Spiral goreng ialah hidangan yang menggunakan pasta berbentuk spiral (fusilli) yang digoreng dengan pelbagai sayuran dan sos. Bahan-bahan yang diperlukan ialah pasta spiral, bawang putih, bawang merah, cili merah, lobak merah, capsicum, kicap manis, kicap cair, garam dan lada hitam mengikut citarasa.

Cara memasaknya mudah di mana spiral direbus dahulu sehingga lembut, kemudian ditoskan. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga wangi. Masukkan sayur-sayuran dan kacau rata. Akhir sekali masukkan spiral yang telah direbus bersama sos-sos dan perasa, kacau rata sehingga sebati.

1. Resepi Spiral Goreng Pedas

Bahan-bahan

  • 1 paket spiral
  • 1 paket sosej
  • 4 keping daging burger ramly ( cincangkan)
  • Bawang merah 1 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Karot dihiris hiris
  • Lada hitam
  • Cili kisar

Cara buat spiral goreng pedas

  1. Rebus spiral bersama secubit garam dan 2 sudu minyak masak. Tos kan, kalau rasa lama nak tunggu gaul dengan minyak sikit supaya tak melekat
  2. Tumis bawang merah putih yang dipotong dadu sehingga sehingga layu.
  3. Masukkan daging burger yang dicincang.
  4. Masuk 6 sudu cili blend, sos tiram, gula, garam dan kiub ayam.
  5. Masuk sosej dan carrot.
  6. Masukkan spiral gaul sebati.
  7. Last skali letak lada hitam.

Sumber: Fa Phong dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Spiral Goreng Ala Kampung

Bahan-bahan

  • Spiral
  • Bawang Holland
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Sosej
  • Fish cake
  • Cili benggala
  • Sos cili cap jagung (optional)
  • Kicap pekat
  • Garam
  • Gula
  • Ayam atau daging

Cara buat spiral goreng ala kampung

  1. 1 paket spiral rebus dan tos kan.
  2. 1 biji bawang bawang holland @ bawang besar, dipotong dadu .
  3. Bawang putih 2 tiga ulas ketuk dan cincang.
  4. Tumis sampai layu, baru masuk isi daging ayam atau daging.
  5. Baru masuk sosej, fish kek, dan cili benggala.
  6. Part ini penting, letak sos cili cap jagung sos ni mmg sedap, pedas dan manis memang cukup semua rasa.
  7. Selepas itu masuk kicap pekat sikit, garam, gula.
  8.  Masuk spirak dan gaul rata.

Sumber: Ita Gebu dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Spiral Goreng Cheese

Bahan-bahan

  • 2ulas bawang putih
  • 1labu bawang besar holland
  • Isi ayam
  • 1tin prego cheese
  • Tomato
  • Lada benggala
  • Serbuk lada hitam
  • Mentega dan minyak olive

Cara buat spiral goreng cheese

  1. Panas mentega dan olive oil.
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.
  3. Masukkan isi ayam goreng sehingga masak.
  4. Masukkan prego keju dan kacau.
  5. Masukkan sedikit air jika terlebih pekat.
  6. Masukkan apa-apa pasta yang disukai, dan kacau rata.
  7. Masukkan tomato, lada benggala dan serbuk lada hitam, kacau dan siap.

Sumber: Suhasnida Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

 

4. Resepi Spiral Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan

  • 1 peket pasta di celur dalam air yang berisi garam dan minyak zaitun dan toskan.
  • Rencah: daging yg sudah direbus

    Isi ayam, sotong dan udang
  • 1 biji bawang besar didadu
  • 5 ulas bawang putih dicincang
  • 1 batang carrot di dadu
  • 1 tin cendawan buang didadu
  • 1 biji tomato didadu

    Satukan:
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudumakan cili blend
  • 1/4 cawan sos tomato
  • 1 sudu besar lada hitam kisar
  • 1 sudu makan mix herbs
  • Garam dan perasa

Cara buat spiral goreng lada hitam

  1. Panaskan campuran mentega dan minyak zaitun dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi.
  2. Masukkan isi ayam dan daging dan kacau.
  3. Kemudian masukkan sos yg disatukan.
  4. Tambahkan lada hitam dan mix herbs ke dalam.
  5. Tuang karrot juga cendawan.
  6. Masukkan udang, sotong juga tomato.
  7. Bila sebati tambah garam juga perasa.
  8. Akhir sekali masukkan pasta dan gaul rata.

Sumber: Sabariah Bahasar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Menu Pasta Yang Popular?

Pasta sebenarnya sama sahaja dari segi rasa. Cuma bentuk pasta memberikan tekstur yang berbeza. Tekstur sesuatu pasta pula perlu disesuaikan dengan sos yang tepat. Baru lah dapat satu hidangan pasta yang memikat. Ini 5 lagi menu pasta yang popular:

1. Aglio Olio

Aglio olio ialah hidangan pasta yang berasal dari Itali yang sangat popular di Malaysia. Ia menggunakan pasta spaghetti yang dimasak dengan minyak zaitun, bawang putih dan cili api, dengan perisa garam dan lada hitam yang mudah.

2. Fettuccine Carbonara

Fettuccine carbonara ialah hidangan pasta berkrim yang dibuat menggunakan sos putih yang pekat. Ia dimasak bersama cendawan, bawang dan kepingan ayam serta ditabur dengan keju parmesan.

3. Mac and Cheese

Mac and cheese ialah hidangan pasta makaroni yang dimasak dengan sos keju yang pekat. Hidangan ini sangat digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa kerana rasanya yang creamy dan lazat.

4. Penne Arrabiata

Penne arrabiata ialah hidangan pasta yang menggunakan pasta berbentuk tiub dengan sos tomato pedas. Ia dimasak dengan bawang putih, cili merah, herba dan rempah ratus untuk memberikan rasa pedas yang menyelerakan.

5. Spaghetti Bolognese

Spaghetti bolognese ialah hidangan pasta yang menggunakan sos daging cincang yang dimasak dengan tomato. Hidangan ini sangat popular di seluruh dunia dan sering menjadi pilihan di restoran-restoran pasta.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply