Sup daging ialah hidangan berkuah yang lazat dan berkhasiat, yang popular di Malaysia. Hidangan ini mengandungi potongan daging lembu yang dimasak bersama sayur-sayuran seperti lobak merah, kentang, bawang holland, dan saderi dalam kuah yang jernih dan manis.

Untuk memasaknya, daging lembu dipotong kiub dan direbus dalam air hingga empuk. Kemudian masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong, bawang putih, bawang merah, halia yang dikisar, lada hitam, dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sehingga sayur-sayuran masak dan kuah pekat sedikit. Taburkan daun bawang dan daun saderi yang dicincang halus sebelum dihidang.

1. Resepi Sup Daging ala Thai

Bahan-bahan

  • Daging ikut suka banyak mana.
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Halia*
  • Lengkuas dan serai

 

Cara-cara buat sup daging ala thai

  1. Tumbuk bahan yang bertanda *
  2. Lengkuas hiris kasar, dan serai titikkan.
  3. Rebus daging sampai empuk. Kemudian masukkan bahan yang bertanda*, serai, dan lengkuas campak sekali.
  4. Masak semua bahan sampai mendidih. Apabila mendidih masukkan bahan-bahan dibawah.

Sampingan

  • Kentang
  • Lobak
  • Batang saderi
  • Bawang Holland

 

Sumber: Azliana Ahmad dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Sup Daging Merah ala Siam

Bahan-bahan

  • Daging direbus sehingga lembut
  • Bawang besar 2biji*
  • Bawang putih 3ulas*
  • Halia*
  • Akar daun ketumbar*
  • Bunga lawang
  • Kulit kayu manis
  • Cili kisar 2sudu makan
  • Tomato puree 3sudu makan
  • Sos cili sos tomato sos tiram
  • Setengah paket sup siam
  • Kiub daging 2 ketul
  • Ubi kentang
  • Lobak
  • Tomato
  • Air
  • Garam perasa secukup rasa

Cara-cara buat sup daging merah ala siam

  1. Kisarkan bahan yang bertanda *
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar, kemudian masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang.
  3. Apabila  bertukar warna,  masukkan cili kisar, tomato puree dan perencah sup siam. Biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Dah pecah minyak masukkan daging bersama air daging dan  kesemua bahan-bahan kecuali tomato. Tunggu sehingga semua masak.
  5. Bila rasa semua sudah okay  masukkan tomato dan  hias dengan daun sup/ketumbar dan daun bawang.

 

Sumber: Arieza Rieza dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Sup Daging Kambing

Bahan-bahan

  • 2 biji  bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • Halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar  serbuk kunyit
  • 3 akar daun ketumbar
  • 1 paket rempah sup
  • 2 sudu besar rempah kurma

Cara-cara buat sup daging kambing

  1. Kisar semua bahan di atas
  2. Tumis sampai pecah minyak, masukkan ayam/daging/kambing. Masak sekejap dengan rempah.
  3. Dah sebati masukkan air. Setelah itu letakkan sayuran yang anda suka,  daun ketumbar, garam, dan gula.
  4. Didihkan supaya nampak pekat sedikit.

 

Sumber: Siti Nailah AlFarafisha Roslan dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Sup Lain Selain Sup Daging?

Semoga resepi yang kami kongsi pada kali ini dapat memberi sedikit idea dan manfaat kepada anda. Kalau tak minat daging, boleh cuba menu sup yang lain juga. Antara menu lain bagi sup adalah:

1. Sup Tulang

Sup tulang merupakan hidangan yang dibuat menggunakan tulang rusuk lembu yang direbus lama sehingga mendapat kuah yang pekat dan berlemak. Rempah-rempah dan herba ditambah untuk menambah rasa yang lebih enak.

2. Sup Ayam

Sup ayam adalah hidangan yang dibuat menggunakan ayam dipotong, direbus dengan sayur-sayuran dan rempah ratus. Hidangan ini sangat popular dan mudah didapati di kebanyakan restoran di Malaysia.

3. Sup Kambing

Sup kambing adalah hidangan yang menggunakan daging kambing yang direbus dengan pelbagai rempah ratus tradisional. Rasa sup ini lebih kuat berbanding sup daging lembu biasa.

4. Sup Ekor

Sup ekor ialah hidangan yang menggunakan ekor lembu yang direbus lama sehingga dagingnya lembut dan terpisah dari tulang. Kuahnya lebih pekat dan bergelatin semulajadi.

5. Soup Meatballs

Soup meatballs atau sup bebola daging adalah hidangan yang menggunakan bebola daging yang dimasak dalam kuah sup yang jernih bersama sayur-sayuran. Hidangan ini popular di kalangan kanak-kanak.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply