Serawa durian adalah sejenis pencuci mulut atau kuah manis yang diperbuat daripada isi durian yang dimasak dengan santan dan gula. Hidangan ini sangat popular di Malaysia terutamanya semasa musim durian dan merupakan hidangan yang lazat untuk dimakan bersama pulut.
Untuk menyediakan serawa durian, bahan-bahan yang diperlukan ialah isi durian, santan pekat, gula pasir, garam, dan daun pandan. Cara penyediaannya mudah di mana santan dipanaskan bersama daun pandan, kemudian masukkan isi durian dan gula. Kacau sehingga sebati dan pekatkan mengikut citarasa yang diingini.
1. Resepi Serawa Durian Wangi
Bahan-bahan
- Durian
- Santan
- Gula melaka
- Daun pandan
- Garam
Cara buat serawa durian
- Masukkan air dan buka api. Letakkan gula melaka dan daun pandan. Masak sehingga gula melaka cair.
- Masukkan santan dan kacau sebati.
- Perlahankan api dan dan masukkan durian. Kerapkan kacau supaya tak berketul.
- Perasakan dengan garam dan boleh adjust mengikut citarasa anda. Siap.
Sumber: Ruqayyah Farhani dari Masak Apa Hari Ni
2. Resepi Serawa Durian Pekat Likat
Bahan-bahan
- 2 biji durian
- 1/2 biji kelapa parut
- Secubit garam
- 1 1/2 sudu gula
- 2 helai daun pandan
Cara buat serawa durian
- Masukkan sedikit air dalam kelapa dan perah. Tapis santan yang sudah diperah. Agak-agak dapat dalam dua cawan.
- Masukkan durian, santan dan daun pandan ke dalam periuk. Buka api sederhana dan kacau. Masukkan garam dan gula.
- Kacau sehingga masak dan isi durian akan lerai dengan sendiri. Siap.
Nota: Kalau buat malam, esoknya lagi sedap sebab durian sudah kembang.
Sumber: Awatif Osman dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Serawa Durian Mudah
Bahan-bahan
- 10-15 ulas durian
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 helai daun pandan (carik dan simpul)
- 2 cawan santan pekat
- 1 1/2 sk garam
- 1 cawan air (jika perlu)
Cara buat serawa durian
- Masukkan durian, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah pekat.
- Tuangkan santan pekat, perasakan dengan gula dan garam.
- Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah mendidih, sambil kacau hingga sebati. Tambah air jika kuah terlalu pekat.
Sumber: Khairul Nizam dari Masak Apa Hari Ni
Apa Lagi Sajian Pencuci Mulut Yang Popular?
Serawa durian antara pencuci mulut yang mudah untuk dibuat kerana teksturnya yang ala-ala bubur. Jadi, saya akan kongsikan 3 lagi menu bubur kerana bubur antara pencuci mulut yang popular.
1. Bubur Pengat Pisang
Bubur pengat pisang adalah hidangan pencuci mulut yang dimasak menggunakan pisang raja atau pisang tanduk, bersama santan, gula melaka, daun pandan dan sedikit garam. Hidangan ini mempunyai rasa yang manis dan lemak.
2. Bubur Kacang Hijau
Bubur yang diperbuat daripada kacang hijau yang dimasak bersama santan, gula melaka dan daun pandan. Hidangan ini sangat berkhasiat dan popular sebagai pencuci mulut atau makanan sarapan.
3. Bubur Cha Cha
Pencuci mulut yang terdiri daripada ubi keledek pelbagai warna, keladi, sago dan kacang merah yang dimasak dalam santan manis. Hidangan ini popular di seluruh Malaysia.