Sirap bandung soda ialah minuman sejuk yang terdiri daripada campuran susu pekat manis, air bandung (air ros), dan soda. Ia mempunyai warna merah jambu yang menarik dan rasa yang manis dengan sedikit karbonasi dari soda.

Bahan-bahannya termasuk air ros, susu pekat manis, air soda, dan ais. Untuk membuatnya, campurkan syrup ros dengan susu pekat manis dalam gelas, kemudian tuangkan air soda dan ais untuk menambah kesegaran.

1. Resepi Sirap Bandung Soda Laici

Bahan-bahan

  • 1 tin laici
  • 1/2 botol Air Soda
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu pewarna merah ros
  • Ais batu

Cara buat Sirap Bandung Soda Laici

  1. Sediakan mangkuk agak besar.
  2. Masukkan pewarna.
  3. Kemudian masukkan susu cair.
  4. Masukkan laici dan kacau.
  5. Masukkan pula ais batu.
  6. Akhir sekali masukkan air soda dan kacau sebati.

Sumber: Ani Zam dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

2. Resepi Sirap Bandung Soda Cincau

Bahan-bahan

  • Cincau
  • Aiskrim soda (air gas)
  • Susu cair
  • Sirap
  • Ais

Cara buat Sirap Bandung Soda Cincau

  1. Potong cincau ikut suka.
  2. Masukkan aiskrim soda.
  3.  Masukkan susu cair sambil kacau supaya taknak bagi dia berketul berbintil.
  4. Masukkan ais, masukkan sirap dan kacau sebati.

Sumber: Dani J Tang dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

3. Resepi Sirap Bandung Soda Merah Cik Nina

Bahan-bahan

  • Ice cream soda F&N 1.5 liter – 1 botol
  • Susu/krimer manis Marigold – 1 cawan/300 gm
  •  Perwarna makanan merah/sirap rose secukup rasa.
  •  Ais secukupnya
  •  Garam secubit

Cara buat Sirap Bandung Soda Merah Cik Nina

  1. Basmallah, selawat, surah al-Kautsar dan niat.
  2. Sediakan ais dalam jug/bekas.
  3. Tuang ice cream soda, susu/krimer manis dan secubit garam dalam bekas berais.
  4. Titikkan perwarna/sirap rose secukupnya.
  5. Kacau segera.
  6. Sesuaikan rasa manis susu dikehendaki.
  7. Siap.

Sumber: Haninah Salim dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

4. Resepi Sirap Bandung Selasih (Tanpa Soda)

Bahan-bahan

  • Beberapa titik pewarna merah
  • 1/2 botol 100 Plus Berry flav
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 3 sudu selasih direndam
  • Ais secukupnya

Cara buat Sirap Bandung Selasih

  1. Dalam bekas masukkan beberapa titik pewarna merah dalam air 100 Plus.
  2. Kacau. Masukkan susu dan kacau. Biar manis tak apa.
  3. Kemudian masuk ais secukupnya dan masuk biji selasih kembang. Hidangkan.

Sumber: Mak Tam Mai Maisha dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)

 

Apa Lagi Air Yang Popular?

Sirap bandung soda selalunya dicari-cari sewaktu masuknya bulan ramadhan. Kalau dapat waktu berbuka minum sirap bandung soda, memang puas sangat rasanya. hilang kehausan sehari berpuasa. Selain sirap bandung soda, ada 4 lagi air yang popular. Ianya adalah:

1. Air Sirap Bandung

Variasi tradisional minuman ini menggunakan air ros dan susu pekat manis tanpa soda, memberikan rasa manis yang klasik.

2. Milo Ais

Minuman sejuk berkrim yang diperbuat daripada serbuk coklat Milo, susu dan ais, popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

3. Teh Ais

Minuman teh sejuk yang dicampur dengan susu dan gula, disajikan dengan ais untuk kesegaran.

4. Cincau

Minuman hijau atau hitam yang diperbuat daripada jeli cincau, biasanya dicampur dengan susu atau air gula.

5. Limau Ais

Minuman segar yang diperbuat daripada air limau, gula, dan ais, memberikan rasa masam dan manis.

Rate this post

Seorang penulis bebas yang suka berkongsi bercerita terutamanya resepi masakan serta berkongsi resepi, tips memasak, dan trend makanan terkini.

Leave A Reply