Sotong Masak Thai ialah hidangan yang menggunakan sotong sebagai bahan utama yang dimasak dengan rempah Thailand yang berkhasiat. Ia mempunyai rasa yang pedas, masam dan manis yang memberikan citarasa yang unik dan menarik.
Bahan-bahan utama termasuk sotong segar, daun limau purut, cili merah, bawang merah, sos ikan, jus limau nipis, dan daun ketumbar. Cara memasaknya adalah dengan menumis bahan-bahan bumbu terlebih dahulu, kemudian memasukkan sotong dan memasak sehingga ia masak dan empuk.
1. Resepi Sotong Masak Thai Sos
Bahan-bahan
- Cili padi 12 biji (taknak pedas sangat)
- Bawang putih 5 biji
- Sos ikan 2 sudu besar
- Sos tiram 1 sudu besar
- 3 biji perahan limau nipis
- Daun ketumbar
- Garam
- Gula 3 sudu besar
Cara buat Sotong Masak Thai Sos
- Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga lumat.
- Gaul dan keluarkan dari lesung batu.
- Kemudian masukkan 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos ikan dan perahan jus limau nipis.
- Masukkan sedikit garam dan 3 sudu besar gula.
- Masukkan daun ketumbar yang telah dipotong halus dan kacau sebati.
- Tuang ke atas sotong. Fuhh ready untuk di makan.
- Bersihkan sotong dan kelar-kelarkan.
- Masukkan ke dalam kuali dan biarkan sehingga sotong masak.
Sumber: Nurul Hasnita Taharim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Sotong Bakar Thai
Bahan-bahan
- Sotong saiz besar
- 3 sudu besar jus lemon
- 3 sudu madu
- Secubit garam
Bahan sos
- 12 btg cili merah
- 8 btg cili hijau
- 7ulas bawang putih (bakar sekejap)
- (Tumbuk semua)
- 2 sudu sos tiram
- 4 sudu gula
- 5 sudu jus lemon
- 3 sudu sos ikan
- Daun ketumbar (hiris halus)
Cara buat Sotong Bakar Thai
- Cuci sotong dan lumurkan semua bahan-bahan. Simpan dalam peti sejuk selama 15minit.
- Keluarkan sotong cucuk kepala dengan badan sotong guna lidi pencungkil gigi.
- Lap guna tisur dan renjis dengan minyak.
- Bakar sampai masak.
Bahan sos
- Satukan semua bahan.
- Lumur atas sotong.
Sumber: Juju Minhad dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Sotong Phat Phet (Thai)
Bahan-bahan
- 500gram sotong (dicuci bersih)
- 4 batang kacang panjang (dipotong serong)
- 5 batang cili padi merah (dipotong)
- 1 labu bawang merah (dipotong)
- 1 batang serai (dihiris)
- 4 helai daun limau purut
- ½ sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
- 2 sudu besar sos ikan
- ½ sudu kecil serbuk perasa
- Garam (jika perlu)
- Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Bahan kisar
- 4 batang cili merah
- 4 batang cili hijau
- 1 labu bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Sedikit air
Cara buat Sotong Phat Phet (Thai)
- Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
- Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
- Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
- Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
- Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api.
Sumber: Nurul Ateekah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Sotong Stim Thai
Bahan-bahan
- Sotong
- Air
- Kiub ayam
- Bawang putih
- Akar ketumbar
- Halia
- Cili api
- Sos ikan
- Limau nipis
- Gula
Cara nak buat Sotong Stim Thai
- Sotong kelar tanpa putus.
- Kukus kosong tanpa letak apa-apa.
- Kukus sampai sotong keluar air dan masak jangan terlalu lama sangat.
- Keluarkan sotong dan air sotong tak perlu ambil.
- Setengah cawan air panaskan dan letakkan kiub ayam seketul, biarkan mendidih dan kiub larut.
- Masukkan bawang putih cincang (4-5 ulas) dan akar ketumbar.
- Masukkan halia 1 inci dan ketuk.
- Masukkan cili api ikut selera.
- Masukkan sos ikan sesudu/dua.
- Perahan limau nipis
- Sedikit gula matikan api biarkan sekejap.
- Masukkan hirisan daun ketumbar kedalam kuah.. Kemudian tuang kuah ke dalam pinggan sotong tadi.
Sumber: Suhaila AB dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Menu Seafood Thai Yang Sedap?
Selain daripada sotong masak thai, terdapat banyak lagi makanan thai lain yang menggunakan seafood sebagai bahan utama. Gabungan seafood segar, masam, manis dan pedas memberi letupan rasa yang sangat sedap hingga sukar ditolak oleh penggemar seafood. 5 diantara menu tersebut adalah:
1. Tom Yam Seafood
Tom Yam Seafood ialah sup Thailand yang terkenal dengan rasa pedas dan asam. Ia mengandungi pelbagai jenis makanan laut seperti udang, sotong, dan ikan yang dimasak bersama herba dan rempah tradisional Thailand.
2. Green Curry Seafood
Green Curry Seafood merupakan hidangan kari hijau Thailand yang menggunakan makanan laut sebagai bahan utama. Ia mempunyai rasa yang kaya dengan santan, daun limau purut, dan rempah hijau yang memberi citarasa yang kompleks.
3. Paprik Seafood
Paprik Seafood adalah hidangan tumisan makanan laut yang dimasak dengan sos pedas dan herba Thailand. Ia mempunyai rasa yang pekat dan mendalam dengan kombinasi rempah yang seimbang.
4. Seafood Pad Thai
Seafood Pad Thai ialah sejenis mee goreng Thailand yang menggunakan makanan laut sebagai tambahan protein. Ia dimasak dengan telur, taugeh, kacang tanah dan sos yang memberikan rasa unik.
5. Seafood Sam Rot
Seafood Sam Rot adalah hidangan makanan laut yang digoreng dan disalut dengan sos asam manis pedas khas Thailand. Ia mempunyai rasa yang kompleks dan menarik selera.Copy