Sos Korea adalah merujuk kepada pelbagai jenis sos yang berasal dari Korea dan sering digunakan dalam masakan Korea. Dalam makanan Korea, kebanyakannya mereka menggunakan sos korea sebagai pelengkap hidangan.

Tekstur sos korea kebanyakannya berwarna sedikit merah, dan sedikit pekat. Antara masakan yang menggunakan sos korea dalam masakan adalah kimchi, bulgogi, bibimbap dan tteokbokki. Campuran rasa pedas, manis dan sedikit masin memberikan lagi keunikan pada sos ini.

1. Resepi Tteokbokki

Bahan-bahan Tteokbokki

Bahan rice cake

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 cubit garam

Bahan sos

  • 1 paket sos pedas Korea Adabi
  • 2 sudu cili bo Adabi
  • 2 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 cubit garam dan gula
  • 1/2 cawan air
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji telur rebus
  • Hirisan lobak merah
  • Hirisan daun bawang
  • Taburan biji bijan

Cara nak buat Tteokbokki

Rice cake

  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga likat ke dalam mangkuk. Jangan terlalu cair.
  2. Kukuskan tepung sehingga ia masak.
  3. Keluarkan tepung yg telah masak dan uli sehingga menjadi doh yang keras. Tambah tepung pulut dan uli lagi. Kemudian uli doh tepung secara memanjang dan potong pendek.

Sos

  1. Tumiskan bawang putih yg dicincang, kemudian masukkan cili bo, sos tomato, dan sos tiram. Tuangkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  2. Kemudian masukkan sos pedas Korea ke dalam masakan dan perasakan dengan sedikit garam/gula. Gaul rata.
  3. Masukkan rice cake, hirisan lobak merah dan daun bawang. Masak sehingga kuah menjadi likat.
  4. Untuk hidangan teobokki, potong telur rebus kepada 2 bahagian dan taburkan biji bijan ke atas hidangan.

Sumber: Zurina Zulkefli dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

2. Resepi Gojuchang

Bahan-bahan Gojuchang

  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 1/4 – 1 1/2 cawan air
  • 5 sudu besar taucu 5 sudu besar air blendkan halus
  • 1/2@ 1 sudu teh minyak bijan
  • 6 – 7 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 sudu besar madu
  • 5 titik stevia
  • 2 sudu besar kicap manis
  • Sedikit garam

Cara nak buat Gojuchang

  1. Kalau guna taucu masin tak perlu tambah garam.
  2. Kacau atas api yg kecil..
  3. Sos ni bila dah sejuk masukkan dalam peti ais lagi lama lagi sedap dan warna dia pun makin cantik merah maroon.

Sumber: Leen Rijal

Selain sos Korea, banyak lagi resepi masakan Korea yang sedap dan popular di Malaysia. Makanan Korea juga semakin diminati di kalangan rakyat Malaysia kerana rasa dan penyediaan yang begitu unik. Berikut adalah beberapa cadangan resepi makanan Korea.

1. Kimchi

Campuran sayuran seperti kubis dan lobak yang diperam dengan cili, bawang putih, halia, dan bahan perisa lain. Penuh dengan rasa masam dan sedikit pedas.

2. Bulgogi

Daging lembu atau ayam yang diperap dengan kicap, gula, bawang putih, dan minyak bijan, kemudian dipanggang atau digoreng. Mempunyai rasa manis dan umami.

3. Bibimbap

Nasi dengan pelbagai topping seperti sayur, daging, telur goreng, dan pes cili (gochujang). Dihidangkan dalam mangkuk panas untuk memberikan rasa yang lebih lazat.

4. Hotteok

Makanan street food popular di Korea. Pancake Korea yang diisi dengan gula perang, kacang, dan kayu manis.

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply