Sup ayam adalah hidangan berkuah yang lazat dan berkhasiat, diperbuat daripada ayam yang direbus bersama sayur-sayuran. Bahan-bahan asas termasuk ayam dipotong, kentang, lobak merah, saderi, bawang besar, bawang putih, halia, garam dan lada sulah.

Cara masak yang ringkas bermula dengan menumis bawang dan halia sehingga naik bau. Masukkan ayam dan tumis seketika, kemudian tambah air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan semua sayur-sayuran dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Biarkan mendidih sehingga ayam dan sayur-sayuran empuk.

1. Resepi Sup Ayam Simple Tanpa Sup Bunjut

Bahan-bahan

  • Ayam
  • 4 sekawan*
  • Lada hitam*
  • Halia*
  • Bawang putih*
  • Bawang merah*
  • Carrot
  • Ubi kentang
  • Daun sup
  • Kiub pati ayam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Kunyit (bagi ada warna)

Cara buat Sup Ayam Tanpa Sup Bunjut

  1. Rebus ayam sekali ubi, dan kiub pati ayam. Lagi lama, lagi sedap. Sampai pecah minyak dalam ayam tu.
  2. Tumbuk halus bahan *. 4 sekawan tumbuk sekali bersama lada hitam sampai jadi serbuk. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah sampai lumat. Letak tepi.
  3. Panaskan kuali kecik, tuang minyak sikit. Tumis 4 sekawan, dan halia, bawang putih, bawang merah tadi.
  4. Dah siap tumis, masukkan dalam periuk yang berisi ayam rebusan tadi.
  5. Kacau dan letak serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
  6. Letak carrot dan daun sup.

Sumber: Nurul Adira dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sup Ayam Mudah & Sedap

Bahan-bahan

  • Ayam stgh ekor saiz sederhana
  • Minyak sedikit utk menumis

Bahan tumisan

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Seinci halia
    (tumbuk/kisar hingga hampir halus)
  • Rempah 3 sekawan
    (kayu manis/bunga lawang/buah pelaga)
  • Air anggaran 2 liter
  • Kentang 2 biji saiz sederhana (potong 6)
  • Cendawan tiram (disiat)
  • batang seleri
  • Tomato 2 biji (belah 4)
  • Garam & serbuk pati ayam (ikut citarasa)
  • Bawang goreng dan daun sup utk ditabur atas sup

Cara buat Sup Ayam Mudah & Sedap

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga perang dan naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kecutkan sekejap.
  3. Masukkan air dan kentang.
  4. Tunggu hingga kentang empuk.
  5. Masukkan bahan-bahan yang lain dan serbuk perasa.
  6. Matikan api, tuang ke dalam mangkuk dan taburkan bawang goreng serta daun sup.

Sumber: Siti Afzan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sup Ayam Ala Thai (Ada Sup Bunjut)

Bahan-bahan

Bahan tumis

  • 5 biji Bawang putih(ditumbuk)
  • 2 biji Bawang Merah(di tumbuk)
  • 1 biji bawang holland (hiris)
  • 3 inci Halia (diketuk)
  • cili padi(diketuk-kalau nak pedas letak lebih)
  • Daun limau purut
  • 1 sup bunjut Adabi
  • beberapa hirisan lemak ayam
  • 2 pokok akar daun ketumbar
  • 2 batang Serai (di ketuk/dihiris)

Bahan lain

  • 1 ekor ayam
  • Sos ikan thai
  • Celery
  • Carrot
  • Kiub pati ayam 2 biji
  • Dun bawang+daun ketumbar
  • Garam

Cara buat Sup Ayam Ala Thai (Ada Sup Bunjut)

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, bawang holland, halia,serai, cili padi, sup bunjut dan daun limau purut hingga naik bau.
  2. Masukkan lemak ayam dan tumis hingga berminyak.
  3. Masukkan serai dan akar ketumbar.
  4. Kemudian masukkan sos ikan hingga naik bau.
  5. Masukkan air apabila air mendidih, masukkan ayam dan kiub ayam biarkan hingga ayam lembut/
  6. Masukkan saderi dan carrot biarkan mendidih.
  7. Masukkan pati limau, dan perasakan dengan garam dan gula.
  8. Akhir sekali masukkan tomato, daun ketumbar dan daun bawang.

Sumber: Sharla Rose dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Variasi Menu Sup Yang Sering Menjadi Pilihan?

Sup Ayam adalah menu yang jarang ditolak jika dihidangkan. Namun selain Sup Ayam, terdapat banyak lagi variasi sup yang menjadi pilihan. Antaranya adalah:

1. Sup Daging

Sup daging adalah hidangan yang kaya dengan rasa umami, menggunakan potongan daging lembu yang direbus bersama sayur-sayuran pilihan dan rempah ratus.

2. Sup Tulang

Sup tulang adalah masakan yang dibuat menggunakan tulang lembu atau kambing yang direbus lama sehingga menghasilkan kuah yang pekat dan berlemak.

3. Sup Ekor

Sup ekor lembu adalah hidangan istimewa yang menggunakan ekor lembu sebagai bahan utama, dimasak dengan pelbagai rempah dan sayur-sayuran.

4. Sup Kambing

Sup kambing adalah hidangan yang dibuat daripada daging kambing yang direbus bersama campuran rempah ratus tradisional dan sayur-sayuran.

5. Chicken Macaroni Soup

Chicken Macaroni Soup adalah gabungan sup ayam dengan pasta makaroni, menjadikannya hidangan yang mengenyangkan dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply