Sotong kering merupakan satu hidangan yang diperbuat daripada sotong yang telah dikeringkan di bawah cahaya matahari atau menggunakan mesin pengering khas. Ia popular di Malaysia sebagai snek lauk-pauk yang boleh dimakan terus atau dimasak dengan pelbagai cara.

Untuk memasaknya, bahan-bahan yang diperlukan ialah sotong kering, minyak masak, bawang merah, bawang putih, cili boh, cili padi, garam dan gula mengikut citarasa. Cara memasaknya mudah – rendam sotong kering dalam air panas selama 15 minit, tumis bahan-bahan lain yang telah dikisar sehingga garing dan perang keemasan. kemudian masukkan sotong yang telah lembut dan masak sehingga empuk.


1. Resepi Sambal Sotong Kering

Bahan-bahan
Sotong kering 500grm (rebus 45 min dan toskan)
Cili kering 15 tangkai
Bwg kecik 5 ulas
Bwg putih 3 ulas
1biji bwg besar
Belacan
Air asam
Sedikit santan
gula
garam
1 ketul pati ayam knorr
Cara buat Sambal Sotong Kering
Blend cili, bawang kecik, bawang putih dengan belacan.
Panaskan minyak tumis sampai pecah minyak masak bagi lama sikit sambal.
Masukkan sotong, air asam, santan, garam gula dan pati ayam.
Masak sampai kuah pekat, kemudian masukkan sebiji bawang besar.
Siap untuk di hidang kan.

Sumber: Siti Fatimah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 
2. Resepi Cumi-Cumi Sambal Kari

Bahan-bahan
Sotong segar
4 sb cili kisar
2 sb rempah kari ikan
1 batang serai diketuk
Garam & gula
5 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
Sedikit minyak untuk menumis
Cara buat Cumi-Cumi Sambal Kari
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar.
Masukkan cili kisar dan rempah kari yang dibancuh sedikit air serta daun kari.
Tumis hingga pecah minyak.
Tuangkan sedikit air asam jawa.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masukkan sotong, gaul balikkan hingga sebati. Jangan terlalu lama takut sotong jadi liat.

Sumber: Fatin Farhanah dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 
3. Resepi Sambal Cumi-Cumi Seafood Kantan

Bahan-bahan

100 gram cumi (sotong kecik masin) rendam semalaman dengan air kosong, bersihkan dalaman dia
100 gram isi kepah
30 gram belacan
1 batang bunga kantan saiz besar
100 gram isi tenggiri jeruk
500 gram bawang merah
10 ulas bawang putih kecil
5 biji tomato sederhana besar
5 tangkai cili merah besar
3 sudu makan Ibu Sambal (boleh ganti dengan cili pedas)
2 sudu makan Minyak Cili (masuk lagi sedap.Tak masuk takpa)
Sedikit gula
Cara buat Sambal Cumi-Cumi Seafood Kantan
Dalam kuali, goreng bunga kantan, bawang merah, tomato, belacan, tenggiri jeruk, belacan dan cili besar. Bila semua dah lembut, masukkan dalam chopper semua. Guna minyak banyak sikit menggoreng. Nanti kita keluarkan balik.
Tumis balik dalam minyak yang sama. Api kecil. Masukkan isi kepah cumi yang dibersihkan bersama ibu sambal dan minyak cili.
Masak hingga pecah minyak berulang kali. Bagi sedap. Seimbangkan rasa dengan tambah gula sikit. Garam tak perlu.
Guna kertas serap minyak dan keluarkan lebihan minyak. Siap.

Sumber: Ben Safwan dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 
4. Resepi Cumi-Cumi Goreng Kunyit Berkuah

Bahan-bahan
1kg cumi-cumi
1 labu bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
7 tangkai cili api
Kobis
Sedikit serbuk kunyit
1 asam keping
Garam, gula
Sedikit minyak
Cara buat Cumi-Cumi Goreng Kunyit Berkuah
Panaskan minyak. Masukkan cumi-cumi yang telah dibersihkan.
Tambah serbuk kunyit dan asam keping.
Masak hingga air cumi-cumi kering sedikit. Jangan tambah air ye.
. Masukkan bawang, cili api dan kobis.
Perasakan garam dan gula. Siap.

Sumber: Latipah Nawawi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 
Apa Lagi Menu Ringan Bagi Seafood?

1. Fish Crackers

Fish crackers atau keropok ikan adalah snek yang diperbuat daripada campuran ikan, tepung dan perasa yang dibentuk, dipotong nipis dan dikeringkan sebelum digoreng sehingga mengembang.

2. Ikan Bilis Goreng

Ikan bilis yang digoreng rangup sehingga garing dan biasanya ditabur dengan garam halus untuk menambah rasa. Sangat popular sebagai snek atau dimakan bersama nasi lemak.

3. Udang Kering

Udang yang telah dikeringkan di bawah matahari dan boleh dimakan terus atau dimasak dengan pelbagai cara seperti sambal atau goreng biasa.

4. Baby Cuttlefish

Sotong kecil yang dikeringkan dan digoreng rangup. Ia popular sebagai snek ringan dan boleh dimakan terus atau dimasak dengan pelbagai cara.

5. Keropok Lekor

Snek tradisional yang diperbuat daripada campuran ikan, tepung dan perasa yang dibentuk seperti sosej, dipotong dan digoreng sehingga garing.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply