Sos lada hitam atau black pepper ialah sos yang dibuat daripada lada hitam sebagai bahan utama yang memberikan rasa pedas . Ia sering digunakan sebagai penambah rasa atau sos pencicah untuk hidangan seperti perapan stik, ayam panggang, dan makanan laut.

Cara penyediaan resepi sos lada hitam ini bermula dengan menumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau, kemudiannya lada hitam dicampurkan bersama sos tiram, kicap dan bahan lain. Campuran tersebut dimasak hingga mendidih dan medapat tekstur kepekatan yang diingini.

1. Resepi Sos Lada Hitam Simple

Bahan-bahan

  • 1 ulas bawang putih
  • 3/4 sudu besar Planta
  • 1 tin sos spageti keju
  • Air suam 1 cawan
  • 1 sudu besar serbuk cheese (optional)
  • 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis
  • 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar
  • 3/4 sudu kecil gula

Cara nak buat Sos Lada Hitam

  1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja. Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan 1 tin sos spageti keju.
  3. Tambahkan air suam 1 cawan atau lebihkan jika pekat.
  4. Masukkan 1 sudu besar serbuk cheese (optional) Kalau ada lagi sedap.
  5. Tambahkan 1/2 sudip kicap Jalen lemak manis. Boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap. * jangan guna kicap masin*
  6. Masukkan 3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar. Juga masukkan 3/4 sudu kecil gula (boleh masuk sikit-sikit untuk langkah selamat).
  7. Kacau sebati.
  8. Tutup api setelah semua rasa sebati.

Sumber: Afy AL Habibi dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Sos Lada Hitam Jimat

Bahan-bahan

  • Bwg putih
  • Lada hitam
  • Ubi kentang
  • Kiub pati ayam
  • Sos tiram
  • Kicap
  • Sos cili
  • Gula
  • Garam

Cara nak buat Sos Lada Hitam Jimat

  1. Rebus ubi kentang hingga empuk dan blender sampai hancur.
  2. Dalam periuk tumis bawang putih blender lada hitam dan tumis sekali dengan bawang putih.
  3. Masukkan kiub pati ayam.
  4. Selepas itu masukkan air blend ubi kentang.
  5. Kacau sebati. Masukkan sos cili, sos tiram, dan kicap. Biar sampai gelegak dan perasakan garam gula dan letak oregano dan siap.
  6. Tak perlu masukkan tepung jagung sebab ubi kentang tu sumber pemekat dan tak perlu letak susu sebab kentang dah rasa lemak manis.

Sumber: Madihah Hamid dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Selain Sos Lada Hitam, Sos Pencicah Apa Yang Sedap?

Selain sos lada hitam, terdapat pelbagai jenis sos pencicah yang sedap dan sesuai untuk menambah kelazatan serta penambah rasa dalam sesuatu hidangan.

1. Sos Thai

Sos Thai mempunyai rasa manis, masam, dan sedikit pedas. Dibuat daripada cili, bawang putih, cuka, dan gula. Sos ini juga sesuai dijadikan sebagai pencicah makanan laut dan ayam goreng,

2. Sos Cili

Sos cili handmade yang manis dan sedikit pedas ini sangat serasi untuk hampir semua hidangan goreng seperti ayam goreng, cucur, atau kentang goreng. Dibuat daripada cili, bawang putih, gula, garam, cuka dan air jagung. Ia juga sering digunakan sebagai bahan dalam masakan tempatan.

3. Sos BBQ

Sos BBQ mempunyai rasa manis, masam, dan sedikit smoke. Dibuat dengan sos tomato, cuka, dan rempah, ia sesuai sebagai pencicah daging panggang atau hidangan barbeku seperti rusuk, ayam bakar, atau burger.

4. Sos Keju

Sos keju yang lemak dan berkrim ini diperbuat daripada keju cair dan krim, sesuai untuk dimakan dengan nachos, kentang goreng, atau sebagai pencicah sayur-sayuran bakar.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply