain (C)

  • 2 batang serai diketuk
  • 1 tin kecil tomato puree
  • ½ botol sos tomato
  • 2 kiub pati ayam/lembu
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 1 batang carrot dipotong dadu
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • 3 cawan air rebusan tulang
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Daun ketumbar

Cara buat Sup Gearbox Merah

  1. Tumiskan bahan (A) bersama Serai ketuk.
  2. Apabila sudah terbit minyak masukkan bahan (B) dan sedikit air rebusan tulang.
  3. Kemudian masukkan semua bahan lain (C) dan masak sehingga pekat dan sebati.
  4. Gearbox direbus bersama halia dan lengkuas sehingga empuk dan toskan. Kemudian campurkan ke dalam kuah sos.
  5. Akhir sekali taburkan daun ketumbar.

Sumber: Maizura Moksin dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Sup Yang Popular?

Sup gearbox selalunya disediakan selepas mendapat bahagian-bahagian lembu sewaktu hari raya korban. Selain bahagian gearbox, terdapat juga bahagian-bahagian lain dari haiwan korban yang enak dijadikan sup. Antara menu sup yang popular dan tidak asing lagi adalah:

Sup Tulang

Sup Tulang adalah sejenis sup yang menggunakan tulang rusuk lembu sebagai bahan utama. Ia dimasak dengan sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang, dan saderi, serta perasa tambahan seperti bawang putih, halia dan lada hitam untuk menambah rasa.

Sup Ekor

Sup Ekor menggunakan ekor lembu yang dipotong kecil sebagai bahan utama. Hidangan ini dimasak dengan campuran sayur-sayuran dan rempah ratus yang sama seperti sup gearbox, tetapi menggunakan ekor lembu sebagai ganti tulang sendi.

Sup Kambing

Sup Kambing dibuat menggunakan daging kambing yang dipotong dadu dan tulang kambing. Ia dimasak dengan campuran rempah ratus khas dan sayur-sayuran segar untuk menghasilkan sup yang lazat dan berkhasiat.

Beef Stew

Beef Stew adalah hidangan sup yang menggunakan daging lembu yang dipotong dadu sebagai bahan utama. Ia dimasak dengan sayur-sayuran seperti kentang, lobak merah, dan bawang holland, serta perasa tambahan seperti daun bay dan thyme.

Sup Tulang Sum-Sum

Sup Tulang Sum-Sum menggunakan tulang paha lembu yang dibelah untuk mendedahkan sum-sum di dalamnya. Hidangan ini dimasak dengan sayur-sayuran dan rempah ratus, menghasilkan sup yang kaya dengan khasiat dan rasa yang istimewa.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply