Spaghetti carbonara ialah sejenis hidangan pasta yang berasal dari Itali. Ia merupakan hidangan pasta yang disediakan dengan bahan-bahan seperti spaghetti, ayam atau daging lembu yang dipotong kecil, bawang putih, telur, keju Parmesan, lada hitam, dan krim. Ayam atau daging lembu dimasak sehingga warna keperangan. Bawang putih dicincang halus dan ditumis bersama ayam atau daging lembu. Kemudian, spaghetti yang telah dimasak al dente dicampur dengan sos krim berasaskan telur dan keju. Lada hitam ditaburkan untuk memberi rasa dan aroma yang kuat.

Spaghetti carbonara sesuai dihidangkan sebagai hidangan utama untuk makan tengah hari atau makan malam. Ia sering dihidangkan panas sejurus selepas disediakan supaya sos krim kekal melekat pada spaghetti. Hidangan ini sangat sesuai untuk mereka yang menggemari rasa krim dan keju yang lazat.

1. Resepi Spaghetti  Carbonara / Carbonara Cheese Simple Prego

Bahan-bahan

  • 1 bungkus spaghetti

Panaskan air masukkan sedikit minyak dan garam, rebus spaghetti hingga lembut. Toskan.

Bahan-bahan carbonara

  • 1 biji bawang besar Holland cincang
  • 4 ulas bwg putih cincang
  • 1bungkus sosej
  • 1 bungkus ayam kisar / 1 mangkuk isi ayam dicincang halus
  • 1 tin cendawan
  • 2 tin sos cendawan carbonara Prego
  • 1/2 liter susu segar
  • 1 Kiub pati ayam
  • Lada hitam
  • Oregano flakes
  • Cili benggala ( Jika suka)

Cara buat Spaghetti Carbonara / Carbonara Cheese

  1.  Tumiskan bawang holland dan bawang putih.
  2.  Masukkan ayam kisar, sosej dan cendawan butang yang telah dihiris.
  3.  Taburkan sedikit oregano flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Tuangkan sos cendawan.
  5. Tuangkan susu masukkan kiub pati ayam. Perasakan dengan garam.
  6. Masukkan cili benggala. Kacau hingga mendidih. Siap.

* Untuk yang mengemari cheese guna Prego cheese dan herbs , tambahkan 5 keping cheddar cheese kedalam sos spaghetti tadi, jadilah carbonara cheese.

Sumber: Nur Masri dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

2. Resepi Spaghetti Carbonara Pedas Guna Prego

Bahan-bahan

  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Serai
  • Susu cair
  • 1 tin prego carbonara
  • Oregano herbs
  • Lada hitam kisar
  • Kiub ayam
  • Cheese 2 keping
  • 1 tin cendawan butang
  • Capsicum
  • Sosej
  • Lobak
  • Isi ayam

Cara buat Spaghetti Carbonara Pedas

  1. Cairkan butter sikit+minyak masak. Tumis bawang+serai+cili api, masukkan isi ayam tumis sampai ayam masak.
  2. Masukkan sayur+sosej. Masukkan 1 tin carbonara prego+air (ikut kepekatan yang anda suka).Dan masukkan sekali kiub ayam dan susu cair+cheese.
  3. Masukkan serbuk lada hitam+oregano (1sudu kecil).
  4. Perasakan gula, garam dan tambah 1 sudu besar air limau.
  5. Siap.

Sumber: Suri Habibaty dari Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

3. Resepi Spageti Karbonara Creamy

Hidangan ini sesuai untuk 2-3 orang makan.

Bahan-bahan

  •  Spaghetti secukupnya
  • Olive oil secukupnya
  • Bawang putih (potong dadu)
  • Bawang holland (potong dadu)
  • Udang (buang kulit)
  • Cendawan butang dalam tin (buang air dalam tin) / cendawan shiitake ( potong hiris)
  • 1 kotak kecik whipping cream
  • 1/2 kotak kecik susu full cream
  • Mozarella cheese parut
  • Blackpepper Aji-Shio

Bahan-bahan hiasan

  • Chilli Flakes McCormick
  • Parsley leaves / Oregano leaves / Ketumbar (hiris halus. Boleh pilih mana 1 nak pakai)

Cara buat Spageti Karbonara Creamy

  1. Rebus spaghetti sampai lembut, toskan. Letak tepi dulu.
  2. Tuang olive oil, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan holland sampai naik bau.
  3. Masukkan udang dan cendawan yang dah dihiris.
  4. Apabila udang dah masak, masukkan whipping cream dan susu full cream.
  5. Perasakan garam dan secukup rasa.
  6.  Letak blackpepper.
  7. Masukkan cheese. Bila kuah agak pekat, masukkan spaghetti dan gaul bersama.
  8.  Hidang dalam pinggan, dan hiaskan dgn chilli flakes dan parsley leaves.

Sumber: Eka dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Spaghetti Carbonara, terdapat 6 hidangan pasta lain yang juga popular seperti lasagna, fettuccine alfredo, spaghetti bolognese, penne arrabbiata, macaroni and cheese dan macaroni goreng. Maklumat lanjut 6 hidangan pasta yang digemari ramai adalah seperti berikut:

1. Lasagna

Lasagna ialah hidangan pasta yang diperbuat daripada kepingan pasta yang disusun berlapis-lapis dengan sos daging, sos tomato, dan keju. Ia kemudian dibakar dalam ketuhar sehingga keju menjadi perang keemasan. Lasagna sering dihidangkan sebagai hidangan utama dan biasanya dimakan bersama salad atau roti garlic.

2. Fettuccine Alfredo

Fettuccine Alfredo ialah hidangan pasta yang diperbuat daripada fettuccine, sejenis pasta yang lebar dan rata, yang disajikan dengan sos krim yang diperbuat daripada mentega, keju parmesan, dan krim. Hidangan ini sering ditambah dengan ayam atau udang untuk memberikan rasa yang lebih kaya.

3. Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese ialah hidangan pasta yang diperbuat daripada spaghetti yang disajikan dengan sos daging yang diperbuat daripada daging kisar, sos tomato, dan sayur-sayuran seperti saderi dan lobak. Hidangan spaghetti bolognese ini sering ditabur dengan keju parmesan dan daun parsli untuk menambah rasa dan aroma.

4. Penne Arrabbiata

Penne Arrabbiata ialah hidangan pasta yang diperbuat daripada penne, sejenis pasta berbentuk tiub, yang disajikan dengan sos tomato pedas yang diperbuat daripada cili, bawang putih, dan sos tomato. Hidangan penne arrabbiata ini sering ditambah dengan keju parmesan dan daun basil untuk memberikan rasa yang lebih segar.

5. Macaroni and Cheese

Macaroni and Cheese, atau mac and cheese, ialah hidangan pasta yang diperbuat daripada makaroni yang dimasak dengan sos keju yang kaya dan creamy. Sos keju ini diperbuat daripada campuran keju cheddar, susu, mentega, dan tepung. Hidangan ini sering ditabur dengan serbuk roti atau keju parmesan untuk memberikan tekstur yang rangup.

6. Macaroni Goreng

Macaroni Goreng ialah hidangan pasta yang popular di Malaysia sebagai hidangan sarapan atau snek. Ia diperbuat daripada makaroni yang digoreng dengan pelbagai sayur-sayuran seperti kubis, lobak merah, dan capsicum dalam sos yang diperbuat daripada sos cili, sos tomato, dan kicap. Hidangan ini sering ditambah dengan sosej atau ayam untuk memberikan rasa yang lebih kaya dan berkhasiat.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply