Kuih Seri Muka merupakan kuih tradisional yang terdiri daripada dua lapisan – lapisan bawah diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan santan, dan lapisan atas pula adalah adunan pandan yang diperbuat daripada tepung gandum, telur, gula dan jus pandan. Kuih ini popular di majlis-majlis keraian dan boleh didapati di kebanyakan kedai kuih tradisional di Malaysia.
Bahan-bahan yang diperlukan termasuk beras pulut, santan, garam, tepung gandum, telur, gula pasir, jus pandan asli dan daun pandan. Cara penyediaan dimulakan dengan merendam pulut selama 4 jam, kemudian dikukus dengan santan sehingga masak. Untuk lapisan atas, campurkan semua bahan dan tapis sebelum dikukus di atas lapisan pulut sehingga masak.
1. Resepi Seri Muka Pandan
Bahan-bahan
Lapisan bawah
- 2 cawan pulut
- 2 cawan santan sederhana pekat ( sukat ikut paras pulut )
- Sedikit garam
- Loyang 8×8 atau 9×9 inci oles minyak dan alas dengan plastik jernih
Lapisan atas
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan air pandan
- 3/4 cawan gula pasir
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1/4 cawan tepung kastad
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit pewarna hijau epal dan beberapa titik pewarna kuning lemon
Cara buat Seri Muka Pandan
- Basuh bersih beras pulut dan rendam lebih kurang 4 jam,toskan.
- Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit api besar.
- Tekan pulut yang telah masak tadi supaya rata dan padat, cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu dan ketepikan.
- Dalam satu bekas,campurkan semua bahan-bahan, kacau rata dengan whisk sampai adunan sebati dan pastikan tiada tepung yang berketul kemudian tapis.
- Masak adunan di atas api perlahan sehingga naik wap sahaja untuk
- Tuang adunan atas lapisan pulut yang telah masak tadi,kukus selama 30 minit api sederhana besar.
- Jika selepas masak, nterdapat air wap bertakung atas permukaan, angkat letak ke tepi periuk, sendengkan supaya air wap dalam loyang jatuh ke dalam periuk, atau kukus tanpa penutup selama 5-8 minit sampai air kering, boleh juga guna tisu dapur untuk serap air.
- Nak dapatkan permukaan kuih yang cantik dan licin kenalah rajin lap bawah penutup kukusan.
- Pastikan air kukusan betul2 mendidih.
- Balut penutup periuk dengan tuala bersih.
- Siap.
Sumber: Nawar Azhar dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resepi Kuih Seri Muka Kayu Manis
Bahan-bahan
- 500gm beras pulut (direndam sekurang2nya 2 jam)
- 600ml santan pekat
- 2 sudu kecil kecil garam halus
- Sehelai dua daun pandan
Bahan bahagian atas
- 200gm gula
- 80gm tepung gandum
- 20gm tepung kastard
- 800ml santan kelapa
- 16 helai daun pandan (boleh kurang kan) – dikisar halus bersama santan
- 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis(optional)
- 4 biji telur grade A
- 1 1/2 sudu kecil garam
- Sedikit pewarna hijau (optional)
Cara buat Seri Muka Kayu Manis
- Kukus pulut bersama santan selama 25 minit dan sedia untuk ditekan dan padatkan. Guna loyang 10×10.
- Campurkan semua bahan diatas, guna whisk kacau sebati, tapis ke dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga naik wap.
- Tapis sekali lagi, kemudian baru cedok ke dalam adunan pulut.
- Ikat tudung kukusan dengan kain atau tutup loyang dengan aluminum foil, kukus lagi 25 minit atau sehingga masak.
Sumber: Nor Washidah Abdul Rahim dari
3. Resepi Seri Muka Durian
Resepi ini adalah mengikut sukatan cawan.
Bahan-bahan
- 3 cawan pulut-rendam dulu 4-5 jam
- 2 cawan santan
- 2 sk gula
- 1sk garam
Bahan kisar
- 1 cawan durian
- 2 biji telur
- 1 cawan gula
- 3 cawan santan
- 1/2 sk garam
- 1/2 cwn tepung kastard
- 1/2 cwn tepung gandum
- Perisa durianpewarna kuning
Cara buat Seri Muka Durian
- Kukus pulut sampai masak dalam anggaran 25min.
- Tekan padat-padat.
- Masak sampai naik wap.
- Tuang atas pulut tadi.
- Kukus sampai masak anggaran 20min.
- Siap.
- Sejukkan 2/3 jam baru potong.
Sumber: Yannie Kitchen dari Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Apa Lagi Kuih Tradisional Yang Menarik?
Selain Kuih Seri Muka, terdapat pelbagai lagi jenis kuih tradisional di Malaysia. 5 diantaranya adalah:
1. Kuih Talam
Kuih Talam merupakan kuih tradisional yang mempunyai dua lapisan – lapisan bawah berwarna hijau pandan dan lapisan atas berwarna putih yang diperbuat daripada santan.
2. Kuih Lapis
Kuih Lapis adalah sejenis kuih yang terdiri daripada beberapa lapisan berwarna-warni yang diperbuat daripada tepung beras, tepung gandum, santan dan pewarna makanan.
3. Kuih Koci
Kuih Koci adalah kuih tradisional yang dibuat daripada tepung pulut yang dibentuk menjadi bentuk bulat dan diisi dengan kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka.
4. Kuih Onde-Onde
Kuih Onde-Onde adalah sejenis kuih bulat yang diperbuat daripada tepung pulut dan diisi dengan gula melaka, kemudian digoreng dan diguling dalam kelapa parut.
5. Kuih Dadar
Kuih Dadar adalah sejenis kuih yang dibuat daripada kulit nipis berwarna hijau pandan dan diisi dengan kelapa parut yang dimasak dengan gula melaka.