Sotong goreng tepung ialah hidangan seafood yang popular di Malaysia. Bahan-bahan yang diperlukan ialah sotong segar yang dibersihkan, tepung gandum, tepung beras, serbuk kari, garam, dan lada hitam. Boleh tambah perasa tambahan seperti serbuk bawang putih dan daun kari untuk menambah kelazatan.

Cara penyediaan bermula dengan membersihkan sotong dan memotong dalam bentuk cincin. Campurkan semua tepung dan perasa, kemudian balutkan sotong dalam campuran tepung tersebut. Goreng dalam minyak panas sehingga keemasan dan garing.

1. Resepi Sotong Goreng Tepung

Bahan-bahan A

  • Tepung Bestari (gunakan lebih banyak dari tepung lain)
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Sedikit garam
  • 1 sudu serbuk kari

Bahan-bahan B

  • 1 biji telur ayam
  • 1-2 sudu cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 3-4 sudu campuran bahan A

Cara buat sotong celup tepung

  1. Gaul sebati semua bahan A.
  2. Kacau rata semua bahan B.
  3. Ambil sotong dan celupkan ke dalam bahan B, kemudian letakkan pula ke dalam bahan A.
  4. Gaul sehingga bersalut cantik dan boleh terus digoreng.
  5. Pastikan minyak banyak dan panas.

Sumber: Faz Linda Tajuddin dari Masak Apa Hari Ni

 

2. Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup

Bahan-bahan A

  • 1kg sotong segar
  • 1 biji telur gred A
  • Cukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih

Bahan-bahan B

  • 2 senduk besar tepung serbaguna
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara buat sotong goreng tepung

  1. Bersihkan sotong dan toskan sehingga sotong tidak mengandungi air.
  2. Gaulkan sotong bersama bahan-bahan A yang lain.
  3. Kacau rata bahan-bahan B.
  4. Panaskan minyak yang banyak.
  5. Ambil sedikit sotong satu persatu dan salutkan bersama bahan-bahan B.
  6. Masukkan sotong ke dalam kuali dan goreng dengan api sederhana sehingga sotong berwarna keperangan.

Tips: Sotong tidak boleh digaulkan bersama tepuung terlalu awal sebelum dimasak.

Sumber: Atirah Abdullah Shah Aimin dari Masak Apa Hari Ni

 

3. Resepi Sotong Goreng Tepung Crispy

Bahan-bahan A

  • Bawang putih (diparut)
  • Serbuk lada sulah
  • Cajun seasonings

Bahan-bahan B

  • Tepung gandum
  • Sedikit tepung jagung
  • Garam
  • Lada sulah
  • Cajun seasonings

Cara buat sotong goreng tepung

  1. Bersihkan sotong, buang kulit berwarna hitam. Potong pada saiz yang diinginkan.
  2. Perap dengan bahan-bahan A dalam setengah jam.
  3. Gaul sebati bahan-bahan B.
  4. Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk lain. Ambil 1 sudu campuran bahan-bahan B, masukkan bersama telur dan pukul sebati.
  5. Gaul sotong dengan bahan-bahan B. Masukkan ke dalam telur dan gaul kembali bersama bahan-bahan B.
  6. Goreng dalam api besar.

Sumber: Amirah Md Esa dari Masak Apa Hari Ni

 

4. Resepi Sotong Goreng Tepung Tak Meletup

Bahan-bahan A

  • Sotong
  • Bawang putih
  • Garam
  • Lada sulah
  • 1-2 sudu cuka

Bahan-bahan B

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu garam
  • Sedikit kunyit
  • Serbuk lada sulah
  • Serbuk lada hitam

Cara buat sotong goreng tepung

  1. Basuh sotong dan toskan. Masukkan cuka untuk keluarkan air berlebihan sotong.
  2. Tumbuk halus bawang putih. Masukkan ke dalam sotong bersama lada sulah dan sedikit garam. Biarkan selama 10 minit.
  3. Kacau sebati semua bahan-bahan B tanpa perlu tambahkan air.
  4. Panaskan minyak banyak.
  5. Kacau 1 biji telur sekejap dan masukkan sotong.
  6. Celup sotong dalam bahan-bahan B dan goreng sotong sekejap sahaja. Siap.

Sumber: Awatif Osman dari Masak Apa Hari Ni

 

Apa Lagi Menu Goreng Tepung Yang Popular?

Selain Sotong Goreng Tepung, terdapat juga makanan laut lain yang enak dibuat goreng tepung. 5 diantaranya adalah:

1. Udang Goreng Tepung

Udang goreng tepung menggunakan udang segar yang digoreng dengan campuran tepung yang sama seperti sotong goreng tepung. Hidangan ini sangat popular di restoran seafood dan gerai makanan.

2. Ikan Celup Tepung

Ikan yang dibalut dengan tepung dan digoreng sehingga garing. Biasanya menggunakan ikan kembung atau ikan mambong yang dicelup kedalam bancuhan tepung pertama berisi ais dan celupan tepung kering kedua dan barulah digoreng. Selalunya mudah didapati di negeri pantai timur terutamanya Terengganu.

3. Fish & Chips

Fish & Chips adalah hidangan yang terdiri daripada ikan kod atau dory yang digoreng dengan tepung khas, biasanya dihidangkan bersama kentang goreng. Walaupun berasal dari United Kingdom, hidangan ini sangat popular di Malaysia.

4. Fish Fingers

Hidangan ini menggunakan ikan yang dipotong memanjang seperti jari dan dibalut dengan tepung roti. Ia popular sebagai snek atau hidangan ringan yang mudah dimakan dan sesuai untuk kanak-kanak.

5. Calamari Rings

Gelang sotong yang digoreng dengan tepung roti, merupakan variasi moden kepada sotong goreng tepung tradisional.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply