Spaghetti goreng ialah sejenis hidangan pasta yang diadaptasi daripada masakan pasta dari Itali yang disesuaikan dengan citarasa Malaysia. Spaghetti goreng diperbuat daripada spaghetti yang digoreng bersama dengan pelbagai sayur-sayuran, protein, dan rempah-ratus dalam sos yang pedas.
Bahan-bahan utama untuk membuat spaghetti goreng adalah spaghetti yang telah dimasak al dente, sayur-sayuran seperti bawang merah, bawang putih, cili merah, dan sayur campur, serta protein seperti ayam, udang, atau tauhu. Spaghetti dan sayur-sayuran digoreng dalam kuali dengan sedikit minyak, kemudian sos seperti sos cili, sos tomato dan kicap. Rempah-ratus seperti lada hitam, cili kering, atau oregano juga dimasukkan untuk memberikan aroma.
Resipi Spaghetti Goreng
1. Resepi Spaghetti Goreng Daging
Bahan-bahan
- 4 biji bawang merah
- 5 ulas bawang putih
(Bawang dikisar) - 2 sudu besar cili boh (ikut kepedasan)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 pek daging cincang
- Capsicum (potong dadu)
- Lobak merah (potong dadu)
- Cendawan butang
- Pakchoy / sawi (optional)
Cara buat spaghetti goreng daging
- Rebus spaghetti dengan air mendidih lebih kurang 10 minit. Jangan lupa masukkan garam sikit dan minyak masak 1/2 sudu (untuk elakkan spaghetti melekat bila dah tos).
- Goreng daging cincang (Saya suka goreng hampir garing). Toskan minyak dan ketepikan dulu.
- Tumis bahan kisar dan cili boh.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato. Tumis sampai terbit minyak tapi jangan terlalu garing.
- Masukkan serbuk perasa dan garam.
- Masukkan capsicum, lobak merah dan cendawan butang.
- Masukkan daging cincang dan spaghetti. Gaul sebati. Masukkan pakchoy.
Sumber: Aien Mohamad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Spaghetti Goreng Tomyam
Bahan-bahan
- Bawang putih diketuk.
- Bawang besar/ bawang holland (dihiris)
- Cili padi (ketuk)
- Sayur (carrot, kobis bunga, putik jagung-optional)
- Daun limau purut
- Seafood
- 2sb Cili paste
- 3pcs kiub tomyam knorr
- Daun ketumbar
- Sedikit garam
- Sebungkus spaghetti direbus
Cara buat spaghetti goreng tomyam
- Tumis bawang sampai naik bau.
- Masuk sayur.
- Masuk cili paste dan kiub.
- Masuk daun limau purut.
- Masuk seafood.
- Masuk spaghetti.
- Dah siap sebati masuk daun ketumbar.
- Hidangkan.
Sumber: Fatimah Az Zahra dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Spageti Goreng Pedas
Bahan-bahan
- Sebungkus spaghetti
- Dada ayam (dipotong kecil)
- 8 ekor udang ( buang kulit belah belakang)
- 7 ulas bawang putih ( cincang)
- Tomato ( potong dadu)
- 3 sudu besar serbuk cili/chili flakes
- 1 sudu besar cili giling
- 5 sudu besar olive oil
- 1 sudu besar oregano
- 2 kiub pati ayam
- Sedikit pepper dan gula
Cara buat spageti goreng pedas
- Rebus air bersama sedikit minyak dan sedikit garam.
- Bila dah mendidih, masukkan spaghetti.
- Kacau-kacau supaya mudah masak.
- Sementara tunggu spaghetti lembut, panaskan olive oil dan tumiskan bawang putih.
- Kemudian, tambahkan chili flakes, oregano dan 1 sudu besar cili giling.
- Masukkan udang dan ayam, biarkan sekejap supaya ayam masak.
- Tambahkan 2 kiub pati ayam, sedikit gula untuk seimbangkan rasa pedas.
- Sekarang boleh masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
- Last sekali masukkan tomato dan sedikit pepper.
- Kacau-kacau supaya semua sebati.
Sumber: Nora Azni dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Selain Spaghetti Goreng, Apa Hidangan Pasta Yang Popular?
Selain Spaghetti Goreng, terdapat pelbagai jenis pasta lain yang popular seperti fettuccine alfredo, macaroni and cheese, lasagna, pesto pasta dan aglio olio. Maklumat lanjut berkenaan 5 hidangan pasta yang sering menjadi pilihan ramai adalah seperti berikut:
1. Fettuccine Alfredo
Fettuccine Alfredo ialah sejenis pasta yang diperbuat daripada fettuccine yang disajikan dengan sos Alfredo yang kaya dan berkrim. Sos Alfredo diperbuat daripada kombinasi mentega, krim berat, keju parmesan, dan lada hitam.
2. Macaroni and Cheese
Macaroni and Cheese atau Mac and Cheese ialah sejenis pasta yang diperbuat daripada makaroni yang dimasak dengan sos keju yang berkrim. Sos keju diperbuat daripada campuran keju cheddar, susu, mentega, dan tepung. Hidangan ini sering ditaburkan dengan serbuk roti atau keju parmesan untuk memberikan tekstur yang rangup.
3. Lasagna
Lasagna ialah sejenis pasta yang diperbuat daripada kepingan pasta yang dilapisi dengan sos bolognese, ricotta, dan keju mozzarella. Lapisan-lapisan ini kemudian dibakar dalam ketuhar sehingga keju meleleh dan keperangan.
4. Pesto Pasta
Pesto Pasta ialah sejenis pasta yang disalut dengan sos pesto yang diperbuat daripada daun selasih, bawang putih, keju parmesan, pin nuts, dan minyak zaitun. Pasta seperti spaghetti, fusilli, atau farfalle sering digunakan untuk hidangan ini.
5. Aglio Olio
Aglio Olio ialah sejenis pasta yang diperbuat daripada spaghetti yang dimasak dengan minyak zaitun, bawang putih, cili merah, dan daun parsli. Hidangan ini mempunyai rasa yang ringkas tetapi sedap, dengan kombinasi bawang putih yang harum dan cili yang pedas.