Singgang daging adalah sejenis masakan tradisional Melayu yang menggunakan daging direbus perlahan dengan rempah-rempah tertentu. Ia merupakan hidangan berkuah ringan yang mempunyai citarasa unik dan lazat yang biasanya menggunakan daging lembu atau kambing.
Bahan-bahan utama termasuk daging, air, garam, halia, bawang putih, dan daun ketumbar. Proses pemasakannya melibatkan merebus daging dengan perlahan sehingga empuk, sambil menambahkan rempah-rempah untuk menghasilkan citarasa yang kaya dan mendalam.
1. Resepi Singgang Daging
Bahan-bahan
- Daging 1/2 kilo (rebus hingga empuk)
- Bawang besar sebiji belah 4 *
- Bawang putih 3 ulas ketuk *
- Halia 2 hiris *
- Lengkuas 2 hiris *
- Cili kering 3 tangkai potong *
- Asam keping 2 keping *
- Ketumbar biji 2 sk tumbuk kasar *
- Garam perasa
- Bendi
- Tomato
- Cili padi
Cara nak buat Singgang Daging
- Daging rebus hingga empuk.
- Air rebusan dah separuh masukkan bahan bertanda * dan tambah air lagi untuk kuah jika perlu biar mendidih sebati bahan semua.
- Perasakan dan masukkan bendi + tomato + cili padi. Siap.
Sumber: Norashikin Ismail dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Singgang Daging dan Tulang
Bahan-bahan
- Daging / tulang (potong kecik nipis @ suka hati)
- 2inci Lengkuas (hiris kasar)
- 1 inci kunyit hidup (hiris nipis)
- 3 ulas bawang merah (mayang)
- 2 ulas bawang putih (belah 2 )
- 2 batang serai (ketuk)
- 2 keping asam gelugor / asam keping
- 1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk kasar)
- 10 tangkai Cili kering (potong 2)
- Cili padi
- Air secukupnya
- Garam dan perasa
Cara buat Singgang Daging dan Tulang
- Rebus semua bahan sampai daging empuk.
Sumber: Nor Khomariah Norrohman dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
3. Resepi Singgang Daging Kelate
Bahan-bahan
- 1/2kg daging (hiris nipis)
- 1 inci lengkuas (hiris nipis)
- 1 inci halia (hiris nipis)
- 3 -4 ulas bwg merah (hiris nipis)
- 5-6 ulas bwg putih (hiris nipis)
- 3 tangkai lada kering (potong kecil)
- 1 sudu besar biji ketumbar (tumbuk kasar)
- 3 keping asam keping
- Garam+gula (secukup rasa)
- Serbuk perasa tambahan (jika perlu)
- Air secukupnya
- 4-5 tangkai cili pada merah (dipotong kecil), bagi yang suka pedas
Cara nak buat Singgang Daging Kelate
- Rebus daging yang telah dibasuh, dibersihkan tadi sehingga empuk.
- Kemudian masukkan kesemua bahan diatas ke dalam periuk.
- Biarkan ia mereneh seketika dan boleh rasa. Jangan lupa masukkan sedikit budu.
- Sekiranya ada kurang boleh lah tambah sebelum api ditutup.
- Bila semuanya sudah secukup rasa boleh lah dihidangkan.
Sumber: Noryn Noraien dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
4. Resepi Singgang Daging Budu Kelate
Bahan-bahan
- Daging 400 gram
- Bawang merah 6ulas
- Bawang putih 3 ulas
- Halia setengah inci
- Lengkuas setengah inci
- Cilikering 5tangkai (hiris)
- Budu
- Ketumbar (tumbuk)
- Asam keping 3keping
Cara nak buat Singgang Daging Budu Kelate
- Hiris mayang semua bahan, melainkan ketumbar tumbuk.
- Dan gaul masukkan budu gula garam.
- Gaul sekali dengan daging bahan yang bertanda* dan masukkan sedikit sahaja air letakkan diatas dapur.
- Bila mendidih dah empuk daging, baru masukkan air banyak mana kuah yang kita nak.
- Selepas itu baru masukkan ketumbar yng ditumbuk tadi.
- Last skali letak ajimoto dan biar mendidih sampai empuk daging baru tutup.
Sumber: Ana Danish dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Variasi Menu Daging.
Penggemar daging pastinya sukakan hantaran kali ini kerana semuanya berkaitan daging. Ditambah pula dengan 4 lagi menu daging ini.
1. Rendang Daging
Rendang daging adalah hidangan klasik Melayu yang terkenal dengan rasa pedas dan kaya rempah. Ia dibuat dengan merebus daging dalam campuran santan dan rempah-rempah seperti cili, halia, lengkuas, dan serai sehingga kuahnya menjadi pekat dan menyelaputi daging.
2. Gulai Daging
Gulai daging merupakan masakan berkuah pekat yang menggunakan campuran rempah-rempah seperti jintan, ketumbar, dan kunyit. Hidangan ini biasanya menggunakan daging lembu atau kambing yang direbus bersama santan dan pelbagai rempah sehingga menghasilkan kuah yang kaya dan pekat.
3. Dalca Daging
Dalca daging adalah hidangan sejenis sup yang mengandungi daging, kacang dan pelbagai sayuran. Ia mempunyai citarasa yang unik dengan tambahan rempah seperti jintan, ketumbar dan serbuk kari yang memberikan aroma dan rasa yang menarik.
4. Kurma Daging
Kurma daging adalah hidangan bertekstur pekat yang menggunakan rempah-rempah seperti jintan, lada dan kayu manis. Ia biasanya dimasak dengan daging dan santan sehingga menghasilkan kuah yang kental dan berlimpah rempah.
5. Daging Masak Merah
Masak merah daging ialah hidangan yang mempunyai warna merah cerah disebabkan oleh penggunaan sos tomato dan cili. Rempah-rempah seperti bawang merah, bawang putih dan halia turut digunakan untuk menghasilkan citarasa yang kaya dan mendalam.Copy